Monday, January 19, 2009

Practice makes perfect

Aku tengah dok buat 'home-kumon' latihan matematik dengan Damia.
Memandangkan kegawatan ekonomi, kami terpaksa pendamkan hasrat nak masukkan Damia ke kelas kumon. Instead, aku start bagi latih-tubi kat dia setiap hari.
Harapnya berterusan :P
Nampak peningkatan.. dia lemah bila masuk double digit..tapi dia dah dapat tangkap konsep dia. Semakin laju. Btw, aku baru buat addition jer. Very simple addition. Contoh:
1+1, 1+2....1+10, 2+1, 2+2....2+10. then aku terbalik kan 1+1, 2+1, 3+1...10+1
Dah dua hari dia buat benda yang sama..selagi dia tak lancar dan ada salah selagi tu aku bagi soalan yang sama ;)
betul kan konsep kumon camni?? tapi apa pun matematik ni memang perlu latihan dan latih-tubi! kan kak non kan?? (supaya anak aku tak macam aku sok-dok tercangak2 baca soalan kuiz macam kak non bagi tuh lol!)

Sebenarnya kami kurang berpuas hati dengan tahap kebolehan kira-kira Damia. Berbanding dengan masa kat KT dulu, dia lebih mahir berbanding sekarang. Kami cuba tanya ada belajar kira-kira tak kat sekolah? Dia kata takde. Setiap hari aku tanya, dalam minggu lepas sekali je dia kata 'mommy, today Damia buat plus minus kat school'. Huh?? musykil aku nih! Harus aku pergi mengadap cikgu dia nanti. Takkan takde belajar matematik??

Tapi kan, semalam masa kat kampung, aku bagi latihan matematik pada Damia. Cousin dia pun aku bagi sama. Tapi dek kerna 'kelantangan' suara cikgu Erna nih, budak tu dah terkebil-kebil menangis bleh?? huhuhuhu.. takut aku seyhhh!! Seperti biasa yang aku buat kat Damia tu la..(kurang lantang berbanding kalau aku 1-1 dengan Damia a je kat rumah nih sebenarnya) idakle aku garang bebenor dah anak orang kan :P

Sungguh aku tak boleh jadik cikgu di zaman sekarang ini. Sebab aku ala-ala cikgu zaman dulu-dulu di mana kalau dulu, aku kena piat telinga/berdiri atas kerusi/berdiri kat luar kelas sebab tak hafal sifir pun mak bapak aku takkan datang sekolah serang cikgu. Kalau aku mengadu, aku siap kena marah lagik ada la! Tapi sekarang ni, kalau tinggi suara sikit pun harus aku dah kena gantung kerja gamaknya huhuhu

Rupanya selepas aku selidik, kat sekolah dia tak belajar lagi matematik. Dia sebaya dengan Damia, pra-sekolah yang kat sekolah rendah ni lah. Isk..nak kena tanya cikgu Jijah ni, betul ke pra sekolah tak belajar matematik?? Dah tu macam mana nak amik exam kemasukan darjah satu bak kata kak non & suami hari tu??? Apa pun aku dah pesan kat dia, nanti kita belajar kira-kira lagi bila aunty Erna balik kampung yer.. dia angguk senyum dah! hihihi

Aku google method kumon, ni antara yang aku dapat:

speed+accuracy=mastery
Before your child can advance from one assignment to the next, the material should be completed with a perfect score within a prescribed period of time. All work is graded and the results recorded to determine when your child has a total command of the material and is ready to move on.


Practice makes perfect
Worksheets are assigned daily, even though most children attend the center just twice a week. An assignment that takes too long or is completed with too many errors is repeated until mastered. That’s how the Kumon Method ensures optimal comprehension and retention of concepts, establishing the strongest possible foundation for more advanced material.

Untuk basic ni boleh la..nanti kalau dah keadaan mengizinkan boleh la Damia sambung ke kumon sebenar yer! ;) maklumla tahap kesabaran aku ni tak menentu..berasap jugak satu badan kadang tu :P

11 comments:

Fid on January 19, 2009 at 4:42 PM said...

cikgu erna bersuara lantang????
nak dengar
macam tak relevan jaaaa

kahkahkah

Akma M.Rudy a.k.a MrsSLuRp on January 19, 2009 at 4:49 PM said...

yea..yea...gud strt lah dear..
i pun baru try dis kaedah kumon to my lyssa..its great for her lah..n skang senang sket nak focus! ;p

MN on January 19, 2009 at 4:56 PM said...

beb, i hari ahad hari tu ngajar aniq qiraati..
huruf ta dgn jim dia memang susah nak ingat/kenal.
so, jadila mak cikgu yg garang...
nangis pulak anak mak tuh!!!
adoiiiii....
kejam kah aku?

knv on January 19, 2009 at 5:30 PM said...

kahkahkah samalah kito!

aku tak ingat berapa kali siakmal nangis bila aku ngajor!

cysev3n on January 19, 2009 at 5:55 PM said...

teringat zaman2 aku ajar adik2 aku maths dulu.. sorang mmg paham..lagi sorang, tak paham pun, kata paham.. sbb takut tangan kena ketuk dengan pembaris.. padahal akula yg sengal tak reti nak mengajar.. uhuks..

ni nak repeat dengan anak2.. adoi la.. kalau la KESABARAN itu BOLEH dibeli..

Rizza on January 19, 2009 at 6:27 PM said...

syabas erna... macam tu la... nak kena garang...(sungguh la aku ni..memang garang hehehh)

ko buat yg nombor sama dulu... pusing2 la nombor sama... patu baru ko pi satu2 nombor yg lain.. naik satu2...(faham ke???) hehheh tak faham sila YM aku...
ni aku tak tau le method ape.. tapi method FAMA Hassan la.... (bapak dia le ajor.. heheh)berkesan ooo...

le ni aku rasa kita kena balik pada zaman dolu2 ..garang2.. (bila perlu) hehheh

mula2 memang akan menagis nye bila dengor mak pak garang.. lepas2 tu.. makin tekun la dia faham kan apa kita ajar hehhe (cewah.. macam lak anak aku dha beso ...)

good luck beb!!!

Ms Lola on January 19, 2009 at 10:21 PM said...

LOL la weiiiii... kesian budak tu! Aku kalau nak mengajar Sofea IQRA, aku kena ingat setiap saat yg dia tu baru nak masuk 3 tahun!!!

Boleh tak, dia cakap JA (Jim baris atas) sebagai JAP (mana dtg huruf Fa mati pun aku tak tau).

Pastu, sebut TA (Ta baris atas) sbg STAR!!!!! Adoiiii budak 3 thn... budak 3 thn...

Rizza on January 20, 2009 at 7:49 AM said...

mimi ye betul.. kengkadang bile dah lepas2 tu..baru teringat.. ekkk anak aku baru 3thn kan.. hahhaha haru2

Ms Lola on January 20, 2009 at 8:42 AM said...

Rizza,
Tu lah. Tak nak la nanti budak tu rasa fobia nak belajar pulak, kan?

Harrafyelza on January 20, 2009 at 10:37 AM said...

ahaks..baguih hang...aku baru dok tanya anak aku bajar apa kat skool..ari2 jawapanyer dalam nada menyampah ngan soklan aku tuh "" BAJAR BACA AHHHHH"...hahaha

Anonymous said...

ihiks....mancabar juga nak ajar anak ni eks...btw, i rest my case! i leave it to hubby...sbb aku juga dlm kategori sora halilintar bila mengajar..ekkekek...silap2 kalu ngajar..anak org umah ujung pon bole tumpang tiusyen skali..sbb sora kuat sgt sampek ke ujung jalan! kakakakka

 

Based on Cookie Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template
Customized blog header by Layout.Goddess