Sabtu, seperti yang telah dijanjikan dengan d&d aku bawak derang pergi 1U untuk arts class tuh. Dah 2 minggu depa tuntut nak pergi..tapi aku yang asik tangguh-tangguh..bukan apa, aku suka pergi situ time aku 'red flag' ajer..hihi senang sket :P So, senang nak estimate tiap bulan time aku 'red flag' baru aku bawak derang berpoya-poya kat 1U tu hehehe..kalau tak everyday tiap kali nak amik Daddy balik kerja sure bising 'kita masuk la mommy!' 'kita pergi painting la mommy!'
Adei!! tokei balak pun kopak kalau tiap minggu pergi nak oiii!!! Lagi pun malas nak pergi weekdays since pukul 9 sure derang dah penat and nak tidur. Kalau pergi situ harus derang berjaga dan tidur lambat..then the next day nak pergi sekolah nanti susah plak cranky tak cukup tidur+penat etc..
So, petang dalam pukul 3 baru aku bawak pergi situ since malas nak pergi awal pagi nanti lama nak kena tunggu en.suami habis kerja. Yerr!! en.suami kerja!
Punyalah seksa mencari parking. Nak dekat 1 jam berlegar..sudahnya aku dok lepak kat satu tempat menunggu orang keluar. Tak tahan aku menahan telinga dek budak berdua tu 'cepat la mommy! jalan la mommy!' adeiii!!! dah takde parking camno???? Akhirnya, dapat la jugak! Terpaksa menggunkan skill, sikap kiasu dan mata yang tajam jugak! Sebab semua pun berebut-rebut nak mencari parking. Mentang-mentang dia tengok aku ni lady driver ada hati nak mencilok curi parking space ek! sorry beb!! muahahahahah...
Then terus la bawak budak-budak ni pergi register untuk session pukul 5. Since ada masa lagi setengah jam sebelum session depa, aku pun bawak masuk mph kat sebelah tu je. Tak sempat belek dah pun pukul 5..aku hantar d&D. Then aku sambung merayau dalam mph sementara menanti waktu nak ambil derang pukul 6.
Ni hasil art work Damia kali ni.. kapal madagascar katanya hihihi.. before this dia dah buat door hang nama dia dan merry go round poney.
Car McQueen by Danish.. ni hasil kerjatangan ketiga dia kat situ. 1st dulu alligator, then guitar. Kali ni dia pilih cars pulak..layanzzz!!! Ada 4 sessions lagi. Aku beli 6sessions for rm200. Valid for 6months. So, i told them once a month only we will have a session there. Pergi tetiap minggu kopak mak!! lol!! If walk-in rm40/session. Kira yang aku beli tu 5+free1 session la for RM200. Kalau 12 sessions lagi murah kot..jatuh harga satu session rm30 gitu tak silap aku..kiralah berapa hihihi
Ni lah buku-buku untuk d&D. 2 for Danish..karang tak beli mengamuk plak dia. The rest is all for Damia. Actually kat sekolah dia guna Peter&Jane ni jugak, tapi buku tak bawak balik. Since dia kata nak practise kat rumah, so beli la set untuk kat rumah pulak.
Anyway, buku yang paling aku excited ialah Kumon Workbooks! Happy banget aku dalam proses belek-membelek tu rupanya terjumpa buku nih!! Woohoo!! Bleh la buat proper latihan according to Kumon method. Patut start with Book 1- Addition and Subtraction. Tapi yang ada cuma addition. Aku pun beli buku tu dulu. Dan tak sabar sangat nak buat. RM24.90 each. Aku beli jugak satu buku latihan matematik yang kotak-kotak tu.. since kumon ni method dia kena buat berulang kali, takkan nak buat kat buku tu terus. So, what i will do is...i will copy the questions until Damia mahir. Later on buku tu boleh Danish guna jugak ;)
Ni adalah buku-buku hasil rembatan baki masa yang terluang (15-20mins lebih kurang) selepas 45mins dihabiskan membelek buku untuk d&d. Since aku kat level atas, so berlegar-legar di area Malay books je lah..
Tak cukup dengan AAC & KCB I&II, kali ni aku beli lagi satu karya pak Habib. Dalam Mihrab Cinta. Addicted?? i guess so :P
Pusing punya pusing.. aku belek-belek buku La Tahzan..thot of getting that books (3 buku per set) but then ternampak plak Travelog Haji.. yer!! aku mula rambang mata kan??!!! :P Letak buku tu aku pun amik Travelog Haji..pusing lagi ternampak plak buku by Sis Zabrina A. Bakar. Dah lama jugak aku cari buku ni, tapi setiap kali pergi, lain yang ku cari lain yang ku beli. Since dah terjumpa aku pun amik je la.. hihihi Kempen bahasa budaya kita kali ini yer ;)
Last night terus dah baca few chapters buku Sis Zabrina. Buku Tarvelog Haji selamat di tangan en.suami. Hihihi.. power katanya. Kalau tak kerna mata yang makin layu dan jam menunjukkan pukul 11.45 harus kami sambung pembacaan. Tapi esok kami ada agenda di awal pagi. Perlu stamina dan rehat yang cukup. Where to?? nanti akan ku update on next entry ;)
7 comments:
buku kumon tu ade jual kat bookshop ke erna? i interested gak nak beli la.. beli katne ek?
menarik la pergi art class ni.. selain OU dia ada branch kat mana2? kdg nak mencari tp x perasan, x jumpa belah2 bangi ni.
selamat bercuti.. x pe, suami busy mencari rezeki utk family. suami hana pun mmg tak ada rumah setiap hari.. kalau kerja mmg tak balik rumah langsung.. anak2 x sihat ke, apa ke seme pun kena settle sendiri.. La Tahzan
travelog haji tak dah beli tapi blom sempat baca dah ada org pinjam :(
so, layan dulu buku travelog dakwah ..
BEST!!! sangat menusuk kalbu..
kalo jumpa nanti beli erna...
TRAVELOG DAKWAH MENITI HARI ESOK.
korang ni meracun je beli buku.. kah kah kah.. aku ni dok pandang je stash of books tu.. zabrina a bakar tu kau beli buku yg mana weh?
Menarik gak tu buku Kumon tu..kena cari ni..
harap2 next balik KL boleh la pi bawak hakimi pi Art Class tu.. hari tu CNY tak balik KL pun....
thanks for the info erna...ingat one day bleh gaklah hantar irdina sana..aniq mcm kecek sgtlah pulak lagi nak bawak pegi art class. i slalu gak gi 1U but takdelah slalu mcm u kot :p at least seminggu skali..kalau tak rasa pelik jeee minggu tuh..kekekekeke :D
mcm menarik jee travellog dakwah tuh yg your fren rekomen..hmmm ni nak gi MPH sat nie :P
Post a Comment