Showing posts with label Big D. Show all posts
Showing posts with label Big D. Show all posts

Monday, November 23, 2009

D&D Graduation and concert 2009

Semalam, selesai majlis graduasi dan konsert tahunan Damia & Danish. Alhamdulillah, tamat sudah pra-sekolah untuk Damia. Hmm.. dah besar dah anak mommy! Dah macam dapat ijazah je plak semalam hahaha..(btw, Damia dalam perut mommy memang dah naik stage utk amik scroll tau!! :P nyaris mommy tak bersalin atas tu jek! hahaha)

We had a good time enjoying all the kids performances. Danish playgroup pun ada buat persembahan. Ingatkan takde sebab bila balik rumah tanya dia asik kata takde and takmo practise apa pun. Well, he is the only boy dalam kelas yang ada 5 orang hahaha..teacher cakap selalu kena buli dengan girls! Tapi kat atas stage tu, tetiba yang girls semua terdiam and malu-malu nak nyanyi..tinggal la anak bujang kami sorang2 sekuat hati menyanyi guna mic. Hahaha...good boy!!
Balik rumah play balik video, silly me!!! instead of press 'rec' i press 'pause'!! Huaaaarggg!!! tensen makcik! The whole Danish performances takde. Ada cuma masa dia masuk and ending part. Tensen tahap gaban! Lama lagi la nak tunggu dvd from school..


Danish tengah nyanyi..
Ol'mc donald & mana kucing saya song

Damia's melodian performance

Damia's group performance- Thank you Allah and Air mata ibu song..

Selamat terima ijazah ;)

Danish pun nak pakai jugak!!


Next year is a new beginning for Damia. Dia sibuk cakap takmo sekolah orang besar nak sekolah kat situ gak.. hihi jenuh la explain and pujuk dia. Mujur masa assessment test sekolah hari tu ada jumpa kawan sekelas dia jugak. Baru la dia cam rasa ok sket nak masuk sekolah baru. Mommy harap Damia dapat sesuaikan diri and be a good girl okeh!

As for Danish, takde la tempat bermanja dah kat sekolah tu nanti. Kalau tak sikit2 carik Damia. Mommy hope Danish akan lebih independent and boleh bawak diri ya. Hmm..manja terlebih sket dia nih :P



Monday, October 19, 2009

Hard Q's and Facts on H1N1..

Salam to all..

Lama tak ber blog. Anyway, most of you dah tau yang my daughter and I baru lepas kena H1N1. Alhamdulillah both of us dah ok and now rest at home for another 1 week! More or less we all kena sama dengan adik NI kena. ALhamdulillah, adik NI juga sudah ok ;)
Malas nak cerita panjang, i'll just copy and paste what i have posted in my FB notes.
I received a lot of sms, calls, message regarding H1N1. First of all, I would like to say thanks a million to all of you for your prayers, doa and support. May Allah bless all of you and family. Hanya Tuhan yang dapat membalas jasa kalian semua.
I try to gather some of the questions that people always asked:


1. How do Damia get that?

Well, frankly speaking we have no idea at all. In fact we never discuss about it. We couldn't bother much of that because whenever our kids are sick, the main concern is to get them well again! I keep on getting this sort of questions, but to tell you the truth 'Wallahua'alam'. As we all know, benda ni ada merata-rata.


Nak kata kena masa attend open houses? Rumah siapa? Macam mana boleh kena? Why Damia not other guests yg attend open house tu?Yet, the question remain unanswered.

Nak kata kena kat sekolah? Why other kids tak kena? Why Danish tak kena? Why Damia sahaja?Again, the question remain unanswered.


That is why i myself takkan persoalkan how and where. Dah ditakdirkan Damia yang kena, kami redha. The most important part is to get treatment! As early as possible so that tak melarat. No finger pointing please!



2. How do I get infected?

According to my Dr, very likely that i got it from Damia. According to him, the virus is at higher chances to transmit when Damia on high fever. When i recall back, on Sunday night Damia demam tak turun-turun. I slept with her, sekatil sebantal seselimut at the hospital.Tak tidur sangat pun malam tu sebab demam dia tak kebah and she started to wheezing. My fault for not taking extra pre-caution while taking care of her. But, we have no idea that it was H1N1 at that time. When my kids are sick, nothing else matter. I just want her to feel i'm with her no matter how sick she is. Nak ikutkan dalam hati memang sentiasa berdoa, biarlah saya yang sakit tapi bukan anak-anak.


3. How's the pain with H1N1?

Ok, according to our Dr, H1N1 akan attack the lowest system dalam badan. Dalam kes Damia it was her sinus. That is why dia sakit kepala yang amat sangat sampai menangis-nangis.How do we know she got sinus? Bila kami inform Dr, Damia complaint of severe headache etc, he suggested that we do the MRI. We agree for that.Maybe orang lain takkan benarkan anak mereka diperlakukan dengan benda-benda macam ni. Tapi bagi kami, we trust our DR! He's been our paed since Damia was born. Logically, dia tak boleh nak dengar guna stethoscope bahagian kepala. Kami nak tau cepat apa punca sakit kepala. The sooner you know the earlier you can treat. Lebih-lebih lagi melibatkan bahagian kepala. Guna logic akal and dengan kecanggihan technology yang ada.


Back to MRI, unfortunately not successful. Kesnya sebab Damia keep on moving dalam machine tu. Machine tak bleh capture anything.Terpaksa buat CT Scan. From that CT Scan kami dapat tau yang she had chronic sinusitis. Masyaallah. Can you imagine how we feel?


First H1N1, then chronic sinusitis. According to the paed, sinus co related with asthma and eczema. Yeah, but we wouldn't imagine it to be chronic at Damia's age.As most of you know, Faizal also recently diagnosed with chronic sinusitis which he has to undergo 2 major operation yada..yada.. I was kinda worried if it would be the same with Damia. But then, our paed assure us that for children they won't do any surgery yet. They try to give antibiotics and other medications to treat that. gosh! what a relief!


Hence, during her stay at the ICU Isolation unit, she was given the best antibiotics tru drip for her sinus and also tamiflu for H1N1.ALhamdulillah her asthma is mild, and with that antibiotics and nebulizer, it was under control.What if we do not agree on the MRI/CT Scan? Until now maybe she'll be treated with wrong medication or it can worsen her sinus.


As for my case, i experienced low blood pressure. Penat, muntah-muntah, loya, pitam, sakit-sakit badan. Nak diikutkan kalau saya sakit demam biasa yang teruk pun all this symptom ada. Myself memang low bp and selalu rasa nak pitam.That is why those high risk as per stated in most bulletin on H1N1 really have to be careful. Those yang not under high risk category macam saya, kesan dia tak la sebegitu teruk. Maksud saya sakit tu tetap ada but bertahan la. Masih boleh berjalan (actually cuba kuatkan semangat dan hati sebab at the same time i want to take care of my little girl). But the first 2 days I was diagnosed with that memang tak boleh bangun sebab bp low sangat or else maybe boleh jatuh pitam. With drip on alhamdulillah i regain my energy fast plus antibiotic semua. Berkat doa dan semangat kawan-kawan juga insyaallah.Overall, lebih cepat kita tau lebih mudah untuk diberi rawatan lebih cepat kita akan sembuh.


Please! Please! Do not hide your sickness! Benda ni terjadi di depan mata saya sendiri di dalam ICU tu. Since keadaan kami di dalam ICU tu hanya dipisahkan oleh curtain,basically kita akan dengar apa yang orang sebelah cakap. (Luckily kami dapat corner lot :P).


Anyway, i overheard orang sebelah bersembang with another patient.

A: Kitorang senyap-senyap je bila dapat tau kena sakit ni. (The whole family of 4-mom,dad & 2kids diagnosed with H1N1)

B: Tu la, saya pun sebenarnya dah kena masa bulan puasa hari tu. Tapi saya senyap2 duduk kat rumah je. Tak amik ubat apa.

A: Oh ye ke? Kitorang tak beritahu orang sebab kalau orang tahu mesti semua tak nak jumpa or kawan dengan kitorang dah.

B: haha ye la.. semua takut. Takde orang nak kawan dah nanti.


Helloo!!! Come on lah..

For A: Like what I and Najlah had discussed, only people yang tak sekolah would think of that. We are not HIV positive or pesakit kusta sampai tak boleh nak berkawan dengan orang sampai bila-bila!Even pesakit HIV pun kita still boleh berkawan provided you follow all the precautionary measure and guidelines carefully. This virus bukanlah sejenis virus yang tak ada penawar dan akan kekal sampai bila-bila.Get yourself full knowledge on it before you make any conclusion. Kalau tak tahu tanya. Malu bertanya sesat jalan. I myself tak tahu apa pun pasal H1N1 selain apa yang dipaparkan di poster-poster. Dah ada dalam hospital tu, tanya je lah Dr and nurses semua.For me, everytime Dr visit i will asked a lot of questions! There is no such thing as silly question. In fact soalan yang saya tanya kadang berulang-ulang kali. Yang penting kita faham. We pay for their consultation. So?? tanya je lah! Bukan takat check-check sudah. We should have 2 way communication with our Dr. So that he understand what our problem is and we understand what we are having.


According to my Dr and our Paed (dah pesakitnya dua, so 2 different doctors with same questions i would ask! Tak rugi okeh!):
Bila disahkan H1N1, pesakit akan diberi ubat Tamiflu for 5 days. After 3 days consuming ubat ni, the chances untuk penyakit transfer ke orang lain is very unlikely. Dalam kes kami, only Damia and I confirmed with H1N1. So, we were admitted and isolated at the ICU. Most cases, after 3 days akan discharge. Kalau ada kes baru la akan di tahan lebih lama. Especially those with high risk group.Macam Damia 5 days sebab she need to complete her antibiotic course and her sinus&asthma. Myself, memang 3 hari sepatutnya but since i need to take care of Damia for another day, so might as well I hold on to that bed :P


Takkan Dr nak lepaskan kami balik kalau dia tau risk untuk transfer kepada lebih ramai orang tinggi. Lebih-lebih lagi dia tau sangat ada Danish, hubby, mak and family semua kat rumah. Complete the tamiflu course then you are free! Kesan-kesan sakit still akan ada i.e batuk, selsema but the virus is none. Just like batuk selsema biasa la jadiknya. Continue with your cough, flu medications that's it!


For B:According to him, he got it during puasa nak dekat raya. Duduk rumah je tak amik apa-apa medication. Time raya haritu sure ke tak berjalan raya? Dah la malu orang tau dia ada penyakit tu, so bila badan rasa kuat of course akan pergi jalan beraya kan?? Kes macam ni la yang menyebabkan tersebarnya penyakit ni tanpa pengetahuan orang lain! Very selfish! Dah la tak dapatkan rawatan, bila takde ubat penahan kemungkinan penyakit berada dalam badan lebih lama dan chances untuk transfer ke orang lain lebih tinggi. Sudahnya, ntah berapa ramai pula orang lain yang terkena akibat seorang macam ni? Ni baru seorang, kalau ramai lagi??Akibatnya.. anak dia berumur 8 bulan admitted sebab confirmed H1N1 positive! 8 bulan okeh!! kesian sangat!! Saya masih ingat bila saya tanya maknya, siapa lagi ada yang kena sebab takkan tiba-tiba baby kena. Dia jawab takde. Suddenly suaminya bercerita, rupanya dia yang dah kena. Case Close!


So please! Kalau ada tanda-tanda pergi check. Then cepat-cepat dapatkan rawatan. Nothing to hide, nothing to be shame of, nothing to loose! Lagi cepat dapatkan rawatan lagi cepat penyakit ni dapat dikawal. Please do not be selfish!


Alhamdulillah, both of us now back to normal life. Damia jumping around happily singing with her little brother. Her asthma is under control. Saya sendiri pada mula dapat tahu Damia kena, memang rasa down sangat-sangat. But, after consultation and q&a with Dr, then only I know and understand that "It is not the end of the world!". Kuatkan semangat, follow Dr's advices, take your medications and insyaallah you'll be ok.
Again, I would like to thanks all of you for your prayers and doa. ;)

Thursday, October 8, 2009

Demam

Both Damia & Danish admitted yesterday. Started with Danish. On Tuesday dia kena cekik kat sekolah by 6yo boy. Adeh!! Kesnya dia nak tolong tutupkan beg budak tuh. Sekali budak tu marah dia pun pi cekik Danish. Bleh gitu?? Masa mak amik tu teacher tengah pujuk-pujuk lagi tapi bila mak aku tanya kenapa, teacher cuma cakap dia main-main tadi terkena etc. Yeah rite! You should at least inform us what had actually happened.

Nak dijadikan cerita petang tu dia kegelisahan. Tak tentu arah mak aku kata. Sekali badan dah panas sangat. Balik tu kami check dah 40'c. Lemah tak bermaya dah dia. Sms paed dia, kebetulan dia on call. But we all dah masukkan suppository dalam b*nt*t sebab panas sangat. So macam turun sikit 38'c and dia bleh tido. Tak jadi la nak ke hospital malam tu. Sebelum subuh pukul 5.30 Danish dah start mengigil-gigil. Check temp dah naik 40 balik!! Hmmm lepas je solat subuh terus vedevommm ke A&E. Check semua terus admitted. Ada la bruises sket kat leher dia. Sebab we all cakap Dr dia kena strangle kat sekolah.

Dalam pada aku kat A&E tu tetiba mak aku call cakap Damia muntah-muntah kat rumah. Dia memang tidur kat rumah mak aku sebab malam tu Danish tak sihat we all takut la kena ke hospital tengah-tengah malam nanti takde sapa plak nak jaga dia. So terus dia tidur rumah opah. Then aku ni berkejar la plak balik ke rumah amik barang-barang sebab dah datang sehelai sepinggang tetiba kena admitted plak. Terus ke rumah mak tengok Damia. Dia dah pucat-pucat sekali dengan demam. hmmm..angkutla ke hospital jugak. Sudahnya, masuk la dua-dua pun.

Danish buat blood test. Dr not satisfied with the result. Hence he has to be put under antibiotic. CRP (c-reactive protein) dia too high. Normal should be 20% but Danish punya sampai 180%! Plus white blood cell and another part pun problem.. yada yada yada... conclusion is memang ada benda yang tak kena dalam badan dia.

As for Damia i think today she has to do blood test also sebab last night demam balik. Tak tau la tu camne. Pukul 12 malam tadi dah naik balik temperature Damia 39'c. Kena masuk ubat then tepid sponge satu badan. Damia dah turun sket Danish pulak temp naik 39 pukul 5 pagi tadi. Hmmm.. berlawan-lawan pulak korang yer! huhuhu

Aku ni dah sampai office. Ada important work nak kena settle. En.Suami sedang jaga depa kat hospital. Kesian pulak kat Danish merengek-rengek tak bagi aku kerja. Tapi nak buat camne. Aku bukan boleh amik cuti. Ni depa tengah tanya pasal compassionate leave. Dengarnya boleh amik. Tapi alang-alang aku dah sampai office ni aku nak settlekan terus la kerja tu kejap. Hopefully they are all well taken care kat hospital tu. Lagi pun esok aku plak nak kena jaga the whole day kat hospital sebab en.suami ada important meeting.

Gitu lah kesahnya.. dek nak dapatkan mood kerja sempat jugak aku ber-blog kat sini. Gotta go now. Nak settlekan kerja-kerja ni and hopefully bleh balik cepat.


Thursday, September 24, 2009

Happy 6th Birthday Damia Batrisyia


Small do@kampung masa hari raya ke-2. Dia bake sendiri cuppies with pre-mix set.


Semalam, anak dara saya menyambut kelahiran yang ke 6 tahun. Semoga Damia menjadi anak yang solehah, sihat sentiasa dan berjaya di dunia dan akhirat, insyaallah.
Besar dah anak dara mommy ni... tahun depan dah nak sekolah! Mommy love you so much!! (err anak dara mintak ipod bleh??)



p/s: anak dara berkebaya pada hari raya ke-dua. Yang tak tahannya mak anak dara pun tergedix korek almari nak berkebaya jugak :P terjumpala kebaya 7+ tahun yang lepas.. apa lagik, berkebaya la aku jalan satu kampung! ahaks!!






p/s: hari ini aku dah mula kerja. Semalam tak jadik masuk sebab mood kerja tak datang hahaha...ekceli semalam optional sebab aku dah datang hari Jumaat aritu. So tak koser la nak masuk. Tapi hari ni pun cam malas sesangat nak pergi kerja. Aku paksa en.suami hantar sampai depan pintu ofis :P jalan pun lengang lagik.. tensen jek tengok dia dapat bersenang lenang besantaian di rumah dengan anak-anak :(

Monday, August 24, 2009

Damia dan puasa...

Alhamdulillah, 2 hari Damia dapat berpuasa penuh. Tahun ini pertama kali dia cuba berpuasa. Kagum sebab dia berjaya habiskan sepenuh hari pada hari pertama. Pada awalnya nak set limit sampai pukul 12. Then increase day by day. Tapi alhamdulillah, hari pertama dan kedua penuh satu hari puasa.

Tapi kesian jugak. Hari pertama tu dah pukul 6 lebih, bawak pusing PARAM kot-kot dia teringin apa-apa and saja nak bagi dia lupa pasal puasa. Tapi takde apa pun yang dia nak. Pukul 6.30 dah mengalir airmata dia kata lapar sangat. Alahai, dah nak cair dah. Cakap kat en.suami bagi je la dia buka. Tapi en.suami pujuk-pujuk lagi divert her attention. Mommy pulak yang risau..hihi Tapi alhamdulillah, cukup satu hari. Waktu berbuka habis 2 pinggan nasi ayam aku masak anak dara ku ini sebat! hihihi lapar benar rupanya dia ;)



the femes Popiah Ali (beli kat PARAM)
target ke tempat popiah ali, dapat je terus balik! Pening kepala tengok orang ramai-ramai huhu


Hari kedua, alhamdulillah tak susah nak kejut sahur lagi. Walaupun terpisat-pisat depan pinggan :P Masa sahur aku tanya dia. Damia nak berbuka apa hari ni? Konon ayat nak pancing puasa lagi. Sekali jawapanya...jeng..jeng..jeng.."Damia nak buka kat Chilli's" ADOYAIIII!!! semalam mommy bawak pi PARAM takdak apa yang nak, sekali hari kedua tanya nak apa terus ko jawab Chilli's?! erkk terkedu aku. Dah la aku bercita-cita nak masak asam pedas ikan tenggiri. Terpaksa la ku korbankan demi anak terchenta! huhuhu So, kami pun pecah tradisi hari kedua udah berbuka kat Chilli's :P asalkan Damia nak puasa bak kata en.suami. Dia nak roti tortilla tu yang benarnya. Aku cakap kita beli je la makan kat rumah. Dia jawab tak nak. Nak kat Chilli's jugok! huhuhu

Hari ni, sahur tadi alhamdulillah dia bangun ok. Dia request nak udang goreng malam tadi. So aku pun goreng udang untuk Damia. Ayam masak merah untuk aku & en.suami. Harapnya berkekalan la sampai ke waktu berbuka. Tadi telefon dah layu je bunyinya. hikhik.. Dah pesan siap-siap kat opah supaya jangan termakan 'muka kesian' dia. Biasalah cucu ni kalau dengan atuk/opah drama dia lebih sket :P Mujur cuti sekolah, so harap dia dapat la bertahan.
Anak teruna Danish tu of course la tak puasa. Tapi bila tanya, dengan mulut penuh makanan dia kata 'Nenish puase' hahahaha

Lawaknya semalam masa kat Chilli's. Damia dah menggelupur tengok makanan dah sampai depan mata. Masa tu dah pukul 7.15. Aku kata kejap je lagi tunggu azan. Kat Chilli's tu pun buka channel 1 waktu tu adik tahfiz tu tengah tadarrus al-Quran. Yang Danish ni dah selamat 'ngup ngap' habuan dia. Lagi la tak keruan kak yong Damia ni. So dengar je aku cakap tunggu azan, Danish dengan mulut penuh 'Allahuakbar Allahuakbar! Ashhadu anlailahaillallah....' LOL!!!
Kami dok la menahan gelak..punyala dia nak tolong kak yong dia, so dia tolong azan kan dulu hihihi adoyai!! Tergelak je orang kat meja sebelah tu. Tapi ok la kat Chilli's BSC. Not so crowded..pukul 6.30 baru kami masuk. Aku tengok orang datang pukul 7 pun still bleh dapat tempat. Surau pun ok tapi biasala shopping complex cantik tapi surau kat basement keta :P

Hari ni entah apa la pulak demand berbuka Damia pada opah tu?? Semoga Allah permudahkan puasanya..dpaat la dia bertahan sampai waktu berbuka nanti, insyaallah.


Friday, March 20, 2009

Disney On Ice - Princess Wishes

This is the third event that i had purchased the tickets since January. (1st-PGL, 2nd M.Nasir). So, tomorrow insyaallah my girl and I will have mommy-daughter day out to watch this!!! Yeay!!! Tiket mahal seyhh!! hahaha...i asked hubby before i purchase the tickets. Its either i get 3 tickets (me, big D and lil D) or i buy VIP tickets just for us (big D & I). Then since my friends wanna get the VIP tickets (since at the time we want to buy the ticket, tiket lain tu seat dah tak best) so i just get 2 tickets then...huhu sian Danish. Takpelah ek, lagipun ni girls stuff,rite??!

So, Danish will have daddy-son time with daddy nanti ya ;) Can't wait for our show tomorrow!! Going with my 2 friends as well together with their kids ..all without daddy hehehehe....(save la sket, daddy pun pergi tengok muka terpaksa je watpe kan!! :P)

Ok friends, have a great weekend!!



Tuesday, February 17, 2009

Projek bendi & bayam merah D&D

Last week D&D mula semai biji benih lady fingers ngan bayam.. dua-dua ni menjadi pilihan sebab memang sayur favourite kami sekeluarga.. Danish kalau dengan bendi sure bleh meratah! Suka sangat!! So, dah seminggu disemai, dah mula keluar anak pokok.. suka sangat la D&D... kami pun beli pasu baru sebab kena transfer bekas besar sket..
Semalam, balik dari kampung amik tanah bakar..so my 3D's mengerjakan hasil tanaman mereka..transfer, baja, siram. Menanti agar semuanya berhasil..;) Puas hati dapat makan hasil tanaman sendiri!! Nanti nak cari biji benih sayur lain pulak!! Marilah kita menghijaukan laman dan bercucuk tanam untuk dapur sendiri! Damia & Danish pun seronok!! Siap main dengan cacing2 tanah lagik hahahahha... Daddy la tukang explain eko-sistem semua ;)
Ni semua dah lama..untuk kesenangan moi bertugas di dapur :P
Dah banyak kali guna untuk memasak! Sangat sonang, main petik jerk hihihi
Dari atas: pandan, kari, limau purut, kunyit, serai, cili (cili ni kering plak lepas berbuah banyak hari tu, so daddy kemaskan dan semai balik banyak2 anak dia )
Beli ni kat ACE Hardware OU dah lama..baru mula menanam last week :P

Bayam merah


Danish with his pot
Ni insyaallah kalau elok berbuah nanti suka la dia..memang favourite sayur dia!!
Damia tengah isi tanah untuk transfer pokok dia pulak..

Pokok bendi (lady finger)
belakang tu Pokok bayam merah..
both also baru nak masuk 2 minggu umurnya ;)

Tabung Haji

Semalam, mak sms ajak teman pegi Tabung Haji. Aku pun ok la..tak teringat plak pasal nak buka account untuk D&D. Pagi tadi tengah bersiap-siap nak hantar en.suami pergi kerja & tunggu mak..sekali teringat duit raya D&D yang belum masuk account. Terus la korek beg simpanan duit raya D&D dan kira semua..sempat jugak capai borang buka akaun yang aku amik dulu..
Dalam kereta, aku pun isi segala butiran yang diperlukan.. sambil tu kira-kira jumlah yang ada. Seperti biasa, duit raya D&D kami campur sekali then bahagi 2 jer.. tapi kali ni Damia punya banyak sket sebab masa buat birthday dia time open house haritu ada ramai yang bagi dia duit..so yang tu aku asingkan la..
Lepas hantar en.suami ke ofis, terus kami ke Tabung Haji sek.18 S.A. Malas plak nak pergi kompleks sebab walaupun staff situ ramai tapi orang yang pergi situ pun ramai jugak.. Alhamdulillah, walaupun Isnin, tapi cekap dan cepat je kaunter yang ada tu.. tapi tiba turn aku kantoi la pulak!!! hahahahahha
Aku pi bawak salinan i/c aku yang bahagian depan je..belakang takdek :P salinan mykid D&D pun takdak..ingat ok bawak salinan surat beranak..rupanya nak jugak mykid. So, aku pun berlari-lari ke kedai depan tu pi buat salinan..selesai semua pergi semula kat kaunter pakcik tu.. Akhirnya dah selesai buka akaun D&D dan dapatla 2bijik tabung! hehehe..
Balik terus amik d&D dari sekolah..punya excited dapat tabung baru. Balik je rumah sibuk pi carik syiling yang ada ;)

Sunday, January 25, 2009

Monthly outing..

Sabtu, seperti yang telah dijanjikan dengan d&d aku bawak derang pergi 1U untuk arts class tuh. Dah 2 minggu depa tuntut nak pergi..tapi aku yang asik tangguh-tangguh..bukan apa, aku suka pergi situ time aku 'red flag' ajer..hihi senang sket :P So, senang nak estimate tiap bulan time aku 'red flag' baru aku bawak derang berpoya-poya kat 1U tu hehehe..kalau tak everyday tiap kali nak amik Daddy balik kerja sure bising 'kita masuk la mommy!' 'kita pergi painting la mommy!'
Adei!! tokei balak pun kopak kalau tiap minggu pergi nak oiii!!! Lagi pun malas nak pergi weekdays since pukul 9 sure derang dah penat and nak tidur. Kalau pergi situ harus derang berjaga dan tidur lambat..then the next day nak pergi sekolah nanti susah plak cranky tak cukup tidur+penat etc..

So, petang dalam pukul 3 baru aku bawak pergi situ since malas nak pergi awal pagi nanti lama nak kena tunggu en.suami habis kerja. Yerr!! en.suami kerja!
Punyalah seksa mencari parking. Nak dekat 1 jam berlegar..sudahnya aku dok lepak kat satu tempat menunggu orang keluar. Tak tahan aku menahan telinga dek budak berdua tu 'cepat la mommy! jalan la mommy!' adeiii!!! dah takde parking camno???? Akhirnya, dapat la jugak! Terpaksa menggunkan skill, sikap kiasu dan mata yang tajam jugak! Sebab semua pun berebut-rebut nak mencari parking. Mentang-mentang dia tengok aku ni lady driver ada hati nak mencilok curi parking space ek! sorry beb!! muahahahahah...
Then terus la bawak budak-budak ni pergi register untuk session pukul 5. Since ada masa lagi setengah jam sebelum session depa, aku pun bawak masuk mph kat sebelah tu je. Tak sempat belek dah pun pukul 5..aku hantar d&D. Then aku sambung merayau dalam mph sementara menanti waktu nak ambil derang pukul 6.

Ni hasil art work Damia kali ni.. kapal madagascar katanya hihihi.. before this dia dah buat door hang nama dia dan merry go round poney.


Car McQueen by Danish.. ni hasil kerjatangan ketiga dia kat situ. 1st dulu alligator, then guitar. Kali ni dia pilih cars pulak..layanzzz!!! Ada 4 sessions lagi. Aku beli 6sessions for rm200. Valid for 6months. So, i told them once a month only we will have a session there. Pergi tetiap minggu kopak mak!! lol!! If walk-in rm40/session. Kira yang aku beli tu 5+free1 session la for RM200. Kalau 12 sessions lagi murah kot..jatuh harga satu session rm30 gitu tak silap aku..kiralah berapa hihihi
Ni lah buku-buku untuk d&D. 2 for Danish..karang tak beli mengamuk plak dia. The rest is all for Damia. Actually kat sekolah dia guna Peter&Jane ni jugak, tapi buku tak bawak balik. Since dia kata nak practise kat rumah, so beli la set untuk kat rumah pulak.

Anyway, buku yang paling aku excited ialah Kumon Workbooks! Happy banget aku dalam proses belek-membelek tu rupanya terjumpa buku nih!! Woohoo!! Bleh la buat proper latihan according to Kumon method. Patut start with Book 1- Addition and Subtraction. Tapi yang ada cuma addition. Aku pun beli buku tu dulu. Dan tak sabar sangat nak buat. RM24.90 each. Aku beli jugak satu buku latihan matematik yang kotak-kotak tu.. since kumon ni method dia kena buat berulang kali, takkan nak buat kat buku tu terus. So, what i will do is...i will copy the questions until Damia mahir. Later on buku tu boleh Danish guna jugak ;)
Ni adalah buku-buku hasil rembatan baki masa yang terluang (15-20mins lebih kurang) selepas 45mins dihabiskan membelek buku untuk d&d. Since aku kat level atas, so berlegar-legar di area Malay books je lah..
Tak cukup dengan AAC & KCB I&II, kali ni aku beli lagi satu karya pak Habib. Dalam Mihrab Cinta. Addicted?? i guess so :P
Pusing punya pusing.. aku belek-belek buku La Tahzan..thot of getting that books (3 buku per set) but then ternampak plak Travelog Haji.. yer!! aku mula rambang mata kan??!!! :P Letak buku tu aku pun amik Travelog Haji..pusing lagi ternampak plak buku by Sis Zabrina A. Bakar. Dah lama jugak aku cari buku ni, tapi setiap kali pergi, lain yang ku cari lain yang ku beli. Since dah terjumpa aku pun amik je la.. hihihi Kempen bahasa budaya kita kali ini yer ;)
Last night terus dah baca few chapters buku Sis Zabrina. Buku Tarvelog Haji selamat di tangan en.suami. Hihihi.. power katanya. Kalau tak kerna mata yang makin layu dan jam menunjukkan pukul 11.45 harus kami sambung pembacaan. Tapi esok kami ada agenda di awal pagi. Perlu stamina dan rehat yang cukup. Where to?? nanti akan ku update on next entry ;)

Friday, January 23, 2009

Sensitif...

Anak kesayangan ku yang seorang ni sangat sensitif..
Sensitif apa?? sensitif dari segi pemakanan..
Kalau dulu silap makan muka bengkak-bengkak..badan berbintat-bintat..mulut dah macam angelina jolik.. ihiks!! seksi gitu :P memang horror la..sebab satu kes pernah dia punya salur pernafasan pun bengkak sama. Dan kes-kes sebegini memang boleh membawa maut. Mula dulu kami tak tau..sekali bila dah jadi macam tu, bila Dr terangkan mula la kami cuak setiap kali dia kena allergic nih..
Menurut kata Dr, bila alahan bengkak-bengkak tu boleh berlaku kat saluran pernafasan jugak. Tu sebab ada sekali tu yang sampai dia macam choking nak bernafas pun tak boleh. Isk..mujur takde apa-apa. Sejak dari itu, kami memang kena sentiasa stand by ubat untuk allergic dia.
Allergic test dah buat..tapi keputusan kurang memberangsangkan. Ada makanan yang diuji dilaporkan membawa kesan alahan kepada dia, tapi daripada pemerhatian kami takde pulak. Tapi kami masih mengambil langkah berjaga-jaga.
Makanan berwarna juga dia tak boleh. Tapi certain chocs/sweets yerr!! Kalau yang chocolate mahal tu boleh pulak..pernah sekali ada orang beri dia coklat yang bila kita nak buka tu mcm amik pil ubat tu..ala yang lepas abis bleh buat macam topeng/cermin mata -letak getah tepi telinga tu..(tau tak?? hihihi dulu-dulu jual 10sen je beli kat makcik depan sekolah lol!!!) benda tu kan berwarna-warni. Ha!!! terus naik bengkak-bengkak mata, bibir semua okeh!!! Bila tanya pada Paeds, dia kata selalunya coklat sebegitu tidak mempunyai kawalan kandungan pewarna dia berbanding coklat yang mahal di mana kandungan pewarna harus mengikut piawaian yang ditetapkan. Maka?? tak boleh la anak ku nak satu ini sesuka hati membeli dan makan apa-apa coklat/gula-gula seperti yang mommy&daddy dia melantak kecik-kecik dulu.
Come to think of it, rasanya aku ni dulu2 main melantak je segala jajan tepi-tepi jalan tuh.. junk food bagai. Alhamdulillah tahan la plak badan ni. Tapi bila time anak aku ni, memang aku jaga tak kasik amik junk food semua, but still very sensitive! (Sama soalan yang saya ujarkan kepada en.suami apabila melihat kanak-kanak di kampung yang bermain waktu tengahari buta tanpa berkasut atau waktu hujan. Tapi takde plak kena demam panas/kaki naik rashes allergic dan sebagainya! Adakah kerana badan mereka sudah immune dan mempunyai ketahanan yang lebih berbanding anak-anak yang duduk di bandar?)
Malam tadi dia kena lagi..tapi sekarang ni dia silap makan je dia akan muntah-muntah pulak! Dah 2 kali kami berkejar ke A&E tengah-tengah malam sebab dia muntah-muntah.. lepas kena masuk ubat tahan muntah baru ok. So, malam tadi kami monitor 8x muntah-belilah sampai takde benda dah nak keluar..adoiii!! Nak pergi berkejar ke A&E lagi kah??
Aku korek-korek peti ubat ada 2 ubat berwarna kuning (seingat aku ubat tahan muntah ni warna kuning) Tapi dua-dua tu nama berbeza. Adeiii!! Aku pun sms our paeds tanya ubat yang mana. Tapi tak berjawab le pulak..huhuhu..mujur lepas 8x muntah dia bleh tidur sampai ke pagi. Agaknya dah habis segala 'bug' tu keluar gamaknya. Hihihihi Pagi ni baru la Dr tu reply hehehe..ada hal kot malam tadi, selalu dia terus je jawab. Now, aku dah tanda ubat muntah tu yang mana..kot-kot apa-apa hal lagi sonang den!!

Monday, January 19, 2009

Practice makes perfect

Aku tengah dok buat 'home-kumon' latihan matematik dengan Damia.
Memandangkan kegawatan ekonomi, kami terpaksa pendamkan hasrat nak masukkan Damia ke kelas kumon. Instead, aku start bagi latih-tubi kat dia setiap hari.
Harapnya berterusan :P
Nampak peningkatan.. dia lemah bila masuk double digit..tapi dia dah dapat tangkap konsep dia. Semakin laju. Btw, aku baru buat addition jer. Very simple addition. Contoh:
1+1, 1+2....1+10, 2+1, 2+2....2+10. then aku terbalik kan 1+1, 2+1, 3+1...10+1
Dah dua hari dia buat benda yang sama..selagi dia tak lancar dan ada salah selagi tu aku bagi soalan yang sama ;)
betul kan konsep kumon camni?? tapi apa pun matematik ni memang perlu latihan dan latih-tubi! kan kak non kan?? (supaya anak aku tak macam aku sok-dok tercangak2 baca soalan kuiz macam kak non bagi tuh lol!)

Sebenarnya kami kurang berpuas hati dengan tahap kebolehan kira-kira Damia. Berbanding dengan masa kat KT dulu, dia lebih mahir berbanding sekarang. Kami cuba tanya ada belajar kira-kira tak kat sekolah? Dia kata takde. Setiap hari aku tanya, dalam minggu lepas sekali je dia kata 'mommy, today Damia buat plus minus kat school'. Huh?? musykil aku nih! Harus aku pergi mengadap cikgu dia nanti. Takkan takde belajar matematik??

Tapi kan, semalam masa kat kampung, aku bagi latihan matematik pada Damia. Cousin dia pun aku bagi sama. Tapi dek kerna 'kelantangan' suara cikgu Erna nih, budak tu dah terkebil-kebil menangis bleh?? huhuhuhu.. takut aku seyhhh!! Seperti biasa yang aku buat kat Damia tu la..(kurang lantang berbanding kalau aku 1-1 dengan Damia a je kat rumah nih sebenarnya) idakle aku garang bebenor dah anak orang kan :P

Sungguh aku tak boleh jadik cikgu di zaman sekarang ini. Sebab aku ala-ala cikgu zaman dulu-dulu di mana kalau dulu, aku kena piat telinga/berdiri atas kerusi/berdiri kat luar kelas sebab tak hafal sifir pun mak bapak aku takkan datang sekolah serang cikgu. Kalau aku mengadu, aku siap kena marah lagik ada la! Tapi sekarang ni, kalau tinggi suara sikit pun harus aku dah kena gantung kerja gamaknya huhuhu

Rupanya selepas aku selidik, kat sekolah dia tak belajar lagi matematik. Dia sebaya dengan Damia, pra-sekolah yang kat sekolah rendah ni lah. Isk..nak kena tanya cikgu Jijah ni, betul ke pra sekolah tak belajar matematik?? Dah tu macam mana nak amik exam kemasukan darjah satu bak kata kak non & suami hari tu??? Apa pun aku dah pesan kat dia, nanti kita belajar kira-kira lagi bila aunty Erna balik kampung yer.. dia angguk senyum dah! hihihi

Aku google method kumon, ni antara yang aku dapat:

speed+accuracy=mastery
Before your child can advance from one assignment to the next, the material should be completed with a perfect score within a prescribed period of time. All work is graded and the results recorded to determine when your child has a total command of the material and is ready to move on.


Practice makes perfect
Worksheets are assigned daily, even though most children attend the center just twice a week. An assignment that takes too long or is completed with too many errors is repeated until mastered. That’s how the Kumon Method ensures optimal comprehension and retention of concepts, establishing the strongest possible foundation for more advanced material.

Untuk basic ni boleh la..nanti kalau dah keadaan mengizinkan boleh la Damia sambung ke kumon sebenar yer! ;) maklumla tahap kesabaran aku ni tak menentu..berasap jugak satu badan kadang tu :P

Friday, January 9, 2009

Back to school

Back dated entry.. pic amik masa 1st day sekolah (30 Dec 2008). Start orientation untuk Damia & Danish. Sepatutnya Damia tak payah dah sebab dia bukan new student. Tapi sbb Danish baru 1st time, so join je lah sekali.. Damia tak pernah merasa orientasi sekolah tu pun sebab last year masuk dah almost end of the year..

Valli..tu la uniform sekolah Danish. Hahahah...no uniform for toddler class anyway. So belasah baju biasa aja. Danish enjoy school so far.. since day 1 dia dengan suka gembira masuk kelas, letak kasut kat tempatnya dan terus masuk kelas seolah-olah dia telah pergi sekolah tu bertahun-tahun lamanya :P
Dah lebih seminggu ke sekolah, lagi banyak celoteh si kecik Danish ni! Dah pandai demand! and paling cute kalau dia sebut 'alah...' 'dowan'= don't want 'nanak' = tak nak. Hmm..still baby talk, pelat..it's ok!! take your time dear! Enjoy your playschool!

note: Just a reminder to myself..-sila pergi daftar anak-anak sekolah rendah!!! What to bring eh?? anyone know?? surat beranak ajer kah?

Friday, November 28, 2008

Hai..hai..hai...

yo yo yo!!!
Lama giler aku mengabaikan blog ku ini :P satu halnya memang aku bz..
semenjak balik dari hosp minggu lepas..hidup di rumah tak keruan sajor.. baju berlambak-lambak menunggu dibasuh.. rumah lintang-pukang.. order brownies banyak yang tertunggak.

Satu kes lagi, belakang rumah aku tu tengah korek utk betulkan salur 'kumbahan' (bluekkk!)
Macam budus jer rumah ni.. tak ke biol tangki tu tak di salurkan ke paip by indah water.. bengong dan sungguh messy la nak kena korek balik semua! haishhh!!!

Anyway, the kids are doing great alhamdulillah.. but, sekali sekala bila hujan tu depa semput jugak. So, memang inhaler ventolin & flixotide tu takleh tinggal la.. and also singulair.
Pagi tadi pergi follow-up, alhamdulillah lungs are clear. But, Dr keep on reminding yang kena extra careful sbb cuaca tak menentu. Actually about 1 hour before hujan je, Danish akan start coughing or wheezing. So, tu pasal Dr kata bleh predict hujan guna Danish lol!!! sabor je la aku Dr nih tau! In actual fact, dia kata humidity changes bila nak hujan tu, so orang-orang macam Danish ni bleh sense that and give reaction to that..

Anyway, Danish sangatlah happy banget harini. Sebabnya?? Masuk je bilik Dr tadi, dia dah tanya..Danish mana? terkedek-kedek la dia masuk dengan airplane di tangan. Then terus ja Dr bagi beg plastik kecik 'Nah, for Danish'.
Hoho..melonjak gumbira dia bila tengok dvd Madagascar2. hahaha.. Masa kat ward dulu, Dr asik la tengok dia replay trailer tu aja..Aku cakap we'ols dah bawak dia pergi movie masa premier show, tapi macam tak puas le tuh. So dia belikan for Danish dvd :P Sayang benau kat dvd tuh. Damia nak tengok pun tak kasik..berlaku la perebutan di situ.. dan terpaksa la Dr pujuk Damia kata nak belikan lagi satu muahahaha So, kita tengok minggu depan punya follow-up Damia dapat atau tak yer :P (aku mcm nak ckp je tak payah la dvd sama, baik beli cerita lain lol!! tapi tak tergamak aku nak mengeluarkan kata2 tu hahaha memang over la kan statement dlm hati aku tuh :P )

So, selesai amik ubat semua, masuk je kereta terus la tak sabar2 nak tengok dah.. From hosp sampai 1utama hantar daddy kerja terus ke Sunway aku hantar brownies..memang tergelak-gelak budak berdua nih melayan Madagascar. Then aku pi Subang Parade jap mengulau.. tengok2 barang kat toy'r us..apa yg aku carik takde :( So, pi kfc makan then balik.. Again, aku kena play that Madagascar utk kali kedua! hoh!!! (jenuhla aku tiap kali start engine keta kena play Madagascar je lah!!)

Anyway, aku tau aku masih berhutang tag kak non.. nanti yer kak non!! huahuahua... aku akan buat. Tapi beri aku sedikit masa utk pulihkan kedudukan rumah yang lintang pukang ini lol!!

Ermm..korang raya haji katne?? Kitorang dalam dilema nih.. memang turn raya haji kat Kuala Pilah. Tapi masalahnya kat kampung tuh tengah menular wabak Chikungya. Habis semua orang kampung kena.. cousin2 D&d pun tengah demam kat kampung tu dek penangan wabak tuh. Kesian kat depa.. merangkak2 tak bleh jalan. Tadi kami sempat la mintak advice from our Dr tuh..dia kata kalau bleh elakkan sebab benda tu tru nyamuk. If only kami bleh yakin kami tidak akan digigit oleh nyamuk tu then its ok. Tapi memang mustahil lah kan.. harus kena seliang dua walaupun pakai repellent.. hadoi..kesian plak kat mak&abah dah rindu kat d&D. Chikungya tu menurut paeds kami lebih kurang macam denggi. Tapi attack belakang sakitnya..tu pasal cousin2 d&d tu takleh jalan..back pain and demam panas etc.. ish..memang terbayang kesakitan tuh...

Saturday, November 15, 2008

Blogging from room 516, SSH..free vacation??

Khamis malam Jumaat, Danish kena 'barking cough'..teruk sangat dia..nak bernafas pun tak boleh.. Damia plak memang dari pagi dah tak sihat..cikgu sampai call suruh amik kat sekolah sebab dia dah tak lalu, terbaring jer..
So, the whole day aku try kasik ubat pcm, atarax (flu) and ventolin (cough).. tapi sampai ke malam Danish makin teruk lepas maghrib..Damia plak tak lalu bangun langsung.. Thot nak pergi A&E terus, tapi since depa boleh tidur, kami monitor je la.. So, Danish tido ngan daddy kat katil kami, aku plak tido kat katil budak Danish tu jaga Damia kat bilik depa..
Morning, pukul 9 terus pergi SSH.. got admitted at 'hotel' upstairs as per our Dr. Z said hahaha.. the newly renovated Executive 5th floor dah siap..baru 2 minggu beroperasi. Luckily kami dapat bilik..And our room ni memang kami lah orang pertama yang merasmikan hihi..
Okeylah..for that price yang menyamai 5star hotel semalam..memang sangat puas hati la bilik itu..despite the finishing yang 'kureng' (i think depa amik contractor murah kot..sayang coz bilik dah cantik tapi ada kesan cat menitik2 atas sofa etc..).. hmmm.. since there's no more 2 bedded on that floor( we request for 2 bedded room sbb dah both of them kena masuk..if 2 single leceh plak bilik lain-lain), we got ourselves vip single deluxe + 1 bed from the 4 bedded room. So, the charges would be 1 vip deluxe and 1 four bedded instead of 2 single vip bed. Katil bilik 4 tu depa tarik bawak masuk single room tu.. so berkampunglah kami anak-beranak dalam tu.
Dapat toiletteries (bath+lotion) body shop! Not bad.. dapat dua set since for 2 rooms (white musk & strawberry). Newspaper delivered to room every morning..bathroom ada rain shower! bathtub je takde, which Damia 1st thing buka bilik air carik benda tuh! lol!! (ada bathtub kat bilik vvvip je, 1.5k per night!!)haish!! memang macam hotel! hahahaha..oh, ada welcoming drinks jugak!! lol!! tak pasal-pasal mommy & daddy dapat free vacation! Damia called it ni 'hospital hotel' ek mommy?!
Last night, Damia ok cuma wheezing..fever under control. But Danish temperature naik balik.. dah masuk suppository pun tak jalan.. naik sampai 39.7'c. Risau jer.. habis semua orang kena kung-fu termasuk kakak-kakak nurse yang nak lap badan dengan towel basah. Agaknya dia rasa sakit2 badan dan tak selesa sebab demam panas sangat. memang tak tidur.. haduss!! Pagi ni beransur turun.. hopefully graf demam dia turun.. asik naik turun dah berapa kali dah..
Btw, pagi ni both of them amik darah...result alhamdulillah its just viral infection. Nothing serious..So, kena monitor je and make sure temperature tak naik semula.. and kena make sure tak wheezing dah. Lagi few series of nebulizer..tomorrow baru tukar to normal neb. Currently still neb untuk treat his 'croup'.. wonder lagi berapa hari kami akan 'bercuti' :P Wish them speedy recovery...
oh, the duvet is so comfortable and best!!! hihihi bantal je keras nak mampos!! bila tanya bantal lembik sket depa kata floor ni semua bantal keras sebab bantal baru!!! hadoiiii!!!

Timber flooring for waiting area inside the vip deluxe room.
Mcm secluded this area, so senang nak solat..

The newly renovated 5th floor, SSH.
Admission pun kat lounge dia kat 5th floor itself..

Tuesday, November 4, 2008

the kids can't wait to "i like to move it,move it!"

Saturday, October 11, 2008

Teambuilding vs teamwrestling? :P


Nyaris tak kena tendang wooo nak amik shot nih! lol!!!


Habes hati la dapat swimming...


Now kami kat one of the resort hotel in Seremban.. menyibuks ikut daddy yang ada teambuilding with his staff..

While aku? "teamwrestling" ngan budak-budak ni hahaha...makan, swim, tido, swim, makan, tengok tv! hahaha.. now aku tengah tengok Mary Poppins! Tapi, budak berdua ni dah terlena plak lol! kes terlebih mandi pool, then dah kenyang makan...so tido la ubat seterusnya!

Petang tadi while budak-budak nap aku bleh lagi tengok hindustan tv3!! wahahaha..berapa tahun mak tak layan hindustan tetiba tadi mak layan....muahahahahah terkejut beruks aku ngan diriku sendiri! cerita apa tu ek? tajuk dia? cerita Amitha Bachan bercinta ngan orang muda.. mula ingat jenis cerita nangis-nangis, nyanyi-nyanyi.. sekali tengok ok la pulak hahaha.. so layaannnnn!

Wednesday, September 24, 2008

Happy Birthday My Girl!


Big smile..
while Danish singing out loud a Birthday song for her ;)


Semalam lepas berbuka & solat, kami bergegas siap dan terus pecut ke Subang Parade (the nearest mall for us lah!). Kesnya, daddy tak dapat berbuka bersama today so tak dapat jugak nak celebrate birthday Damia gitu.. so semalam kira kes mengambil hati sebelum merajuk ihiks!

Agak kalut jugak sebab dia nak jugak bawak goodies and cakes ke sekolah hari ni. So, mencari barang2 goodies kat toys'rus la kami.. amik apa yang patut then terus pergi cold storage beli gula-gula sket nak boh dalam tu.

Then terus ke Swensen untuk upacara rasmi kononnya...hahahaha
What else could make a lil'girl smile? An ice-cream lah! Kalau nak pi makan kat Chilli's or TGIF ke or other restaurants bukan untuk anak le jawabnya..tu untuk celebrate 'perut' mak bapak yang lebih kan? hahaha so, we decided to bring her to Swensen then. Lagipun kenyang dah berbuka kat rumah tadi.

Kami order satu jer..share. Tu pun tak habis :P Masa orang tu bawak ice-cream tu, siap ada candle sebab kami order Firehouse Happy Birthday Ice Cream. Danish menyanyi sekuat hati dengan pelat dia tuh lol!!! Satu kedai (termasuk staff) berhenti buat kerja and pandang meja kami! They were smiling ear to ear sebab tengok gelagat Danish menyanyi dengan penuh semangat gitu! Dan mommy punya bengong tak amik video guna camera tuh! Duh! Menyesal sebab memang sangat cute okeh! Sebab lepas nyanyi tu dia siap cakap 'boo..mamia boo!' (which means 'blow..Damia blow!!' lol!
Lepas tu suruh la dia nyanyi semula but Danish dah pandai malu lerrr! hahahah tersipu-sipu plak dia tak kuar sora nyanyi semula..tadi sebelum tu menjerit nyanyi sekuat hati tak kesah plak hahaha
Lepas selesai, kami pun balik. Before that singgah King's cake giant 13 sebab nakbeli kek..mujur buka lagi :P Beli la sebijik kek untuk dia bawak pergi kindy today. Hope she had a good time today at school! Sangat excited harini nak pergi sekolah to share her cake & goodies!

note:
yes..saya tak sempat buat kek untuk anak sendiri :P shame on me! huhuhu.. nak tempah pun semua baker dah takleh selit oda.. so beli ajerlah yerr. Nanti celebration after raya kita tempah kek yer my girl!

Aku syahdu le plak dah 5 tahun anakku.. kejap je masa berlalu. Tak lama lagi dah nak masuk darjah 1! huahuahua... i'll do anything to make you happy dear.. i'll celebrate with you while i can..because i know, 1 day Damia nak celebrate dengan kawan-kawan jer. Mesti akan sampai masa dan ketikanya nanti.. then if masuk Uni jauh dari mommy & daddy, pun tak dapat celebrate sesama gak nanti..dah ada boyfriend nak celebrate ngan boyfriend plak nanti...dah kahwin nak celebrate ngan suami... it's reality right? And we never know whether mommy masih hidup atau tak untuk your next birthday pun!

Apa pun, mommy doakan yang terbaik buat anak mommy. Semoga menjadi anak yang solehah duniawi dan ukhrawi.. amin. Selamat Ulangtahun Kelahiran Puteriku! ;)

Monday, September 22, 2008

Rambut raya? meet new friend =)

Semalam pergi Ikano semata-mata nak bawak d&d gunting rambut.. lagipun mmg ada jemputan buka posa kat area sana (Thanks dear for the nyummy nasi minyak ganu! berkali2 I tambah :P). Same place 'kwik cut'.. nampaknya memang kena pergi situ je la. Lagipun so far gunting kat situ cantik dia potong. Danish tak menangis langsung! bila nak sampai kedai tu pun dia dah..'HA!' hehe..kenkonon dah tau la kedai ni :P dan sebelum pergi lagi aku dah slow talk dengan dia nak pergi gunting rambut.
Banyak kali jugak la aku dok 'slow talk' ngan dia pasal tuh..tiap kali aku cakap dia balas 'NO!' ..
hmmm, so aku dah prepare je if dia nak nangis2 lagi nanti. Sekali OK la plak! siap kasik blow lagik rambut tu hehehe. Dia actually geli tengok rambut jatuh-jatuh tu kot. Sebab tiap kali jatuh atas lapik tu dia kuis-kuis kasik jatuh atas lantai lol!
Damia pun gunting sama.. bukan rambut raya la! memang rambut dah panjang pun! so WAJIB gunting! Damia pun nak gunting sebab senang rambut pendek nak pergi sekolah!
he really like this place..this time tak payah dok kat kereta pun..gunting kat kerusi biasa jer! Instead Damia plak yang beria gunting atas kereta tuh lol!
lepas siap gunting dapat naik ride satu round =)
Lepas gunting pergi buka posa... and i met new friend there..at last jumpa jugak! =)

geram okeh!! diagah dia tersenyum ketawa..bila amik terus nangis! huhuhu lagi la geram!!!
jual mahal ek! hahaha

Tuesday, September 2, 2008

Sudah dijual! Disney's Princess Magazine-Sept'08



Ruangan 'seni&kreatif'
updated 4.48pm!
Note:
Sebenarnya Damia terpilih untuk menjadi penghias ruangan 'seni&kreatif' dalam majalah ni sebab dulu, masa edisi ke-2, Damia dah menjadi 'Kelab Puteri Disney'. Gambar masa tu mommy yang hantar la. Salah satu ruang dalam majalah tu ialah 'Kelab Puteri Disney'.
Terbuka kepada puteri-puteri berumur 3-12tahun. Once dah jadi ahli kelab puteri disney ni, ada kemungkinan boleh terpilih untuk menhiasi ruang 'seni&kreatif'. Kali ni, bukan sendiri-sendiri amik gambar la..tapi berpeluang pergi photoshoot di studio profesional 'DeOne' kat Sri Hartamas tu.. kalau nak pergi PS kat situ sendiri tidaklah ku mampu!! mahal banget okeh! Kawanku pernah pi PS anak dia kat situ RM700++ kak!!! terkujat mak dengornya! tapi banyak le pakaian tukar-tukar gitu.. isk, tapi idakle mampu nak menghabiskan banyak tu utk ps.. yang terlebih duit tu buleh la.. depa memang profesional. Dapat bawak balik beberapa keping je pun! Kalau nak burn cd, depa charge jugak tau! Per gambar bukan per cd!
Damia yang pada awalnya geli geleman dengan baju ropol-ropol itu (dia nak baju snow white yang sebenornya okeh! lol ) buleh tersenyum bila photog tu mula shoot. Ada la gelagat-gelagat lucu yang depa buat nak kasi muka masam mencuka anakku ini tersenyum manis begitu..cewah!
Satu pengalaman le dapat pergi photoshoot kat studio pro macam tu. Menjawab pertanyaan Ana, takde bayaran. Kira bayarannya dalam bentuk free photoshoot gitu. Kira okeylah.. dapat gak kenangan ;)
So ni kiranya kali kedua Damia muncul dalam magazine ni. First masa jadi ahli kelab disney, secondly untuk edisi bulan ini. Thanks to Mrs. Editor! ;)

Update cerita lawatan ke Balai Bomba

Seperti yang dijangkakan.. Damia bergembira dengan sesi lawatan sekolah pertamanya :D
Alhamdulillah..
Macam-macam la dia bercerita..antaranya;
'Kalau ada kebakaran kena dail 999 tau mommy!. Kalau polis pun nombor sama..'
'kena baring..cari pintu' - rasanya ni situasi terperangkap dalam bilik kot. Tapi ceritanya semua dah bercampur aduk hahaha
Tersenyum gembira dapat naik bus sekolah :P
Her 1st school bus ride!
Angkat tangan! Turun! Angkat! Turun!
hmmm still remember? dolu kecik2 selalu la kena berbaris macam ni..sekarang anak pulak! Waduh! terasa 'dewasa' plak hahaha... 'dewasa bukan tua!' :P

This is so cool!!! (but hopefully baju tu smell ok hahaha)
I asked Damia 'do you try that uniform?'
Dia jawab 'No! I don't want!'
'Why?'
'Besar sangat lah!' lol!!


PEACE! :D
Yes! Semua dapat bergilir-gilir naik atas tu okeh! Siap bagi penerangan semua. Cuma tak jalan je hihihi...salah plak bawak budak2 kecik berdiri2 penuh dalam tuh! Bahaya pun iya jugak.
Anakku saja yang masam mencuka? hahahha



Semua orang dapat buahtangan Pencil Case with Pencil, Ruler, Eraser Jabatan Bomba. ;)

note: semua gambar diambil oleh Teacher menggunakan kamera yang mommy bekalkan pada Damia ;)

Marhaban Ya Ramadhan!

Selamat menyambut Ramadhan..
Ambil kesempatan ini untuk:
Beramal!!!
Jangan lupa !!!
Solat Tarawikh
Bertadarus
dan
Mengeluarkan
Zakat


Semoga hidup kita diberkati ALLAH sehingga bertemu RAMADHAN yang MENDATANG!!!

saya menyusun sepuluh jari memohon maaf atas keterlanjuran kata dan perbuatan, yang menyinggung perasaan saudara saudari dan atas segala kesilapan yang telah berlaku disepanjang perkenalan kita selama ini.

Semoga Ramadhan membawa keberkatan kepada semua dan mengukuhkan ukhwah yang terbina

 

Based on Cookie Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template
Customized blog header by Layout.Goddess