Showing posts with label Movie. Show all posts
Showing posts with label Movie. Show all posts

Friday, June 19, 2009

In-office movie :P

Semalam budak-budak (kira budak la dah aku sorang je mak orang kat opis nih :P) ni tanya 'akak nak gi mana kita esok? (Jumaat)'. Selalu memang hari Rabu or Khamis je kami dah plan mana nak merempit hari Jumaat. So, kali ni dek kerna dah tak tau nak merempit ke mana dah and boring.. so aku suggestkan kami melepak kat opis sajah melayan movie! Hehehe... Terus ON! budak-budak tu hahahah

So, kul 12 tadi aku siap oda pizza delivery ke opis.. Kul 12.20 aku set-up laptop dalam bilik meeting yang ada projector semua. Hahahah.. yang lelaki-lelaki curious je apehal aku kecoh2 dalam bilik meeting tuh :P Siap semua, kul 12.30 banking hall tutup, pizza pun sampai tak lama lepas tu..kami pun masuk bilik gelap! hahahaha dok layan cerita ni :-


Masa kitorang dah on movie tu, boss ngan 2nd boss ada lagi.. belum keluar nak pi solat So depa cam 'tak acinya orang perempuan nih kalau hari Jumaat!!' hahahah... mana taknya kami dah siap tutup lampu, screen besar, siap speaker, pizza atas meja lol!!! memang syiok lah!!!

Sampaikan boss terpaksa panggil boss no.2 'Ayuh..cepat solat Jumaat nih!'. Boss no.2 bleh jawab ' Saya tak boleh solat hari ni pak! Uzur!' wakakakakaka.... sorry la boss! Tapi dek kerna kesian kami kasik la dia pizza sekeping sebab tengok dia dah terliur pandang pizza kami atas meja tuh :P Lepas depa pergi, kami pun masing2 angkat kaki atas kosi semua bagai..masing-masing dengan gaya tersendiri melayan movie sambil makan pizza ;)

Dah lama ek cerita ni? aku pun tak tau..tapi aku belum tonton lagi. Dan memang best lah!! Bersyukur aku dengan apa yang kita ada sekarang ni. Simple movie tapi mesej dia bagus. Kita kat Malaysia ni dah cukup beruntung aku rasa..(i'm not sure kalau di kawasan pedalaman masih sebegitu..if yes the Ministry got to do something instead of sibuk sana-sini. )

Anyway, officemate suruh baca buku jugak. Ada series ke macam mana ntah..tapi ada kesinambungan with other titles jugak. Nanti nak pi carik ;)
So, insyaallah my next list buku untuk di baca gonna be this :-So, adik-adik opisku...next week mau nonton cerita apa pula??? :D


Thursday, February 19, 2009

Seven Pounds

Semalam dating dengan en.suami pi tengok cerita ni.. al-kisahnya aku dapat 2 tiket preview screening cerita ni daripada magazine Her World. Hari tu saja gatal tangan hantar sms. Takde menaruh harapan tinggi pun sebab aku baca mag tu, tarik tutup sms lagi sehari jerk. Sekali 2hari lepas tu dapat sms kata aku dapat 2 tiket! Hehehe..alhamdulillah! Dia suh pi amik kat opis BluInc kat PJ.
Bila pergi situ, tengok2 macam kupon ja..free seating orang tu kata. Yer la dah FREE kan..belasah aje la! :P

So, semalam lepas mandikan D&d, kasik makan semua siap...aku pun solat maghrib dan terus hantar depa ke rumah mak. Then terus amik en.suami kat ofis dan terus pi Cineplex D'sara. Masa sampai dah pukul 8.30. Macam tak sempat nak pi dinner. Sudahnya beli je set burger ngan wedges kat cinema tu..melantak tu je sambil tunggu hall kitorang open. Penuh gak la. Yer la depa booking 1 hall gitu. Magazine MWW pun ada jugak..banyak la magazine lain depa promo free tix ni jugak. Kitorang dapat seat best hasil perebutan dan pertapaan depan pintu tu awal kan :D
Pasal cerita ni..hmmm ok la. Not as good as The Pursuit of Happyness. Agak lembab dan slow jalan ceritanya. En.suami sampai bisik kat aku..kenapa? tak paham gitu. Aku plak sebab dah baca sinopsis dapat la tangkap serba sedikit hihihi. Moral of the story, JANGAN MEMBACA/MEMBALAS BLACKBERRY/SMS SEWAKTU MEMANDU!! hahaha..ni la permulaan terjadinya cerita ni. Dek kerna perbuatan sebegitu, melayang jiwa orang yang tersayang. Aku pun sempat la 'ceramah' kat en.suami kihkih.. En. suami gelak aje. Aku kata gelak-gelak jugak, tapi kalau terjadi macam tu sok jangan menyesal dan tak percaya pada takdir pulak. Bukan apa, en.suami sejak ada blackberry opis bagi ni tengah memandu pun dok menjawab pasal kerja eventho setakat baca jer. Tak ke bahaya! Haish!!
Yer la, cerita tu dia carik 7 org penerima organ2 badan dia sebelum dia nak bunuh diri untuk tebus balik rasa serba salah dia mengakibatkan isteri dan 7 orang dlm kereta yang bertembung dgn dia tu mati. Dalam Islam kita kena percaya pada Qada'&Qadar dan membunuh diri adalah berdosa besar. Serba sedikit cerita tu tak bertepatan dengan kita sebagai seorang Islam. Tapi message lain yang lebih penting seperti yang aku caps lock kat atas tu la kan :D ingatan untuk kawan-kawan semua jugak. 1 split second anything can happen!
 

Based on Cookie Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template
Customized blog header by Layout.Goddess