Monday, June 2, 2008

Key Words with Ladybird Series 1


Got this set of 3 books last week...as usual bought it online..this time from Belibeli.com =) (thanks cik_yan!) and also muqaddam bergambar dan sabun taharah yang mak nak coba itu..
Anyway, cerita pasal buku Ladybird ni la.. dah lama sebenarnya nak cuba beli, tapi not sure when is the right time.. aku tau ramai je yang dah ajar anak membaca dari kecik lagi.. tapi as you all know, me hubby jenis orang lameee ;)) so, baya2 Danish ni we all more on hand coordination skills and play time ajee.. But, since Damia dah nak masuk 5 tahun bulan 9 ni, so maybe i can start to teach her how to read. Sebab dia sendiri dah tunjuk minta nak membaca all her story books tu.. (yes, dia dah baca ala2 pro tapi ikut suka dia aje lah.. hehe..apa yg dia ingat aku cerita kat dia tu, then itu lah dia baca lebih kurang ikut gambar ke :D)
So back to the Ladybird series ni.. aku dapat parcel hari Khamis lepas.. petang tu, lepas mandi semua aku pun start with 1A book.. to my surprise Damia buleh dapat tangkap and baca less than 1hour gitu.. Dia dah excited nak move on to the next book, but aku tak kasik le.. Dia kena lancar dulu buku 1A tu selancar-lancarnya.. and then she keep on reading page by page.. ada jugak yang sangkut kat satu dua perkataan masa hari pertama.. but dia sangat excited sebab ala-ala dia dapat baca 1 buku gitu :P
Well, mustahil kalau aku tak excited kan..hehe. Aku pun excited jugak bila tengok dia dapat baca buku tu.. The next day aku still tak bagi dia move on to the next book. Instead aku suruh dia ulang dan baca lagi.. Hari Sabtu, lepas aku satisfied dengan kelancaran dia baca buku 1A, baru aku start baca buku 1B.
Basically words yang sama dalam buku 1A, tapi ayat lain dan penggunaan yang lebih luas.. i like!!!! Aku ajar few pages je sebab ayat dia panjang skit dari buku 1A. So, aku suruh dia baca and lancarkan dulu beberapa mukasurat tu..
Last night, dia baca la kat aku, mula buku 1A then lepas tu buku 1B. Aku yang masa tu tengah busy packing brownies sampai terlupa yang aku ajar dia sekerat jalan je Sabtu tu buku 1B. Tapi aku suruh dia baca jerr sampai habis... But, to my surprise again..dia boleh baca words & ayat tu dari awal sampai akhir complete 1 buku! yippeee!!! Ada sangkut2 kat certain words but then aku suruh dia recognize the word balik.. So, today dia kena lancarkan dulu buku 1B tu lagi.. then only aku akan proceed dengan 1C yang more on writing the words plak. *Wish me luck!!*
Phew!! alhamdulillah aku happy sebab aku berjaya ajar dia dengan buku Ladybird ni hehe..poyo tak ayat aku. Well, the thing is aku rasa aku ni takde kesabaran and kepandaian dalam bab-bab nak mengajar dan tackle budak2 ni.. I'm more on hands play and singing ke.. aku tak reti la nak ajar sebab aku tak tau basic skills nak ajar macam mana. I have to admit that since aku rasa teaching perlu talent and more importantly patience! Ada setengah orang, cara dia tackle dan cakap dengan kids je dah menarik perhatian budak2.. Hehe..aku takut kalau aku ajar cara tu betul ke? sesuai ke? or faham ke tidak anak aku tu LOL!! So, apa aku buat selalu memang guna keadaan semasa je.. That is what i call 'learning tru playing'. I don't specifically teach my kids, but most of the time they learn tru playing i.e colors/shapes etc. So, ni satu victory bagi aku la dapat ajar dia baca buku ladybird ni :P Will see how it goes with the series.. hopefully berjalan lancar dan aku mempunyai kesabaran dan ketekunan untuk teruskan program Ladybird nanti =) For time being, aku focus kat Damia jer.. because dia dah ready and berminat! Danish..i'll just show and read to him la.. buat masa ni dia tak minat langsung...asik dengan trains & cars dia!

7 comments:

Ms Lola on June 2, 2008 at 12:09 PM said...

beb, mak belum baca hbs lg ni beb. tp bila terpandang buku2 tu terus mak tergelak teringat kat sofea. nanti kalau sempat, mak amik video die and post it in my blog. adoiii :D

Jungle Playland on June 2, 2008 at 5:07 PM said...

wow tegas betul cikgu erna.. huhuh
Tapi baguslaa your method of teaching, let her betul betul katam the 1st book then baru move on to the other book.

Tapi kalau i habis satu buku, terus tak sabar nak baca satu lagi..huhuh

Crazee Choc's on June 3, 2008 at 8:52 AM said...

eeeiii bestnya.... mesti excited kan bila anak kita dah boleh membaca.... wah.... tumpang excited sekali....

cysev3n on June 3, 2008 at 9:20 AM said...

congrats Erna.. mak tumpang happy sangat okkay..

Fid on June 3, 2008 at 1:49 PM said...

wakakah
aku ada beli ladybird series ni juga tapi hahaha
anakku sudah makan!!!!

nampak gaya kena beli baru la yg A1 tu....

Erna on June 3, 2008 at 2:04 PM said...

lola: apa citer beb? apa yg lawak tu share lerrr

dot: haha..tu la i kata i takde talent jadik cikgu sebab garang :P i pun dah abis satu buku i tak sabar nak baca lain..tapi kat anak i suruh dia sabar buleh? muahahah

marisa: tu la marisa..mmg excited!

yan: thanks bebeh!

fid: haha..tu la pasal aku tak beli awal2.. ni pun aku kasik Damia je pegang..kalau dapat dek Danish takut lunyai plak karang :P

mado_ct on June 3, 2008 at 5:53 PM said...

heh..bravo damia! danish cam aidil la...asyik2 car..car..car.

 

Based on Cookie Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template
Customized blog header by Layout.Goddess