Monday, May 11, 2009

Selamat Hari Ibu!



Yeah, semalam kan? takpe la, hari-hari pun hari ibu kan? hehehe..cuma semalam extra special je. Seperti hari Ahad yang lain, semalam pun kami mulakan rutin hari Ahad dengan menerjah 1Utama. Huhu..boring doh!! tapi nak wat camne. Demi anak tercinta, kami redahi jua. Kesian en.suami dia lagi la parah! Dah le kerja pun kat situ ihiks!!

Actually Damia join Arts class kat situ. So, her class memang every Sunday for 2hrs. Jadi memang setiap Sunday lah kami akan melepak di situ (sesapa teringin nak melepak over kopi bleh lah join aku ek :P) The class is under Lim Kok Wing. Ada exam bagai semua by Lim Kok Wing punya standard. Kiranya nanti kalau ditakdirkan satu hari nanti Damia nak masuk LKW institute, ada subject2 yang dia akan exempted lah sebab course dia memang dah follow syllabus kat LKW.

Damia really have passion in arts. Hence kami usahakan juga sacrifice our morning weekends untuk hantar dia ke situ. Demi anak, kami sanggup korbankan apa saja. Ni pun satu cabang pendidikan buat dia, rite??

As for Danish, all this while memang dia join jugak Damia masa kat Art Attack tu. But since dah complete the session kat situ dulu, then kami enroll kan Damia kat the real arts class under LKW nih. But Danish still too small for that. Kat Art Attack dulu ok lagi sebab dia macam buat craft thingy. But he actually lebih into music. We still have yet to find the class suitable for him yang lebih kurang masa sama class Damia. The one yang kat 1U tu plak takde yamaha class for toddler. Kalau nak terpaksa pergi ke Centrepoint la pulak. Will see and keep on searching nih. The one yang kat rumah kitorang ada gak Yamaha but same problem takde kelas toddler :(

We (hubby&me) believe that we should not force our kids nak belajar apa. But of course ada certain things yang kami tak boleh kompromi e.g ilmu agama. So, we try to expose them to whatever option they have then apa yang mereka minat kami akan support dan bantu apa yang termampu. Hence, kami tak nampak sangat Danish suka dengan melukis eventho dia ada kecenderungan nak tiru apa yang Kak Yong dia buat hehe. So, kami tak enroll kan dia kat arts class tuh instead kami akan cari music class for him lah.

Ni kira extra aktiviti for them. School wise i am very proud of my lil girl. Her hafazan skill sangat-sangat memberansangkan. That day masa 'Parent-Teacher' meeting, we had discussion on her progress. Teacher cakap she's very good at hafazan. In fact too good that she's able to memorize the whole surah instead of ayat by ayat per day. So, now the teacher akan ikut kemampuan dia instead of wait satu ayat per satu ayat. Cuma now, bila dah sampai ayat yang panjang dan susah skit barulah tak sekaligus satu surah satu hari. By the way, hafazan dia setakat ni dah sampai surah At-Takathur. Alhamdulillah. Damia pun suka bantu kawan-kawan dia. Dia banyak tolong ajar kawan-kawan dia especially in Maths hehe..

As for Danish, dia memang still kat playschool. But, since kelas playschool start lambat dan habis awal, so dia akan join Damia's class. Advantage for him sebab dia dapat catch-up banyak benda. Ayat-ayat dalam solat pun dia dah boleh nak baca eventho pelat dan tak betul sebutan hihihi then selawat, asma'ul husna pun dah makin lancar. Of course pelat2!! Gosh!! Danish ni memang pelat!! sangat merisaukan tapi sangat cute!!! We already spoke to the paeds regarding his speech, tapi Dr cakap let him be until 5-6yo. He's progressing well and no need for speech therapy for now,yet!

Oh! every Saturday morning kami sekarang join swimming class jugak! Hehe.. dulu aku sempat belajar sampai breaststroke je..so kali ni polish skill lagi plus belajar freestyle pulak. As for the kids, kami upah another coach jugak specifically untuk ajar D&D sahaja. So far so good. Danish before this jenis takut air tapi dah ada keberanian nak terjun pool!! Kami senang lah dengan coach budak-budak ni sebab dia jenis tak paksa pun. 1st class dengan D&D dulu Danish still takut air, dia hanya duduk tepi je. Tapi that coach tak paksa pun. When 2nd class, Danish sendiri yang nak join sama. Damia of course improving week by week. Another weekend activities sekeluarga kami. Dah namanya budak2 ni memang suka main air, alang2 nak main baik belajar swimming terus kan?? hehehe... Lagi pun good for their lungs sbb asthmatic people nih memang digalakkkan banyak berenang supaya dapat menguatkan paru-paru.

Ok, back to hari ibu semalam. Masa Damia attend kelas, Danish plak join drop&shop play centre kat situ. Aku ngan en.suami dating kat CB hehehe..as for the kids kami dah bagi breakfast siap2 kat rumah sebab tau kalau sampai je 1U mesti hati tak tenang nak makan. Ingat nak main and round mall je. So, tinggal kami je yang belum makan, tu yang kami berdating berdua :P Of course aku belasah Salmon Egg breakfast set favourite ku!! nyummeh!! Habis makan en.suami nak pergi office kejap. Aku pun tawaf la satu 1U lagik..memang cucik mata sajork!! Pengsan le kalau tetiap minggu tawaf ada benda yang dibeli kan?? (errr macam itu kebenaran yang berlaku jerk :P kalau tak barang besar, sure ada barang kecik yang dibeli!! adoyaiiii!! pengsan kalau camnih!)

Habis kelas, pukul 2 baru kami bergerak lepas selesai solat Zohor semua. Terus kami ke KLCC hehehe. Al-kisahnya aku ada mom's day tea with my 'rakan makan' ladies. So, that considered mother's day treat for us lah! hahaha to have ladies chit chat tea at Harr*ds while the kids explore Dinasour with daddies. Thanks to all daddies yang sporting. (Okeylah!! we all tau korang dah plan pre-father's day night bagai kan?? nak compensate kan time yang korang kena layan kanak2 kat dinasour semalam kah?? :P) Takpe, kami rela pulak take turns gitewww! ihiks!

Tea at harr*ds ok! Lebih kurang kat Delici*us lah tapi of course harga dua kali ganda kan! hahaha.. scone dia memang sedap bangat dong!!! Aku memang hantu scones and love it to the max! After tea, while waiting for daddies and kids habis ber'dinasour' kami pusing2 lah kuar masuk kedai yang 'sepatutnya' hehehe Then lepak lagi kat Apartm*nt jap sebab cik S**ly nak bf.
Selesai semua kami pun pulang.

Sampai rumah, mandikan kiddos and layan derang coloring etc. Budak-budak nih dah kenyang sebab makan nasi ayam kat KLCC. So lepas depa masuk tidur at around 9, baru la terasa lapar balik hikhik. En. Suami dengan sukarela masakkan maggi special dia! Wallah!! what a great way to end my mom's day other than en.suami special maggi!! Slurrrppppp!!!! licin!! hahaha Thanks dear hubby!! Love you all my 3D's!!! Happy mother's day buat mak & mak (mentua) jugak!!

There goes my special entry for Mother's Day. A special update on my kiddos for my own note ;)

Happy Mother's Day to all of you!!


12 comments:

mommyashvin on May 11, 2009 at 3:56 PM said...

wonderful treat for mother's day! So happy to read yours.

n.i. on May 11, 2009 at 4:02 PM said...

happy mother's day!!!

i dok umah je :-( hehehe sbb tak sihat

Rizza on May 11, 2009 at 4:39 PM said...

wa... makin best je aktiviti kome ye...

yup..teruskan sokongan apa yg derang minat... ajar segala2 nye.. bukan hanya pada buku aje..

danish pelat tak pe.. cute tu hehhe

siyok nye swim2... anak aku ni tak mau.. dia nak main pasir je...

mamaDhea on May 11, 2009 at 5:15 PM said...

happy mother's day erna..

bestnye dgr aktivit D&D.. sya skrg ni masih mencari2 kelas yg sesuai utk Dhea.. Dhea tak mcm Damia yg minat buat craft etc.. tp Dhea ni suka menari.. ada cadangan tak? ngat nak enroll dia dlm yayasan warisan johor tuh.. ok tak ek? nk minta pendapat seniorrrrr nih.. ;)

Crazee Choc's on May 11, 2009 at 7:17 PM said...

happy mothers day to u too....
nanti kalau saya nak hantar budak2 ni join art clas.... tau la sape nak kena carik nanti

farah225 on May 12, 2009 at 8:55 AM said...

ermm..budak2 memang cepat hafalkan.haris pon Alhamdulillah dah hafal bacaan dalam solat sampai tahyyat tapinyer suruh solat malas.heheheeh.takperla,slow2

mamadhea,aku rasa danial anak maya masuk zapin.yang yayasan warisan johor gak kot.cuba hang tanya dia.

Hana' Yusuff on May 12, 2009 at 10:02 AM said...

happy mother's day!
sporting betul en2 suami semua tu ye.. makin banyak aktiviti boleh buat.. langkah pun makin panjang..:)

Erna on May 12, 2009 at 11:34 AM said...

valli- yes,it is ;)

n.i- thanks. Oh really? hope dah ok now! Take care!

rizza- hehe anak2 aku main pasir pun ye jugak. Tapi aku je malas sbb lecehberpasir2..udahnya aku suh dok pool jerk :P

mamadhea- senior apa ni weiii??? wakakak aku muda lagi nih aahahahah
ok la tu. I suggest u pergi trial class ke dulu, then tanya Dhea sendiri dia nak tak..if dia nak ok, if tak nak better jangan paksa. Mcm i pun teringin gak nak masukkan ballet class but dia takde mintak apa lagi so, better i hantar kat benda yang dia betul2 minat.

marisa- no prob. Actually mana2 kelas pun ok. Just pergi and tanya for trial class je kat depa. Banyak je kelas melukis.

farah- ha'ah. Takpe, kadang kita tengok depa ni macam tak absorb tapi sebenarnya depa simpan je semua dalam kepala. Bila sampai masa memang akan keluar semua.

hana- yeah, ok je semua. Memang kitorang dah biasa. Even the daddies semua pun dah 'click'.

knv on May 12, 2009 at 12:38 PM said...

erna!!

thanks for the insight!

i was thinking to enroll aimie jugak pasal nampak macam natural talent.

how was it yea? the class i mean. any website i can refer to?

thanks!

kaezrin on May 12, 2009 at 4:46 PM said...

erna...my nite also ended with en hubby masakkan maggi special dier utk mak..wat a day....

Erna on May 13, 2009 at 4:59 PM said...

knv- http://www.globalart.com.my/
class ok sbb ada buku ikut syllibus.

elin- haha kitorang dah tak larat nak makan nasi tapi lapar tu yg bedal maggi!! tapi maggi pun sodap!

Erna on May 13, 2009 at 5:03 PM said...
This comment has been removed by the author.
 

Based on Cookie Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template
Customized blog header by Layout.Goddess