Tuesday, June 23, 2009

Pulang 1 diganti 3 :P

Apa kah teka-teki di atas? hehehe... takde apa lah. Bukan teka teki pun. Sebenarnya hatiku berbunga riang Jumaat lepas selepas menerima panggilan telefon dari kedai 'Jurulatih' yang mengatakan aku dapat full refund untuk beg aku yang bermasalah itu.

Kesnya, aku nak jual beg itu sebab memang jarang sangat pakai. Adalah dalam 3-4 kali pakai sejak beli in 2007 dulu. So, daripada terperap dalam beg, aku ingat nak jual je lah. Jadiknya aku pun keluarkan dari dalam dust bag untuk mengambil foto. Sekali tengok..hah!!! terkojut den! Dah begini jadiknya beg aku???!!!!

Kuciwa jiwa raga. Jadik bila aku terjah Pavi dulu, aku pun tanya la one of the SA adakah boleh kiranya aku mahu servis beg aku itu (sebab beli dulu pun kat situ gak). Bila aku cerita jer, terus dia angguk-angguk geleng-geleng (macam lagu pulak :P). Ihiks! Then dia kata ada possibility aku bleh dapat refund?!! what?? pergh!! tu sudah bagus! So, dia suruh aku bawak beg tu. Aku janji nak bawak minggu depannya. Sekalik esoknya dah en.suami willingly nak pi situ. Tu yang kes aku pi merayau Pavi dua hari berturut-turut tuh :D

Then, dah hantar hari Sabtu, SA tu kata Mon dia akan return call dan bagitau status. Sampai la hari Khamis budak tu tak tepon. Aku pun bz banget tak sempat nak chase depa..sekali petang Khamis aku call, depa pun cakap aku dapat refund! Hohoho full refund okeh!! gumbira tak terkata aku!! Maklumlah..beg dah nak dekat 2 tahun, jarang pakai, and aku memang dah nak jual..tetiba bleh dapat full refund kat butik lagik!! Bravo!!!

So, Fri lepas kojo, aku ngan en.suami dating ke situ...dan aku dengan seronoknya memilih bag! Seronoknya sebab aku tau takkan ada kesan apa2 di poket ku bila aku pilih bag kali ni! yeeehooooo!!! Di sebabkan beg yang aku berkenan adalah kurang daripada harga beg yang aku refund, jadiknya aku berjaya merembat seperti yang di bawah ini:

Yes!! 3 items! ihiks!!! 1 bag untuk menggantikan yg lama tuh.. ada balance lagi aku pusing punya pusing takdak wallet yang berkenan. Sudahnya aku pilih new sunnies!! yeay!!! Sunnies ku yang lama masih berkhidmat dengan baiknya. Takde masalah..aku beli tu dulu masa kat GC dulu..dah almost 3yrs dah dia berkhidmat. Idokler nak tukar sangat pun, tapi dek kerna takde benda lain yang aku berkenan.. mungkin sudah tiba masanya aku dapatkan pengganti yang ini...
Sunnies yang berjasa.. masih elok cuma benda alah tepi tu jer dah tercabut :P Ni je la benda yang aku beli untuk diriku masa kat Surfers Paradise dulu..

Pengganti yang baru *wink* sedikit besar daripada yang lama..aku nak amik yg besar gabak, en.suami kata habes muka aku tenggelam hahahaha...

So, dah pilih dua items tu, masih berbaki dalam 25 hengget hahaha... pusing punya pusing lagi idakle ada yang berkenan. Btw, aku hanya bleh pilih normal price items yer! Since banyak yang on sale, jadik aku tak bleh sebarang pilih huhuhu In the end aku cakap kat budak tu, "Takpelah, that rm25 kira hangus gitu lah" (of course they can't refund cash to me!). That SA macam "are you sure?". Yes..aku kata. Konon nak amik scarf tapi mcm vengongs lak aku rasa nak tambah 200+ for 1 simple scarves/keychain! erk!! I'm not going to do that! Terlebih duit banyak mana pun, i don't think so i will buy 200+ scarves on bag! (kes ni apply untuk aku ajerr! orang lain up to them lah kan..duit depa huhu). En. suami pun setuju konon that 25 hengget berbaloi la dengan beg yang aku pulang dah berusia almost 3years itu.

So, dalam pada SA tu gi amik beg&sunnies yang baru..gatal tangan pi belek things on sale. And.... 'ter' timbul satu idea nak beli sig turnlock cap wirstlet tuh..alasan?? senang nak gi meeting ngan client :P selama ni aku angkut legacy wristlet yg kecik tu je, x muat nak boh handphone. So, yg ni lebih besar dan sesuai gituk! And en.suami bersetuju dengan hujah-hujah yang diberi. Aku pun rembat sebijik. It's on 30% disc.. dan this SA sangat baik hati, dia kasik la aku waived rm25 from balance duit bag tadi tu untuk sale item wristlet tu. Patutnya tak bleh, tapi dia kata takpe lah..sayang plak your rm25! hehehe... bagus!bagus! So, dapat la aku 'pulang 1 diganti 3' tapi ditambah 3ratus :P.


2 comments:

Crazee Choc's on June 24, 2009 at 8:19 AM said...

ni la dinamakan rezeki yang tak disangka-sangka...

mamaDhea on June 24, 2009 at 10:00 AM said...

rezeki rezeki.. tp apa sebenarnya yg jd kat beg lama tuh? dah tgk gambar pon masih tak paham.. ahahaha..

 

Based on Cookie Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template
Customized blog header by Layout.Goddess