Thursday, February 19, 2009

Seven Pounds

Semalam dating dengan en.suami pi tengok cerita ni.. al-kisahnya aku dapat 2 tiket preview screening cerita ni daripada magazine Her World. Hari tu saja gatal tangan hantar sms. Takde menaruh harapan tinggi pun sebab aku baca mag tu, tarik tutup sms lagi sehari jerk. Sekali 2hari lepas tu dapat sms kata aku dapat 2 tiket! Hehehe..alhamdulillah! Dia suh pi amik kat opis BluInc kat PJ.
Bila pergi situ, tengok2 macam kupon ja..free seating orang tu kata. Yer la dah FREE kan..belasah aje la! :P

So, semalam lepas mandikan D&d, kasik makan semua siap...aku pun solat maghrib dan terus hantar depa ke rumah mak. Then terus amik en.suami kat ofis dan terus pi Cineplex D'sara. Masa sampai dah pukul 8.30. Macam tak sempat nak pi dinner. Sudahnya beli je set burger ngan wedges kat cinema tu..melantak tu je sambil tunggu hall kitorang open. Penuh gak la. Yer la depa booking 1 hall gitu. Magazine MWW pun ada jugak..banyak la magazine lain depa promo free tix ni jugak. Kitorang dapat seat best hasil perebutan dan pertapaan depan pintu tu awal kan :D
Pasal cerita ni..hmmm ok la. Not as good as The Pursuit of Happyness. Agak lembab dan slow jalan ceritanya. En.suami sampai bisik kat aku..kenapa? tak paham gitu. Aku plak sebab dah baca sinopsis dapat la tangkap serba sedikit hihihi. Moral of the story, JANGAN MEMBACA/MEMBALAS BLACKBERRY/SMS SEWAKTU MEMANDU!! hahaha..ni la permulaan terjadinya cerita ni. Dek kerna perbuatan sebegitu, melayang jiwa orang yang tersayang. Aku pun sempat la 'ceramah' kat en.suami kihkih.. En. suami gelak aje. Aku kata gelak-gelak jugak, tapi kalau terjadi macam tu sok jangan menyesal dan tak percaya pada takdir pulak. Bukan apa, en.suami sejak ada blackberry opis bagi ni tengah memandu pun dok menjawab pasal kerja eventho setakat baca jer. Tak ke bahaya! Haish!!
Yer la, cerita tu dia carik 7 org penerima organ2 badan dia sebelum dia nak bunuh diri untuk tebus balik rasa serba salah dia mengakibatkan isteri dan 7 orang dlm kereta yang bertembung dgn dia tu mati. Dalam Islam kita kena percaya pada Qada'&Qadar dan membunuh diri adalah berdosa besar. Serba sedikit cerita tu tak bertepatan dengan kita sebagai seorang Islam. Tapi message lain yang lebih penting seperti yang aku caps lock kat atas tu la kan :D ingatan untuk kawan-kawan semua jugak. 1 split second anything can happen!

3 comments:

mommyashvin on February 18, 2009 at 4:50 PM said...

your last sentence is 100% true!

knv on February 19, 2009 at 9:18 AM said...

cerita2 heavy memang slow sikit. kita betul2 dengar script dia.

btw dah sihat dah kaa?

Mommy2H on February 19, 2009 at 9:21 AM said...

cerita nih ntah bila la nak sampai jepun..lembab sket sbb derang nk alih suara..huhu

 

Based on Cookie Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template
Customized blog header by Layout.Goddess