Wednesday, September 24, 2008

Happy Birthday My Girl!


Big smile..
while Danish singing out loud a Birthday song for her ;)


Semalam lepas berbuka & solat, kami bergegas siap dan terus pecut ke Subang Parade (the nearest mall for us lah!). Kesnya, daddy tak dapat berbuka bersama today so tak dapat jugak nak celebrate birthday Damia gitu.. so semalam kira kes mengambil hati sebelum merajuk ihiks!

Agak kalut jugak sebab dia nak jugak bawak goodies and cakes ke sekolah hari ni. So, mencari barang2 goodies kat toys'rus la kami.. amik apa yang patut then terus pergi cold storage beli gula-gula sket nak boh dalam tu.

Then terus ke Swensen untuk upacara rasmi kononnya...hahahaha
What else could make a lil'girl smile? An ice-cream lah! Kalau nak pi makan kat Chilli's or TGIF ke or other restaurants bukan untuk anak le jawabnya..tu untuk celebrate 'perut' mak bapak yang lebih kan? hahaha so, we decided to bring her to Swensen then. Lagipun kenyang dah berbuka kat rumah tadi.

Kami order satu jer..share. Tu pun tak habis :P Masa orang tu bawak ice-cream tu, siap ada candle sebab kami order Firehouse Happy Birthday Ice Cream. Danish menyanyi sekuat hati dengan pelat dia tuh lol!!! Satu kedai (termasuk staff) berhenti buat kerja and pandang meja kami! They were smiling ear to ear sebab tengok gelagat Danish menyanyi dengan penuh semangat gitu! Dan mommy punya bengong tak amik video guna camera tuh! Duh! Menyesal sebab memang sangat cute okeh! Sebab lepas nyanyi tu dia siap cakap 'boo..mamia boo!' (which means 'blow..Damia blow!!' lol!
Lepas tu suruh la dia nyanyi semula but Danish dah pandai malu lerrr! hahahah tersipu-sipu plak dia tak kuar sora nyanyi semula..tadi sebelum tu menjerit nyanyi sekuat hati tak kesah plak hahaha
Lepas selesai, kami pun balik. Before that singgah King's cake giant 13 sebab nakbeli kek..mujur buka lagi :P Beli la sebijik kek untuk dia bawak pergi kindy today. Hope she had a good time today at school! Sangat excited harini nak pergi sekolah to share her cake & goodies!

note:
yes..saya tak sempat buat kek untuk anak sendiri :P shame on me! huhuhu.. nak tempah pun semua baker dah takleh selit oda.. so beli ajerlah yerr. Nanti celebration after raya kita tempah kek yer my girl!

Aku syahdu le plak dah 5 tahun anakku.. kejap je masa berlalu. Tak lama lagi dah nak masuk darjah 1! huahuahua... i'll do anything to make you happy dear.. i'll celebrate with you while i can..because i know, 1 day Damia nak celebrate dengan kawan-kawan jer. Mesti akan sampai masa dan ketikanya nanti.. then if masuk Uni jauh dari mommy & daddy, pun tak dapat celebrate sesama gak nanti..dah ada boyfriend nak celebrate ngan boyfriend plak nanti...dah kahwin nak celebrate ngan suami... it's reality right? And we never know whether mommy masih hidup atau tak untuk your next birthday pun!

Apa pun, mommy doakan yang terbaik buat anak mommy. Semoga menjadi anak yang solehah duniawi dan ukhrawi.. amin. Selamat Ulangtahun Kelahiran Puteriku! ;)

15 comments:

mommyashvin on September 23, 2008 at 10:46 AM said...

happy birthday! Damia.
sure so cute when danish sang birthday song for u.
be good girl!
erna, truelah
lepas dah kahwin tak pernah potong kek kat rumah mak :(

Yan on September 23, 2008 at 10:46 AM said...

auwww.. kellas nyah adik nyanyikan lagu.. happy birthday Damia.. dah besar dah anak dara mak Erna.. moga semua yang mummy Damia impikan utk Damia, ALLAH makbulkan.. amiin..

arina on September 23, 2008 at 10:50 AM said...

happy besday damia!!!! kek king pun kinglah dear. the thoughts that counts.

(mahal kan kek kings pun?)

mimielola on September 23, 2008 at 11:05 AM said...

Ala, sebak pulak aku baca entry ko kali ni nyah! Huhu,
Anyways, Happy Birthday dear Damia. Semoga Damia menjadi anak yg solehah

Ealyie on September 23, 2008 at 11:20 AM said...

Happy Birtdday Damia!!!!!!
;)

rizza on September 23, 2008 at 11:45 AM said...

Happy birthday Damia!!
semoga jadik anak yg berjaya cemerlang di dunia n akhirat...amin

p/s: erna..patut le aku rase cam ade someone nye besday this day..aku lupo le.....

mrs noba on September 23, 2008 at 11:51 AM said...

happy birthday damia...
cute jer danish nyanyi utk kakak dia :)

mamaDhea on September 23, 2008 at 12:17 PM said...

Happy Birthday Damia! Dh 5thn ek.. Comey gitu adik Danish nyanyikn birthday song ek..

Semoga besar nnti menjadi seperti yg mommy & daddy impikan...

raihan on September 23, 2008 at 2:31 PM said...

happy birthday damia!!!moga jadi anak yg solehah dan berguna...

dott on September 23, 2008 at 4:41 PM said...

Happy birthday Damia!!

Fid on September 23, 2008 at 10:16 PM said...

sudah 5 tahun
Tahniah!

NeroEcha on September 24, 2008 at 9:29 AM said...

Happy birthday Damia..sedih ler pulak baca nyer..kejap jer dah 5 thn kan..

Hana on September 24, 2008 at 10:41 AM said...

Happy Birthday Damia...
betul la erna tulis pasal celebrate tu.. rasa terharu..sebak pun ada.. huhu..

busy betul ur husband skrg ye.nak msg tanya psl hari tuh pun teragak2.. nnt bebila dia free, boleh la dia pas kat kwn dia ye.

Marisa on September 24, 2008 at 12:45 PM said...

Happy birthday damia... sungguh sebak entry ni...

Erna on September 25, 2008 at 8:18 AM said...

Thanks so much for all your kind do'a and wishes ;)
Damia said thank you very much!!!!

 

Based on Cookie Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template
Customized blog header by Layout.Goddess