Semalam, mak sms ajak teman pegi Tabung Haji. Aku pun ok la..tak teringat plak pasal nak buka account untuk D&D. Pagi tadi tengah bersiap-siap nak hantar en.suami pergi kerja & tunggu mak..sekali teringat duit raya D&D yang belum masuk account. Terus la korek beg simpanan duit raya D&D dan kira semua..sempat jugak capai borang buka akaun yang aku amik dulu..
Dalam kereta, aku pun isi segala butiran yang diperlukan.. sambil tu kira-kira jumlah yang ada. Seperti biasa, duit raya D&D kami campur sekali then bahagi 2 jer.. tapi kali ni Damia punya banyak sket sebab masa buat birthday dia time open house haritu ada ramai yang bagi dia duit..so yang tu aku asingkan la..
Lepas hantar en.suami ke ofis, terus kami ke Tabung Haji sek.18 S.A. Malas plak nak pergi kompleks sebab walaupun staff situ ramai tapi orang yang pergi situ pun ramai jugak.. Alhamdulillah, walaupun Isnin, tapi cekap dan cepat je kaunter yang ada tu.. tapi tiba turn aku kantoi la pulak!!! hahahahahha
Aku pi bawak salinan i/c aku yang bahagian depan je..belakang takdek :P salinan mykid D&D pun takdak..ingat ok bawak salinan surat beranak..rupanya nak jugak mykid. So, aku pun berlari-lari ke kedai depan tu pi buat salinan..selesai semua pergi semula kat kaunter pakcik tu.. Akhirnya dah selesai buka akaun D&D dan dapatla 2bijik tabung! hehehe..
Balik terus amik d&D dari sekolah..punya excited dapat tabung baru. Balik je rumah sibuk pi carik syiling yang ada ;)
10 comments:
kita je lom tersampai sampai lagi hajat nak bukak utk A & A. asyik la kena bebel ngan mak. tapi maleh betol la nak pegi bank. (mana mana bank pun skang malas nak pegi, ofis yang atas bank pun kalau nak check in cheque pun makan minggu nak buat he he he)
*clap*
ni baru betui daddy menejer bank siut..ihiks ;p
erna
tabung haji kita kena kira dulu tak syiling2 tu
duit adib dah ada banyak tapi ku malas nak mengira dan asing2 ikut nilai hu hu
Hana: tu la pasal..dari sehari ke sehari.. mujur pagi tadi teringat. Dah alang-alang nak teman mak, sekali harung je la.. Siap amik form nak tolak from majikan gak..sok apa2 senang hihihi (nak kasik daddy suh buat tolak gaji masuk acc dia ngan kitorang :P)
valli: thanks!
za: haha..tahun2 lepas tiap kali lepas Raya & CNY kitorang bawak derang pi bank daddy isi duit..kali ni aku bukak tabung haji lah! hihihi..akaun bank daddy tu biar daddy isi tetiap bulan jerk :P
mamaadib: tak sure pasal syiling. Kita tadi bawak semua ringgit je. Tapi banyak la RM1, 5, 10, 50. So, dia kirakan each berapa keping nak confirm amount. Tapi kita dah tulis situ amount total..so derang double check je la betul atau tak.
Oh dulu, aku pi nak bukak account Sofea, bawak my kid, tak bawak surat beranak, kata tak boleh...
Hot pulak aku secarqa tiba2 kat TH ni
tak tahu pula kat sek18 ada TH. kat belah mana tu ye?
dah daftar gi haji sekali?daftar thn ni, tahun 2023 baru dpt gi kalau ikut koata. daftar rm90.
www.tabunghaji.gov.my
tak payah kira.. diorang ada machine yg tukang kira.. hehehe..
Erna,
laku jugak Mykid ek? sume Husaini masa aku bukak, pakat nak surat beranak..
lola: aku rasa hang bawak je segala benda tu..mykid&bc punya salinan. Then mykid yang asal jgn lupa!
Hana: kat tepi blok giant tu. Ha'ah ada dengar org tanya tadik..kalau reg now 2025 baru bleh pergi.
Yan: ha'ah..derang ada machine. Tapi pakcik tadi suh jugak aku tulis amount kat form sebelum proses.. bayang kalau duit syiling! Mau aku bersila dok kirai tabung kat situ hahahhaha
Ntah la depa ni..kesimpulan sapa2 nak pi buka siap sedia salinan surat beranak, mykid, mykad ibu/bapa yang pemegang kad. Each account kena 1 salinan mykad ibu/bapa. Macam kes aku tadi, kena 2 salinan mykad aku la..
Post a Comment