Monday, August 24, 2009

Damia dan puasa...

Alhamdulillah, 2 hari Damia dapat berpuasa penuh. Tahun ini pertama kali dia cuba berpuasa. Kagum sebab dia berjaya habiskan sepenuh hari pada hari pertama. Pada awalnya nak set limit sampai pukul 12. Then increase day by day. Tapi alhamdulillah, hari pertama dan kedua penuh satu hari puasa.

Tapi kesian jugak. Hari pertama tu dah pukul 6 lebih, bawak pusing PARAM kot-kot dia teringin apa-apa and saja nak bagi dia lupa pasal puasa. Tapi takde apa pun yang dia nak. Pukul 6.30 dah mengalir airmata dia kata lapar sangat. Alahai, dah nak cair dah. Cakap kat en.suami bagi je la dia buka. Tapi en.suami pujuk-pujuk lagi divert her attention. Mommy pulak yang risau..hihi Tapi alhamdulillah, cukup satu hari. Waktu berbuka habis 2 pinggan nasi ayam aku masak anak dara ku ini sebat! hihihi lapar benar rupanya dia ;)



the femes Popiah Ali (beli kat PARAM)
target ke tempat popiah ali, dapat je terus balik! Pening kepala tengok orang ramai-ramai huhu


Hari kedua, alhamdulillah tak susah nak kejut sahur lagi. Walaupun terpisat-pisat depan pinggan :P Masa sahur aku tanya dia. Damia nak berbuka apa hari ni? Konon ayat nak pancing puasa lagi. Sekali jawapanya...jeng..jeng..jeng.."Damia nak buka kat Chilli's" ADOYAIIII!!! semalam mommy bawak pi PARAM takdak apa yang nak, sekali hari kedua tanya nak apa terus ko jawab Chilli's?! erkk terkedu aku. Dah la aku bercita-cita nak masak asam pedas ikan tenggiri. Terpaksa la ku korbankan demi anak terchenta! huhuhu So, kami pun pecah tradisi hari kedua udah berbuka kat Chilli's :P asalkan Damia nak puasa bak kata en.suami. Dia nak roti tortilla tu yang benarnya. Aku cakap kita beli je la makan kat rumah. Dia jawab tak nak. Nak kat Chilli's jugok! huhuhu

Hari ni, sahur tadi alhamdulillah dia bangun ok. Dia request nak udang goreng malam tadi. So aku pun goreng udang untuk Damia. Ayam masak merah untuk aku & en.suami. Harapnya berkekalan la sampai ke waktu berbuka. Tadi telefon dah layu je bunyinya. hikhik.. Dah pesan siap-siap kat opah supaya jangan termakan 'muka kesian' dia. Biasalah cucu ni kalau dengan atuk/opah drama dia lebih sket :P Mujur cuti sekolah, so harap dia dapat la bertahan.
Anak teruna Danish tu of course la tak puasa. Tapi bila tanya, dengan mulut penuh makanan dia kata 'Nenish puase' hahahaha

Lawaknya semalam masa kat Chilli's. Damia dah menggelupur tengok makanan dah sampai depan mata. Masa tu dah pukul 7.15. Aku kata kejap je lagi tunggu azan. Kat Chilli's tu pun buka channel 1 waktu tu adik tahfiz tu tengah tadarrus al-Quran. Yang Danish ni dah selamat 'ngup ngap' habuan dia. Lagi la tak keruan kak yong Damia ni. So dengar je aku cakap tunggu azan, Danish dengan mulut penuh 'Allahuakbar Allahuakbar! Ashhadu anlailahaillallah....' LOL!!!
Kami dok la menahan gelak..punyala dia nak tolong kak yong dia, so dia tolong azan kan dulu hihihi adoyai!! Tergelak je orang kat meja sebelah tu. Tapi ok la kat Chilli's BSC. Not so crowded..pukul 6.30 baru kami masuk. Aku tengok orang datang pukul 7 pun still bleh dapat tempat. Surau pun ok tapi biasala shopping complex cantik tapi surau kat basement keta :P

Hari ni entah apa la pulak demand berbuka Damia pada opah tu?? Semoga Allah permudahkan puasanya..dpaat la dia bertahan sampai waktu berbuka nanti, insyaallah.


6 comments:

Mama Adib on August 24, 2009 at 4:02 PM said...

gelak ku baca danish tolong azan ha ha

Chaiyok Damia chaiyok, nati minta baju raya 7 pasang tau

Mama Adib on August 24, 2009 at 4:02 PM said...
This comment has been removed by the author.
n.i. on August 24, 2009 at 9:07 PM said...

congrats dania... aunty masih struggle dengan adam ni hehehe

Mrs.Nury on August 25, 2009 at 10:13 AM said...

well done damia dpt pose penuh 3 hari :)

Marisa on August 26, 2009 at 7:59 AM said...

wow.... demand berbuak kat Chilis lagi.... tapi pe la.... nak bagi support punya pasal....

MN on August 26, 2009 at 8:16 AM said...

hahaha..lawak la danish!

 

Based on Cookie Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template
Customized blog header by Layout.Goddess