Anak kesayangan ku yang seorang ni sangat sensitif..
Sensitif apa?? sensitif dari segi pemakanan..
Kalau dulu silap makan muka bengkak-bengkak..badan berbintat-bintat..mulut dah macam angelina jolik.. ihiks!! seksi gitu :P memang horror la..sebab satu kes pernah dia punya salur pernafasan pun bengkak sama. Dan kes-kes sebegini memang boleh membawa maut. Mula dulu kami tak tau..sekali bila dah jadi macam tu, bila Dr terangkan mula la kami cuak setiap kali dia kena allergic nih..
Menurut kata Dr, bila alahan bengkak-bengkak tu boleh berlaku kat saluran pernafasan jugak. Tu sebab ada sekali tu yang sampai dia macam choking nak bernafas pun tak boleh. Isk..mujur takde apa-apa. Sejak dari itu, kami memang kena sentiasa stand by ubat untuk allergic dia.
Allergic test dah buat..tapi keputusan kurang memberangsangkan. Ada makanan yang diuji dilaporkan membawa kesan alahan kepada dia, tapi daripada pemerhatian kami takde pulak. Tapi kami masih mengambil langkah berjaga-jaga.
Makanan berwarna juga dia tak boleh. Tapi certain chocs/sweets yerr!! Kalau yang chocolate mahal tu boleh pulak..pernah sekali ada orang beri dia coklat yang bila kita nak buka tu mcm amik pil ubat tu..ala yang lepas abis bleh buat macam topeng/cermin mata -letak getah tepi telinga tu..(tau tak?? hihihi dulu-dulu jual 10sen je beli kat makcik depan sekolah lol!!!) benda tu kan berwarna-warni. Ha!!! terus naik bengkak-bengkak mata, bibir semua okeh!!! Bila tanya pada Paeds, dia kata selalunya coklat sebegitu tidak mempunyai kawalan kandungan pewarna dia berbanding coklat yang mahal di mana kandungan pewarna harus mengikut piawaian yang ditetapkan. Maka?? tak boleh la anak ku nak satu ini sesuka hati membeli dan makan apa-apa coklat/gula-gula seperti yang mommy&daddy dia melantak kecik-kecik dulu.
Come to think of it, rasanya aku ni dulu2 main melantak je segala jajan tepi-tepi jalan tuh.. junk food bagai. Alhamdulillah tahan la plak badan ni. Tapi bila time anak aku ni, memang aku jaga tak kasik amik junk food semua, but still very sensitive! (Sama soalan yang saya ujarkan kepada en.suami apabila melihat kanak-kanak di kampung yang bermain waktu tengahari buta tanpa berkasut atau waktu hujan. Tapi takde plak kena demam panas/kaki naik rashes allergic dan sebagainya! Adakah kerana badan mereka sudah immune dan mempunyai ketahanan yang lebih berbanding anak-anak yang duduk di bandar?)
Malam tadi dia kena lagi..tapi sekarang ni dia silap makan je dia akan muntah-muntah pulak! Dah 2 kali kami berkejar ke A&E tengah-tengah malam sebab dia muntah-muntah.. lepas kena masuk ubat tahan muntah baru ok. So, malam tadi kami monitor 8x muntah-belilah sampai takde benda dah nak keluar..adoiii!! Nak pergi berkejar ke A&E lagi kah??
Aku korek-korek peti ubat ada 2 ubat berwarna kuning (seingat aku ubat tahan muntah ni warna kuning) Tapi dua-dua tu nama berbeza. Adeiii!! Aku pun sms our paeds tanya ubat yang mana. Tapi tak berjawab le pulak..huhuhu..mujur lepas 8x muntah dia bleh tidur sampai ke pagi. Agaknya dah habis segala 'bug' tu keluar gamaknya. Hihihihi Pagi ni baru la Dr tu reply hehehe..ada hal kot malam tadi, selalu dia terus je jawab. Now, aku dah tanda ubat muntah tu yang mana..kot-kot apa-apa hal lagi sonang den!!
14 comments:
erna... zaman kita kecik2 dulu...junk food tak le semeriah le ni...
memang pun pewarna pada makanan tu sensitif... kalau kat msia kureng kawalan nye...
take care!!!
Danial pon allergy..tapi dia bukan allergy tegar...
i mean...dia tak allergy to specific food secara tetap...at times makan ayam ..mmg allergy naik bintat demam bagai...at another times, segala mala seafood plaks yg tabley dan ayam boleh...mmg kompius...mak tanya paeds dia..jawapan paed dia....Danial ni hanya allergy bila self resistant dia tgh low..in other words..kalu dia tgh demam..mmg akan ada benda yg dia allergy...
huh! tak ke poning pala den nak berteka2 bagai every time dia demam..huhuu....susah hati haku dibuatnyer...
owh! hopefully Damia/Danish(sapa yg kena kali ni beb?) get well soon ya....
rizza: ye ke? aku rindu junk food zaman-zaman kita dulu..la ni takde dah. Mahal-mahal plak tuh..dulu2 10sen 20sen dah beli ceklat, asam semua hahaha paling best eskrim batang 10sen tuh!
za: ye ek?? aku rasa Damia ni camtuh la..Its Damia btw hehehe
Tapi kadang takde la diam ke apa but memang tetiba je! Dah tu takkan nak tahan makan ayam/seafood semua kan??? last-last laki aku kata sedia je la ubat. haha..insyallah lama-lama besar la dia sok!
beb.. aku muskil la.. pehal tadi pagi aku pi blog kau, ada posting yg selamat bercuti berbagai.. then aku mai lagi, ada posting yg ni plak? padahal ni pun publish malam tadi.. misteri nusantara?
sorry ek.. komen takde kaitan la plaks.. malam tadi zeri pun muntah.. abis kuar dari idung berbagai.. sekali tu je la.. kitorang bajet dia dah overdose! makan banyak sangat!
yan, aku punya blog time ni yang bengong! aku baru jer upload and karang nih hehehe ko jangan nusantara kat sini plak! :P
hmm memang mencabar la gitu! sabor ajelah nak tunggu depa besau kan?
ye lah erna...bebudak skang nih x sama cam kita dulu..bkn sbb kita manjakan or x immune ke apa..tp mmg dr faktor pemakananan jgk..kalo x masakan skang nih byk pulak penyakit yg pelik2 muncul kan..
so kene sntiasa aware la...;p
8x muntah?
kalo org besar pun boleh melepek camtuh...
so, she's ok now?
ye kak non.. pengorbanan besar tuh. Teringat agaknya kecik2 ntah2 aku lagi teruk :P
betul tu akma..tapi tu la, memang unpredictable. Hari ni makan ok, sok2 makan benda yang sama tetiba allergic pulak!
she's ok now mrs noba! Pagi tadi bangun dah ok. Tanya nak pergi sek ke tak? cergas jawab ye. So, alhamdulillah!
Adam is allergic to goat cheese. Tak tau pon dia ada elejik menda tu, but we went away, and had pasta for dinner. Time tu dia kecik lagi, about 3 years camtu. He shared the pasta dengan dermot, then that night naik bintik bintik sket, merah merah. Thought nothing serious, or maybe dia allergic to grass, sbb ada budak budak yang mmg tak bleh main dekat rumput.
The next day tu, bila balik rumah, masyaAllah, naik penoh mcm kena nyamuk gigit, tp besar besar dan membiak. Satu badak ok, and dia punya swollen, double his size, imagine that ? Mata sampai tak nampak, sbb bengkak. Apa lagik rushed to the hospital, doc kata kalau mcm gini, is definitely something yang dia makan, dan telah menjadi poison dalam darah. Amik anti-hestamine, and lotion sapu sapu tak mo bagi gatal ..
Pk pk balik, memang itu lah yang dia makan pon. Goat cheese tu. Lain rasanya takde pd malam tu.
Sampai skarang, I will make sure, dia tak amik goat cheese. Even dalam form sekolah pon, I highlight that he is allergic to it, selain dari he has to stay away from dogs, ham, and pork.
-rini-
Kesian anak dara ko...tak blh makan sesuka hati..ade kwn office dulu allergic makan seafood..kalau termakan dia akan bengkak satu badan n teruk ler kalau kena..tapi bila dia pregnant jer terus alahan tu hilang sampai la ni takde dah..aku rasa anak dara ko nanti gitu kot..kihkihkih..harap2 cepat allergic tu tak lama..
rini: ye ke? banyak gak persamaan Adam & Damia ni ek hihihi.. good that you bleh tau what food trigger his allergy. Macam my case ni memang susah. Kadang benda tu benda2 biasa yang dia selalu makan, but kena jugak. But mcm sweets ke apa mmg kami jaga2 and dia pun tau, tunjuk dulu and tanya baru makan if we allow her. Memang kesian la kadang tengok muka dia teringin tengok orang makan. But dia sendiri takut gak if bengkak2. Yes, dia pernah kena bengkak macam Adam tu..mata memang tak nampak..mulut dah swollen sangat2 hihi..at the same time temperature pun naik sampai almost 40c. Tu yg risau. Normal cheesedale so far ok for her..so kami beli yang tu je lah utk masak or dia meratah etc..
neroecha: dia ni kadang seafood ok, kadang bengkak. So, aku pun pening daaa! lol!! dia suka sangat udang. Tapi so far ok..cuma kdg sotong celup tepung tu pernah gak dia bengkak bengkik satu badan.
Keropok lekor satu lagi..kadang makan ok, kadang naik bengkak mulut. hihi
penuh dugaan kan nak besarkan anak2 ni.. hopefully lepas ni makin ok.
tp pewarna pengawet kat msia ni kurang kawalan.. lagi2 yg masuk dari china.. bukan takat junk food je.. buah2 pun sama gak.. lagi2 cny ni ramai yg sakit tekak makan limau kan.
Post a Comment