Showing posts with label MOI. Show all posts
Showing posts with label MOI. Show all posts

Monday, November 2, 2009

Today is our 8th Wedding Anniversary


Semoga cinta kita berdua tidak melebihi cinta kita kepada Allah...
May our love be forever till death do us part.
Love you so much my dear!!
8 years and we are blessed with 2 kids...alhamdulillah ;)


En. suami telah mengirim ini kepada saya ;) Thank you dear!! semangat buat kerja bau bunga harum semerbak!! i love the smell of fresh flowers!
Semalam dia kata, "eh, kita kena pergi anniversary dinner la esok"
"oh..kena ek?"
Aku buat-buat soalan bodo sebab aku tak beli apa2 lagi utk si dia muahahah...fening la tak tau nak kasik apa.
I just thot of a short breakaway.. but tengok la nanti. Nak kena plan and calculate balik since next year anak dara kami dah masuk Darjah 1!! Weehuuu!! Terasa tua muda la bila sebut anak dah darjah satu nih kihkihkih takpe, janji jiwa muda kan? :P



Monday, October 19, 2009

Hard Q's and Facts on H1N1..

Salam to all..

Lama tak ber blog. Anyway, most of you dah tau yang my daughter and I baru lepas kena H1N1. Alhamdulillah both of us dah ok and now rest at home for another 1 week! More or less we all kena sama dengan adik NI kena. ALhamdulillah, adik NI juga sudah ok ;)
Malas nak cerita panjang, i'll just copy and paste what i have posted in my FB notes.
I received a lot of sms, calls, message regarding H1N1. First of all, I would like to say thanks a million to all of you for your prayers, doa and support. May Allah bless all of you and family. Hanya Tuhan yang dapat membalas jasa kalian semua.
I try to gather some of the questions that people always asked:


1. How do Damia get that?

Well, frankly speaking we have no idea at all. In fact we never discuss about it. We couldn't bother much of that because whenever our kids are sick, the main concern is to get them well again! I keep on getting this sort of questions, but to tell you the truth 'Wallahua'alam'. As we all know, benda ni ada merata-rata.


Nak kata kena masa attend open houses? Rumah siapa? Macam mana boleh kena? Why Damia not other guests yg attend open house tu?Yet, the question remain unanswered.

Nak kata kena kat sekolah? Why other kids tak kena? Why Danish tak kena? Why Damia sahaja?Again, the question remain unanswered.


That is why i myself takkan persoalkan how and where. Dah ditakdirkan Damia yang kena, kami redha. The most important part is to get treatment! As early as possible so that tak melarat. No finger pointing please!



2. How do I get infected?

According to my Dr, very likely that i got it from Damia. According to him, the virus is at higher chances to transmit when Damia on high fever. When i recall back, on Sunday night Damia demam tak turun-turun. I slept with her, sekatil sebantal seselimut at the hospital.Tak tidur sangat pun malam tu sebab demam dia tak kebah and she started to wheezing. My fault for not taking extra pre-caution while taking care of her. But, we have no idea that it was H1N1 at that time. When my kids are sick, nothing else matter. I just want her to feel i'm with her no matter how sick she is. Nak ikutkan dalam hati memang sentiasa berdoa, biarlah saya yang sakit tapi bukan anak-anak.


3. How's the pain with H1N1?

Ok, according to our Dr, H1N1 akan attack the lowest system dalam badan. Dalam kes Damia it was her sinus. That is why dia sakit kepala yang amat sangat sampai menangis-nangis.How do we know she got sinus? Bila kami inform Dr, Damia complaint of severe headache etc, he suggested that we do the MRI. We agree for that.Maybe orang lain takkan benarkan anak mereka diperlakukan dengan benda-benda macam ni. Tapi bagi kami, we trust our DR! He's been our paed since Damia was born. Logically, dia tak boleh nak dengar guna stethoscope bahagian kepala. Kami nak tau cepat apa punca sakit kepala. The sooner you know the earlier you can treat. Lebih-lebih lagi melibatkan bahagian kepala. Guna logic akal and dengan kecanggihan technology yang ada.


Back to MRI, unfortunately not successful. Kesnya sebab Damia keep on moving dalam machine tu. Machine tak bleh capture anything.Terpaksa buat CT Scan. From that CT Scan kami dapat tau yang she had chronic sinusitis. Masyaallah. Can you imagine how we feel?


First H1N1, then chronic sinusitis. According to the paed, sinus co related with asthma and eczema. Yeah, but we wouldn't imagine it to be chronic at Damia's age.As most of you know, Faizal also recently diagnosed with chronic sinusitis which he has to undergo 2 major operation yada..yada.. I was kinda worried if it would be the same with Damia. But then, our paed assure us that for children they won't do any surgery yet. They try to give antibiotics and other medications to treat that. gosh! what a relief!


Hence, during her stay at the ICU Isolation unit, she was given the best antibiotics tru drip for her sinus and also tamiflu for H1N1.ALhamdulillah her asthma is mild, and with that antibiotics and nebulizer, it was under control.What if we do not agree on the MRI/CT Scan? Until now maybe she'll be treated with wrong medication or it can worsen her sinus.


As for my case, i experienced low blood pressure. Penat, muntah-muntah, loya, pitam, sakit-sakit badan. Nak diikutkan kalau saya sakit demam biasa yang teruk pun all this symptom ada. Myself memang low bp and selalu rasa nak pitam.That is why those high risk as per stated in most bulletin on H1N1 really have to be careful. Those yang not under high risk category macam saya, kesan dia tak la sebegitu teruk. Maksud saya sakit tu tetap ada but bertahan la. Masih boleh berjalan (actually cuba kuatkan semangat dan hati sebab at the same time i want to take care of my little girl). But the first 2 days I was diagnosed with that memang tak boleh bangun sebab bp low sangat or else maybe boleh jatuh pitam. With drip on alhamdulillah i regain my energy fast plus antibiotic semua. Berkat doa dan semangat kawan-kawan juga insyaallah.Overall, lebih cepat kita tau lebih mudah untuk diberi rawatan lebih cepat kita akan sembuh.


Please! Please! Do not hide your sickness! Benda ni terjadi di depan mata saya sendiri di dalam ICU tu. Since keadaan kami di dalam ICU tu hanya dipisahkan oleh curtain,basically kita akan dengar apa yang orang sebelah cakap. (Luckily kami dapat corner lot :P).


Anyway, i overheard orang sebelah bersembang with another patient.

A: Kitorang senyap-senyap je bila dapat tau kena sakit ni. (The whole family of 4-mom,dad & 2kids diagnosed with H1N1)

B: Tu la, saya pun sebenarnya dah kena masa bulan puasa hari tu. Tapi saya senyap2 duduk kat rumah je. Tak amik ubat apa.

A: Oh ye ke? Kitorang tak beritahu orang sebab kalau orang tahu mesti semua tak nak jumpa or kawan dengan kitorang dah.

B: haha ye la.. semua takut. Takde orang nak kawan dah nanti.


Helloo!!! Come on lah..

For A: Like what I and Najlah had discussed, only people yang tak sekolah would think of that. We are not HIV positive or pesakit kusta sampai tak boleh nak berkawan dengan orang sampai bila-bila!Even pesakit HIV pun kita still boleh berkawan provided you follow all the precautionary measure and guidelines carefully. This virus bukanlah sejenis virus yang tak ada penawar dan akan kekal sampai bila-bila.Get yourself full knowledge on it before you make any conclusion. Kalau tak tahu tanya. Malu bertanya sesat jalan. I myself tak tahu apa pun pasal H1N1 selain apa yang dipaparkan di poster-poster. Dah ada dalam hospital tu, tanya je lah Dr and nurses semua.For me, everytime Dr visit i will asked a lot of questions! There is no such thing as silly question. In fact soalan yang saya tanya kadang berulang-ulang kali. Yang penting kita faham. We pay for their consultation. So?? tanya je lah! Bukan takat check-check sudah. We should have 2 way communication with our Dr. So that he understand what our problem is and we understand what we are having.


According to my Dr and our Paed (dah pesakitnya dua, so 2 different doctors with same questions i would ask! Tak rugi okeh!):
Bila disahkan H1N1, pesakit akan diberi ubat Tamiflu for 5 days. After 3 days consuming ubat ni, the chances untuk penyakit transfer ke orang lain is very unlikely. Dalam kes kami, only Damia and I confirmed with H1N1. So, we were admitted and isolated at the ICU. Most cases, after 3 days akan discharge. Kalau ada kes baru la akan di tahan lebih lama. Especially those with high risk group.Macam Damia 5 days sebab she need to complete her antibiotic course and her sinus&asthma. Myself, memang 3 hari sepatutnya but since i need to take care of Damia for another day, so might as well I hold on to that bed :P


Takkan Dr nak lepaskan kami balik kalau dia tau risk untuk transfer kepada lebih ramai orang tinggi. Lebih-lebih lagi dia tau sangat ada Danish, hubby, mak and family semua kat rumah. Complete the tamiflu course then you are free! Kesan-kesan sakit still akan ada i.e batuk, selsema but the virus is none. Just like batuk selsema biasa la jadiknya. Continue with your cough, flu medications that's it!


For B:According to him, he got it during puasa nak dekat raya. Duduk rumah je tak amik apa-apa medication. Time raya haritu sure ke tak berjalan raya? Dah la malu orang tau dia ada penyakit tu, so bila badan rasa kuat of course akan pergi jalan beraya kan?? Kes macam ni la yang menyebabkan tersebarnya penyakit ni tanpa pengetahuan orang lain! Very selfish! Dah la tak dapatkan rawatan, bila takde ubat penahan kemungkinan penyakit berada dalam badan lebih lama dan chances untuk transfer ke orang lain lebih tinggi. Sudahnya, ntah berapa ramai pula orang lain yang terkena akibat seorang macam ni? Ni baru seorang, kalau ramai lagi??Akibatnya.. anak dia berumur 8 bulan admitted sebab confirmed H1N1 positive! 8 bulan okeh!! kesian sangat!! Saya masih ingat bila saya tanya maknya, siapa lagi ada yang kena sebab takkan tiba-tiba baby kena. Dia jawab takde. Suddenly suaminya bercerita, rupanya dia yang dah kena. Case Close!


So please! Kalau ada tanda-tanda pergi check. Then cepat-cepat dapatkan rawatan. Nothing to hide, nothing to be shame of, nothing to loose! Lagi cepat dapatkan rawatan lagi cepat penyakit ni dapat dikawal. Please do not be selfish!


Alhamdulillah, both of us now back to normal life. Damia jumping around happily singing with her little brother. Her asthma is under control. Saya sendiri pada mula dapat tahu Damia kena, memang rasa down sangat-sangat. But, after consultation and q&a with Dr, then only I know and understand that "It is not the end of the world!". Kuatkan semangat, follow Dr's advices, take your medications and insyaallah you'll be ok.
Again, I would like to thanks all of you for your prayers and doa. ;)

Monday, September 7, 2009

Buang tebiat di hari raya nanti...

Raya sakan? ni apa yang en.suami cakap pasal bini dia hahaha... kalau korang tengok bawah memang sakan aku nyah!! ahaks!!! After 7 years of raya sempoi i.e most of my baju raya will be cotton, no kebaya, easy to lift up untuk susukan anak, no beads or what so ever yang boleh melukakan/scratch anak-anak, paling-paling pun sutera terengganu la..even brooch pun brooch kain or plastik hahaha...Lagipun, aku bukan kerja 5 years back kan. Duduk rumah nak pakai mana la baju-baju sebegitu.

But this year i'm back with blink-blink kind of materials..baju pun buat modern kurung yang agak sesak napas jugak or susah jugak nak berlari hohoho sakan tak sakan mak nyah??? kihkihkih....En.suami tersenyum lebar..ngeee!! Not to saya tak jaga pakai before this, but with small active kids and fully breastfeed kiddos i prefer a comfy and easy to wear baju raya. Sekarang baru la mak yakin nak ber beads hape. Bukan tak teringin tapi demi anak2 ku sanggup korbankan apa saja..cewah!!!

Anyway, last saturday pi amik baju kat Syahrir. Saya sangat suka!!! Actually ni baju tambahan yang ku rembat masa EJ balik arituh..Kes yang terpaksa buat bajet tambahan tuh :P Except for the kain abstract brown tu aku beli kat KL sekali dengan the real baju raya turqoise tahun ini.

ni kain beli kat EJ. I LOVE part tangan yang ala seksi ni..ala je sbb walaupun terbelah tapi ada lining! Siap ada tali ikat kat hujung tuh ;)


Oh this is what i call BUANG TEBIAT! Never in my life aku pakai kasut 4 inci! Tapi dek kerna baju rekaan mu Syahrir, aku terpaksa pi carik kasut raya mcm budak kecik! LOL!! yes, i never bother about kasut raya before this as well! As per my baju yang comfy, kasut pun harus flat dan senang nak bawak lari! Usually, crocs la pilihan walaupun raya. Tapi this year si Syahrir buat dress aku labuh ya rabbi! Dia kata cantik la flow je ke bawah. You carik kasut 4 inch ye! HAH??? Terbeliak mata aku! I said, ok i will try dulu cari kalau takde yang ok or i don't feel good in that i will return untuk alter balik.

So, semalam sakan la mencari kasut. Terasa macam budak kecik pulak nak cari kasut raya :P En.Suami memberi sokongan sepenuhnya..maybe dia pun dah boring tengok bini dia selebet di hari raya kahkahkah. Takpela, i buat ni semua untuk you,sayang!! Kalau i jatuh terpeleot ngan kasut 4 inci ni jangan you buat tak kenal i pulak! kehkehkeh


Ni lagi sepasang dress, kain from EJ jugak.. so for both dress Syahrir buat labuh. This pair sangat comfy because of the soft leather type. Not bad gak eh pakai kasut 4 inci?? Yang tak laratnya kopak aku!!!! As usual, bila balik rumah i will express my regret to en.suami. Why la i beli semua ni etc.. But, en.suami dah reason out everything, after 7 years i deserves all this! Am i?? You yang cakap ye Yang...jangan i addicted sudah! Siap la you kehkehkeh....

But funny thing is.. tahun ni beraya turn K.Pilah. So, satu pun diantara baju2 & kasut2 kat atas aku tak pakai kot hahaha yang akan aku bawak balik hanya baju raya utama (turqoise yg buat kad raya tuh :P) and sepasang lagi baju kurung kain saree yang aku buat style baju kurung lama. and sepasang kurung cotton..hehehe sonang den nak singsing lengan basuh pinggan dek non!!!


Monday, August 24, 2009

Laptop baru??

Hajat di hati ingin memiliki sebijik epal masak ranum ini ;)
Beberapa kali masuk kedai mencari sebiji epal nan satu ini...
Tapi..


Selepas membuat beberapa perbincangan akhirnya kami memutuskan untuk melupakan sebiji epal tersebut demi anak-anak tercinta ;) Yes, priority!
So, 1st step kami beli dulu sebuah komputer untuk kegunaan anak-anak! yeay!! Yes, we get this one masa PC Fair aritu..


Alhamdulillah.. semoga anak-anak mendapat manfaatnya. Guna untuk main Playhousedisney je tau! ihiks!! (PC lama dah bawak balik kampung sebenarnya, so lama depa ni takdak pc).
So now baru fikirkan untuk diri sendiri/en.suami..

As for me?? Ni lah laptop lama ku. Banyak jasanya dia ni. Sejak aku jadik SAHM dulu dialah peneman setia ku ;) Dia lah yang kami angkut ke GC, Brisbane, Japan dulu.. Still in very good condition..tapi tu la saja gediks gak nak 'usha' yang masak ranum itu :P Konon sebab benda ni dah berbunyi-bunyi 'ngeng ngeng ngeng' bila digunakan hahahah seriously irritating okeh!!



pic fr google
(lupa amik gambo sendiri punya before transform but this exactly the same)


Last month hantar Fujitsu service centre lappy ku itu. Alhamdulillah still baik cuma tukar fan jek. Dah reformat balik semua..masih berfungsi dengan baik dan bersesuaian dengan fungsinya ;)

So?? selamat tinggal epal :( Takpelah, ada hikmahnya tu. Lagipun takde sebab nak beli lappy baru sebab yang lama ni masih elok kan? Dah baiki fan semua no more 'sound' hahaha

So, untuk memberi nafas baru...semalam en.suami telah bersusah payah transform kan yg lama kepada yang ini
|
|
|
V



Yeay!!! ok tak?? tak kisah la janji I LOIKEEEEE!!!!
Sangat bersemangat nak guna lappy BARU saya!!

Alhamdulillah, saya percaya Allah bersama orang-orang yang sabar. Walaupun terpaksa melupakan hasrat memiliki sebiji epal, insyaallah nanti bakal dapat epal yang diidamkan. Walaupun bukan versi besar, tapi rasanya versi kecik ni lebih signifikan untuk aku. Sebab yang kecil ni lebih banyak akan aku gunakan dan sentiasa akan berada dekat denganku ;) Bukan satu tapi 2..(yeay! en.suami jugak nak sebijik epal hitam!)
Alhamdulillah, syukur!!! tak sabar nak menunggu panggilan apabila sudah ada stoknya nanti.. For now menanti dengan sabar dulu Erna!! *wink*



Thursday, August 20, 2009

11111


I know it's wayyyyyy tooooooooooo far from all of you :P tapi tergediks plak nak capture bila nampak this number tadik 11111. Hehehe...


Monday, August 17, 2009

'Itu' sudah dapat... 'Ini' belum lagi..

Yeay!! 'Itu' bonus raya dah dapat hehehe... dapat 1 and half month salary. Ni kira tetap la untuk gred cam aku hahaha...maknanya every year akan dapat bonus raya cenggini. Kalau naik gred menurun la bonus aku. Kalau gred lagi tinggi pangkat bos-bos gitu lagi berkurang la. Maklumla gaji lagi besor so takkan nak darab 2 or 3 months plak.. good eyh??!! Kat kompeni laki aku lagi besar gred & gaji (boss) lagi tinggi bonus. Tapi bagi tempat aku, untuk adil makin tinggi gaji makin rendah rate dia.. kira dia ikut e.g 2, 1.5, 1.25, 1 etc...
Harus nak kena simpan untuk bayar tailor baju 'tambahan' hari tuh! adus!! kalau tak harus mak 'joli katak'! isk..isk..

Apa pun aku dah siap 'joli kodok' hari Jumaat hari tuh. beli apa??? something on road tour kat KLCC tuh..macam menyesal pun ada. Tapi orang cakap you won't regret buying that 'thing' *sigh*. Maybe sebab benda 'INI' tak dapat kat tangan aku lagi kot..sebulan (the most) baru dapat okeh!! huargh!!!! Apesal la korang buat promo tapi tak ready stock? Anyway, strees amat hari Jumaat kat office akibatnya gitu lah.. not 1 but 2! (kes hubby nak sbb dia pun stress katanya hahaha)

So, lepas kami melepas stress dengan benda 'ini', kami pun dinner kat CPK and bercerita tentang masalah ofis masing-masing. hohoho..what a day! After listening to his problem, yes he really deserve it! Aku?? of course! :P :D



Rumah baru..

Salam..

Jemput masuk semua..rumah baru ku hihihi... godek2 tukar last Friday tengah2 malam. Tapi x sempat nak write-up an entry. Ok tak?? me likeyyyy!!

Thanks so much to Layoutgoddes! As you all know aku ni peminat setia layoutgoddes punya hasil seni. Banyak hasil layout (LO) yang aku dah beli! Memang cun and unik. Kali ni layoutgoddes boleh offer new service which is personalized Blog Header! Cool eh?!!

For more info bleh email her kat layoutgoddess@gmail.com. Nak tengok LO scrapbook dulu bleh browse kat sini http://flickr.com/photos/zatul. Blog still under construction katanya hihihi

Ni antara hasil LO yang aku beli from Layoutgoddes dulu-dulu!!



LO by Layoutgoddes
Pic by KC (during our photoshoot with KC 3yrs back..Danish kecik & bam bam lagi!!)




Tuesday, August 11, 2009

Busy lagik..

Sesungguhnya aku tengah busy now.. busy carik duit untuk aku company! Yeah, aku under funding team..so kena search hi and low for people to deposit money..whereas dalam keadaan sekarang lebih banyak yang nak mintak financing daripada nak letak funding. Dowh!! so can you imagine how the pressure is?? Buat muka&suara tembok mintak duit kat orang hohoho... bukan aku nak pi shopping pun duit korang tapi aku simpan and generate more of it. Cukup tempoh matang aku kasik lebih lagik :P Nak??

Kat opis la ni kami boh sanitiser gred hospital kerajaan gitu..semua customer&staff yang masuk pintu depan wajib guna sanitiser. Aku pun dah pakai 'the mask of zorro' pi kerja.. risau la kan! Yang sakit tak reti-reti nak pakai mask or tutup mulut bila batuk/bersin. Nak tak nak kita ni la kena prevention sendiri. Pakai la topeng tu. Makin hari makin bertambah..dengarnya ofis2 di sekeliling kami ni ramai yang dah kena kuarantin and suspect gitu. Haish..naudzubillah. Semoga kita & keluarga semua dilindungNya.

On other note, baju raya kami sekorga dah siap! hikhik..yer la kan, siap masa nak berfotogediks arituh lagik.. tapi semalam aku dah pi tambah tempahan hohoho..ni la akibat pi umah Yaya (EJ) arituh..selamat rembat 3 pasang lagik. Dan selamat la budget raya aku!!! arghh!! padan muka sendiri la kan..konon nak budget siapkan baju semua awal so that next month tak yah pikir budget utk baju etc..sudahnya menambah lagi! Isk..cepatla masuk bonus raya! (best kan company ni! Bonus raya memang bonus wajib selain bonus performance..biasa dapat seminggu sebelum or selepas bermula puasa. So patut dapat next week or another 2 weeks lah!)

Rasanya baju raya anak-anak dan en.suami pun dah cukup semua. Malas la nak kuar bersesak-sesak time puasa nanti. Lagipun dah kerja ni sure penat. Hujung minggu je la nak berbuka secara aman bersama keluarga dan buat kuih raya. Tinggal nak cari kasut je kot untuk depa. Isk.. apa kes aku melalut sampai ke cerita raya hahahaha...ya ampon! abaikan weng kepalaku ini!

Ok lah..harus fokuskan kepada kerja semula. Hopefully 'weng' aku lepas kena pressure masa meeting tadi terubat..oh i so need retail therapy!! take care all!


Wednesday, July 1, 2009

achooo!! uhuk-uhuk!!.


Isnin aku demam..huhu pergi hospital bawak Big D and Lil D gak.. sudahnya satu family buat 'lawatan ke hospital'. Lil D dah demam sejak minggu lepas lagi. Kami bagi ubat yang ada tu je.. then Big D plak dah start semput. Isnin Mommy plak demam...ayohai!!!

Aku dapat la MC 2 hari (isnin-selasa). So today baru masuk opis. Dr kata tekak aku luka dan merah, infection. Tu pasal aku sampai demam. Hari ni dah masuk opis yang sejuk banget nih!! adeii!! aku dah memang ngan blazer, dah berkelubung shawl berselimut bagai hehehe..suara pun sengau :P kepala weng je rasa sbb flu nih..telinga pun sebu mcm tak dengar huhuhu

Alhamdulillah, big D and Lil D dah beransur baik..depa semalam lagi dah tergedik2 nak pergi sekolah. So, kami monitor je la kasik neb semua.


*pic credit to google image

Tuesday, June 23, 2009

Pulang 1 diganti 3 :P

Apa kah teka-teki di atas? hehehe... takde apa lah. Bukan teka teki pun. Sebenarnya hatiku berbunga riang Jumaat lepas selepas menerima panggilan telefon dari kedai 'Jurulatih' yang mengatakan aku dapat full refund untuk beg aku yang bermasalah itu.

Kesnya, aku nak jual beg itu sebab memang jarang sangat pakai. Adalah dalam 3-4 kali pakai sejak beli in 2007 dulu. So, daripada terperap dalam beg, aku ingat nak jual je lah. Jadiknya aku pun keluarkan dari dalam dust bag untuk mengambil foto. Sekali tengok..hah!!! terkojut den! Dah begini jadiknya beg aku???!!!!

Kuciwa jiwa raga. Jadik bila aku terjah Pavi dulu, aku pun tanya la one of the SA adakah boleh kiranya aku mahu servis beg aku itu (sebab beli dulu pun kat situ gak). Bila aku cerita jer, terus dia angguk-angguk geleng-geleng (macam lagu pulak :P). Ihiks! Then dia kata ada possibility aku bleh dapat refund?!! what?? pergh!! tu sudah bagus! So, dia suruh aku bawak beg tu. Aku janji nak bawak minggu depannya. Sekalik esoknya dah en.suami willingly nak pi situ. Tu yang kes aku pi merayau Pavi dua hari berturut-turut tuh :D

Then, dah hantar hari Sabtu, SA tu kata Mon dia akan return call dan bagitau status. Sampai la hari Khamis budak tu tak tepon. Aku pun bz banget tak sempat nak chase depa..sekali petang Khamis aku call, depa pun cakap aku dapat refund! Hohoho full refund okeh!! gumbira tak terkata aku!! Maklumlah..beg dah nak dekat 2 tahun, jarang pakai, and aku memang dah nak jual..tetiba bleh dapat full refund kat butik lagik!! Bravo!!!

So, Fri lepas kojo, aku ngan en.suami dating ke situ...dan aku dengan seronoknya memilih bag! Seronoknya sebab aku tau takkan ada kesan apa2 di poket ku bila aku pilih bag kali ni! yeeehooooo!!! Di sebabkan beg yang aku berkenan adalah kurang daripada harga beg yang aku refund, jadiknya aku berjaya merembat seperti yang di bawah ini:

Yes!! 3 items! ihiks!!! 1 bag untuk menggantikan yg lama tuh.. ada balance lagi aku pusing punya pusing takdak wallet yang berkenan. Sudahnya aku pilih new sunnies!! yeay!!! Sunnies ku yang lama masih berkhidmat dengan baiknya. Takde masalah..aku beli tu dulu masa kat GC dulu..dah almost 3yrs dah dia berkhidmat. Idokler nak tukar sangat pun, tapi dek kerna takde benda lain yang aku berkenan.. mungkin sudah tiba masanya aku dapatkan pengganti yang ini...
Sunnies yang berjasa.. masih elok cuma benda alah tepi tu jer dah tercabut :P Ni je la benda yang aku beli untuk diriku masa kat Surfers Paradise dulu..

Pengganti yang baru *wink* sedikit besar daripada yang lama..aku nak amik yg besar gabak, en.suami kata habes muka aku tenggelam hahahaha...

So, dah pilih dua items tu, masih berbaki dalam 25 hengget hahaha... pusing punya pusing lagi idakle ada yang berkenan. Btw, aku hanya bleh pilih normal price items yer! Since banyak yang on sale, jadik aku tak bleh sebarang pilih huhuhu In the end aku cakap kat budak tu, "Takpelah, that rm25 kira hangus gitu lah" (of course they can't refund cash to me!). That SA macam "are you sure?". Yes..aku kata. Konon nak amik scarf tapi mcm vengongs lak aku rasa nak tambah 200+ for 1 simple scarves/keychain! erk!! I'm not going to do that! Terlebih duit banyak mana pun, i don't think so i will buy 200+ scarves on bag! (kes ni apply untuk aku ajerr! orang lain up to them lah kan..duit depa huhu). En. suami pun setuju konon that 25 hengget berbaloi la dengan beg yang aku pulang dah berusia almost 3years itu.

So, dalam pada SA tu gi amik beg&sunnies yang baru..gatal tangan pi belek things on sale. And.... 'ter' timbul satu idea nak beli sig turnlock cap wirstlet tuh..alasan?? senang nak gi meeting ngan client :P selama ni aku angkut legacy wristlet yg kecik tu je, x muat nak boh handphone. So, yg ni lebih besar dan sesuai gituk! And en.suami bersetuju dengan hujah-hujah yang diberi. Aku pun rembat sebijik. It's on 30% disc.. dan this SA sangat baik hati, dia kasik la aku waived rm25 from balance duit bag tadi tu untuk sale item wristlet tu. Patutnya tak bleh, tapi dia kata takpe lah..sayang plak your rm25! hehehe... bagus!bagus! So, dapat la aku 'pulang 1 diganti 3' tapi ditambah 3ratus :P.


Friday, June 12, 2009

Munawwarah lagi :P

Early this week bersemangat nak update blog..regarding en.suami operation and my hectic life tuh..tapi kesibukan melampau menyebabkan semua idea terkubur begitu saja..huhu
Memang menguji keimanan betul minggu lepas.. bayangkan dalam pada Dia memberi ujian, tapi pada masa yang sama juga Dia berikan rezeki.. mixed feelings and celaru aku dibuatnya. Alhamdulillah, semua kembali sediakala.. sesungguhnya apa yang berlaku ada hikmahnya. Sesungguhnya kita harus sentiasa ingat apa yang dikatakan olehNya 'Allah akan menguji hambaNya apa yang termampu oleh hambaNya'. Dan kita sebagai hambaNya haruslah berusaha,berdoa dan bertawakkal dalam menempuh setiap ujian yang diberikan. Dan aku amat bersyukur diberi kekuatan dan petunjuk untuk menempuh segalanya..ujian bukan bererti kesusahan, tapi ujian juga boleh diberiNya dalam bentuk kesenangan. Dan aku diberi kedua2 ujian itu serentak. Syukur aku dalam kumpulan kerja yang begitu memahami dan menyokong aku walau aku dalam kesusahan. Semoga kita semua diberi rahmat dan dalam peliharaanNya sentiasa..Aamin.

Anyway, nanti bila-bila aku free dan ada mood nak cerita pasal operation tu aku cerita la ek,CY hikhik... ni saja nak boh entry bergambar. Today aku melaram dengan M*n*w*r*h hikhik.. yang ni jenis belah tuh. Mula2 aku tarik belakang ke depan tapi lepas tu macam pin aku tak cukup panjang plak nak pin ketebalan yang tepi (rasanya haritu akak tu suggest aku pakai ring tapi aku takde :P) So, aku just pusing2 ikut suka lah hahahaha.. aku satukan aje yang depan tuh..kuarkan sket tepi2 sbb yang ni aku beli yang blink-blink kan :D

Ni ada pic aku pakai H*j*b* jugak..haritu ada sapa (mamadhea kot) suh boh pic. Tapi aku blur image yerr..akak segan lerrr..


H*j*b*
pic credit to MJ.
Waktu ber'mother's day' tea with my 'rakan makan' dulu. Pic jelas ler sbb guna kamera power hihi

blur sket guna compact tak pakai flash :P
My M*n*w*r*h for today! hikhik.. ok tak korang?? aku ni masih tak reti lagi nak meggayakan tudung dia..cuba-cuba aja lah!

pandangan belakang..aku rasa macam langsir with scallop bergerak pulak! hahahahahah

Selamat berhujung minggu kawan-kawan!! Miss you all lah..

P/S: aku dah tergedik-gedik nak tambah stok tudung lagik nih huhuhuhu


Friday, May 29, 2009

Aku telah jatuh cinta...

Someone had fall in love....


and this should not happen.....


because....



it will definitely makes someone miserable...



someone had fall in love with....




















p/s: pic of course credit to the name as per pic ;)

Thursday, May 28, 2009

Akhirnya ku jejaki jua...

Dalam 3 minggu yang lepas, akhirnya ku jejaki H*j*b*.. i had never try this kind of tudung actually. Yang aku pernah ada tu ialah inner tudung yang mak belikan kat kedai2 depan giant tuh..aku biasa pakai dengan T*e R*ack or any available tudung yang aku ada..aci lilit je lah labu :P

Then ntah apa mimpi teringin plak nak try tudung ala-ala m*n*w nih.. since lokasi dia kat area TTD*, seringkali agak tertangguh untuk ke situ. Aku pun tak tau nape walhal every week sure pi OU tu kan.. anyway, since this H*j*b* shop dekat dengan rumah so i guess maybe i should try this first..been there once masa pi terjah kedai Upin&Ipin dulu tapi takde nafsu nak beli bleh?? End up aku masuk kedai-belek-belek-keluar.

Then only last 3 weeks aku tetiba ajak en.suami nak pi terjah lagi..dan hasilnya (seperti tertera di bawah). Tamakkah untuk pembelian kali pertama?? huhuhu kes konon beli 4 ke atas dapat 10% disc.. so, dok la aku ni try satu2 dan nak cukupkan 4 haha.. end up aku beli 1 yang labuh, 2 yang kecik and 1 yg kecik without button. Apa ke jadah definisi sebenar mak mintak mahap memang aku ni buta terms and definition of that kind of tudung :P aku belasah sebut labuh, singkat, with or without button.

Verdict: Ok la..suit my face gak eventho ada yang kata aku lebih sesuai pakai tudung lilit 'rak tali leher' :P Dia takde size, hence most of the above tudung i have to pakai pin lah nak kasik kemas. Out of 4 aku sudah pakai 3 (black,blue,pink). Yang lagi satu brown tuh lum pakai lagik.. all those 3 tu memang kena pakai brooch sbb longgar to my face.


Then....last week. Kedengaran heboh sana-sini orang bercerita tentang sale yang akan berlaku di m*n*w*r*h. Aku ni idak le ambik peduli sangat pun. It's from Fri-Sun right?? (MN, Lola should know better of this hahaha). Anyway, Friday gone... aku kerja kan.
Come Saturday, masih aku ni blur-blur sotong dan tidak ambil peduli tentang sale di 'situ'. But then, during dinner with my 'rakan makan' Sabtu malam tu, aku telah mendengar hasil berita dari my friend yang telah menyemarakkan lagi keinginan untuk pergi terjah kedai itu. She went there twice (Fri&Sat) and plan to go again the next day-Sun...and that kedai never had any sale before and not sure when they gonna have that again. Oh!! I was like..hmmmm??? should i go then??

The plan for Sunday.. ingat nak pergi pasar pagi tu. Then i'll stay at home and cook while en.suami hantar Damia for her art class. But, on the way home malam tu, en.suami kata tak yah la pergi pasar. Ikut je esok hantar Damia. Alahai...i was like in the mood to cook since i've not done that for ages since i start work!! Hmm..ok lah then.

The next day, as usual pagi kul 10 dah terpacak kat 1U. Hantar Damia to class at 10.30. Danish plak nak stay situ gak (drop&shop). So, aku & en.suami pun pergi beli grocerries kat C*ld St*r*ge bawah tu. Oh, before that since en.suami in the mood to watch movie, so kitorang beli ticket kul 2 untuk Night at the Museum 2.

In the mean time..en.suami telah membuat statement provokasi di FB dia tentang tudung, boleh??? Dia kata "to all daddies, kenapa tudung perempuan mahal sangat. Then kenapa perempuan nak beli lagi tudung walhal dalam drawer dah penuh tudung" hahahah...and surprisingly his FB status mendapat sambutan hangat okeh!! yeah right!

Ha..ni baru dikatakan Jangan dijolok sarang tebuan! Aku yang dah ingat-ingat lupa pasal sale di'situ' akhirnya meluap-luap jugak la nak terjah kan! Sambil balas2 komen di FB en.suami..kami meneruskan aktiviti di situ. Abes class, lunch, solat, movie etc..dah pukul 5. So, nak balik suddenly en.suami berkata pada Damia. Kita nak pergi kedai tudung mommy dulu kejap. Hah??? hahahahaha...adakah ni dikatakan takdir dan rezeki?? Adakah ini ada kaitan dengan komen-komen di FB dia?? salah satu komen berbunyi "ko layan je lah depa tu nak beli tudung..drpd depa mintak ko beli emas tak ke haru?" aku gelak guling-guling baca tu bleh!

So, off to TTDI. Main terjah sebab aku memang tak tau langsung kat mana lokasi sebenar. Nampak je kedai tu terus di parking. Sekali masuk kedai..apesal kosong je? Apesal banyak baju je ni? hahahahah aku masuk kedai yang jual baju haji tu ek??!! Ngee!!! memang haru dan buta tudung betul! Tanya2 kat akak tu, baru la dia bagitau. And she was such a nice lady!

So, menapak le ke kedai belakang seperti yang di arahkan. Tu dia..penuh aih!! Dah pukul 5.30 masa tu. Oh kedai ni ladies only rupanya. Memang blur la bila masuk tu maklomla orang kat dalam tu semua aku tengok memang avid fan of that tudung..so main tuju dan try. Aku plak terpinga-pinga keseorangan kat situ.. so, i try and ask and try and ask. Eventho the staffs kind of not so helpful ( i guess maybe they are too tired and it's already the last day and at the last hour). But aku tanya-tanya jugak :P Akhirnya.. dalam pada takde banyak pilihan for my size..aku rembat 4 jugak?!!

Verdict: i have not try any of that lagi since pergi kerja memang pakai tudung,baju sabsidi kan.. so tengoklah nanti. But, en.suami telah mengakui yang that tudung suits me well and that the tudungs are all cantik!! Hmm..but i have a problem now, dalam pada tak pakai lagi nih, aku rasa cam nak pergi lagi..kali ni nak gi ngan orang yang dah expert, bleh tak MN?? :P Haritu date kita tak jadik..so agak-agaknya bila ek? hihihi

p/s: this entry inspired by entry by ML & MN ;)


Wednesday, May 13, 2009

Busy dulu vs busy sekarang

Dulu aku busy camni..




Sekarang aku busy camni pulok...

erkk... bukan la busy kat desk sangat, tapi sekarang dok busy keluar for business meeting dan marketing pulok!! duhhhh!!!
Tapi once dah close any deals harus aku akan busy dengan paper work pulak arrghhh!!

Tu namanya takde kerja carik kerja :P

p/s: pic source fr google image

Monday, May 11, 2009

Selamat Hari Ibu!



Yeah, semalam kan? takpe la, hari-hari pun hari ibu kan? hehehe..cuma semalam extra special je. Seperti hari Ahad yang lain, semalam pun kami mulakan rutin hari Ahad dengan menerjah 1Utama. Huhu..boring doh!! tapi nak wat camne. Demi anak tercinta, kami redahi jua. Kesian en.suami dia lagi la parah! Dah le kerja pun kat situ ihiks!!

Actually Damia join Arts class kat situ. So, her class memang every Sunday for 2hrs. Jadi memang setiap Sunday lah kami akan melepak di situ (sesapa teringin nak melepak over kopi bleh lah join aku ek :P) The class is under Lim Kok Wing. Ada exam bagai semua by Lim Kok Wing punya standard. Kiranya nanti kalau ditakdirkan satu hari nanti Damia nak masuk LKW institute, ada subject2 yang dia akan exempted lah sebab course dia memang dah follow syllabus kat LKW.

Damia really have passion in arts. Hence kami usahakan juga sacrifice our morning weekends untuk hantar dia ke situ. Demi anak, kami sanggup korbankan apa saja. Ni pun satu cabang pendidikan buat dia, rite??

As for Danish, all this while memang dia join jugak Damia masa kat Art Attack tu. But since dah complete the session kat situ dulu, then kami enroll kan Damia kat the real arts class under LKW nih. But Danish still too small for that. Kat Art Attack dulu ok lagi sebab dia macam buat craft thingy. But he actually lebih into music. We still have yet to find the class suitable for him yang lebih kurang masa sama class Damia. The one yang kat 1U tu plak takde yamaha class for toddler. Kalau nak terpaksa pergi ke Centrepoint la pulak. Will see and keep on searching nih. The one yang kat rumah kitorang ada gak Yamaha but same problem takde kelas toddler :(

We (hubby&me) believe that we should not force our kids nak belajar apa. But of course ada certain things yang kami tak boleh kompromi e.g ilmu agama. So, we try to expose them to whatever option they have then apa yang mereka minat kami akan support dan bantu apa yang termampu. Hence, kami tak nampak sangat Danish suka dengan melukis eventho dia ada kecenderungan nak tiru apa yang Kak Yong dia buat hehe. So, kami tak enroll kan dia kat arts class tuh instead kami akan cari music class for him lah.

Ni kira extra aktiviti for them. School wise i am very proud of my lil girl. Her hafazan skill sangat-sangat memberansangkan. That day masa 'Parent-Teacher' meeting, we had discussion on her progress. Teacher cakap she's very good at hafazan. In fact too good that she's able to memorize the whole surah instead of ayat by ayat per day. So, now the teacher akan ikut kemampuan dia instead of wait satu ayat per satu ayat. Cuma now, bila dah sampai ayat yang panjang dan susah skit barulah tak sekaligus satu surah satu hari. By the way, hafazan dia setakat ni dah sampai surah At-Takathur. Alhamdulillah. Damia pun suka bantu kawan-kawan dia. Dia banyak tolong ajar kawan-kawan dia especially in Maths hehe..

As for Danish, dia memang still kat playschool. But, since kelas playschool start lambat dan habis awal, so dia akan join Damia's class. Advantage for him sebab dia dapat catch-up banyak benda. Ayat-ayat dalam solat pun dia dah boleh nak baca eventho pelat dan tak betul sebutan hihihi then selawat, asma'ul husna pun dah makin lancar. Of course pelat2!! Gosh!! Danish ni memang pelat!! sangat merisaukan tapi sangat cute!!! We already spoke to the paeds regarding his speech, tapi Dr cakap let him be until 5-6yo. He's progressing well and no need for speech therapy for now,yet!

Oh! every Saturday morning kami sekarang join swimming class jugak! Hehe.. dulu aku sempat belajar sampai breaststroke je..so kali ni polish skill lagi plus belajar freestyle pulak. As for the kids, kami upah another coach jugak specifically untuk ajar D&D sahaja. So far so good. Danish before this jenis takut air tapi dah ada keberanian nak terjun pool!! Kami senang lah dengan coach budak-budak ni sebab dia jenis tak paksa pun. 1st class dengan D&D dulu Danish still takut air, dia hanya duduk tepi je. Tapi that coach tak paksa pun. When 2nd class, Danish sendiri yang nak join sama. Damia of course improving week by week. Another weekend activities sekeluarga kami. Dah namanya budak2 ni memang suka main air, alang2 nak main baik belajar swimming terus kan?? hehehe... Lagi pun good for their lungs sbb asthmatic people nih memang digalakkkan banyak berenang supaya dapat menguatkan paru-paru.

Ok, back to hari ibu semalam. Masa Damia attend kelas, Danish plak join drop&shop play centre kat situ. Aku ngan en.suami dating kat CB hehehe..as for the kids kami dah bagi breakfast siap2 kat rumah sebab tau kalau sampai je 1U mesti hati tak tenang nak makan. Ingat nak main and round mall je. So, tinggal kami je yang belum makan, tu yang kami berdating berdua :P Of course aku belasah Salmon Egg breakfast set favourite ku!! nyummeh!! Habis makan en.suami nak pergi office kejap. Aku pun tawaf la satu 1U lagik..memang cucik mata sajork!! Pengsan le kalau tetiap minggu tawaf ada benda yang dibeli kan?? (errr macam itu kebenaran yang berlaku jerk :P kalau tak barang besar, sure ada barang kecik yang dibeli!! adoyaiiii!! pengsan kalau camnih!)

Habis kelas, pukul 2 baru kami bergerak lepas selesai solat Zohor semua. Terus kami ke KLCC hehehe. Al-kisahnya aku ada mom's day tea with my 'rakan makan' ladies. So, that considered mother's day treat for us lah! hahaha to have ladies chit chat tea at Harr*ds while the kids explore Dinasour with daddies. Thanks to all daddies yang sporting. (Okeylah!! we all tau korang dah plan pre-father's day night bagai kan?? nak compensate kan time yang korang kena layan kanak2 kat dinasour semalam kah?? :P) Takpe, kami rela pulak take turns gitewww! ihiks!

Tea at harr*ds ok! Lebih kurang kat Delici*us lah tapi of course harga dua kali ganda kan! hahaha.. scone dia memang sedap bangat dong!!! Aku memang hantu scones and love it to the max! After tea, while waiting for daddies and kids habis ber'dinasour' kami pusing2 lah kuar masuk kedai yang 'sepatutnya' hehehe Then lepak lagi kat Apartm*nt jap sebab cik S**ly nak bf.
Selesai semua kami pun pulang.

Sampai rumah, mandikan kiddos and layan derang coloring etc. Budak-budak nih dah kenyang sebab makan nasi ayam kat KLCC. So lepas depa masuk tidur at around 9, baru la terasa lapar balik hikhik. En. Suami dengan sukarela masakkan maggi special dia! Wallah!! what a great way to end my mom's day other than en.suami special maggi!! Slurrrppppp!!!! licin!! hahaha Thanks dear hubby!! Love you all my 3D's!!! Happy mother's day buat mak & mak (mentua) jugak!!

There goes my special entry for Mother's Day. A special update on my kiddos for my own note ;)

Happy Mother's Day to all of you!!


Wednesday, May 6, 2009

Cuti hari buruh

So macam mana cuti Hari Buruh?? Kami sekeluarga had a blast and great holiday!! 4 keluarga- total of 8adults and 9kiddos telah pergi bercuti ke Avillion PD!! Yeay!! We had been there before..but kali ni extra special sebab pergi dengan kawan-kawan lain kan. So kemeriahan berganda!

Kanak-kanak riang seronok dapat main swimming pool, petting zoo, main kat beach dengan kawan-kawan. Bapak-bapak pun seronok ada geng nak melepak sampai tengah malam (pukul 3 pagi baru derang ni balik bilik okeh!!! dok pi merayau satu PD katanya) but kami kaum-kaum ibu pun had great time jugak hehehe

Since 1st night bapak2 dah balik bilik pukul 3 pagi, jadi malam kedua kaum ibu punya turn pulak la kan! Bermula dengan sessi urutan di Avi Spa yang best dan cantik itu pada petangnya, malam pulak kami tinggalkan bapak-bapak dengan anak-anak sekali lagi untuk ibu-ibu late night swimming kat pool!! Yuuhuu!!! giler best! Maklumla kalau pergi sendiri takde makna nak swim tengah malam sorang-sorang kan,so ada geng nih bleh la nak swim sambil berborak. Start pukul 10.30 sampai 12.30 malam kitorang berendam dalam pool tuh!! hahaha don't worry pool bukak 24hours! cool eyk??

Sungguh la aku enjoy..mana taknya sejak kerja ni tak sempat langsung nak berehat. Plak tuh sampai setahun tak boleh amik cuti huhuhu. (tapi dengarnya kalau terdesak bleh amik cuti tanpa gaji :P) memang camtuh ek?? baru start kerja setahun baru leh apply cuti?? aku rasa company aku dulu tak sampai setahun. 3-6 months after start working (kira dah abeh probation) then entitle for cuti lah macam biasa. Hmmm.. memang tahun ni takde cuti-cuti ke mana yang jauh-jauh la nampak gayanya :( plak tu public holiday yang bersambung hingga sabtu&ahad cuma masa hari buruh tu je. Tu yang sedaya upaya aku merealisasikan jugak untuk pergi bercuti walaupun doket yooo!! lol!!



bersantai tuhh..lepas selesai di urut di Avi Spa!! argghh!! kalau lah air tu jernih biru/hijau..sure lagi enak mata memandang ;)


we had KFC berjemaah for lunch! :P




The kids of course enjoy the sandy beach and most of the time dok berendam dalam swimming pool sampai kecut!



 

Based on Cookie Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template
Customized blog header by Layout.Goddess