Sunday, April 20, 2008

The kids officially slept in their own room - 19 April'08!

Wow! Alhamdulillah..malam tadi buat pertama kali sejak ada anak ni, kami dapat katil untuk kami berdua semula. Aku suspen ja.. expecting that tengah malam one of them akan bangun dan cari kami.. (aku plan dah akan sacrifice bangun dari katil dan tidurkan depa balik dalam bilik). Tapi, to my surprise aku lena ja sampai pukul 6 laki aku kejut nak subuh tu..dia kata anak2 awak dah bangun kot. (sebab dok dengar Danish merengek dan Damia panggil)
Kami pun bangun la.. tengok Danish dah naik atas katil kak Yong, dan baring sebelah Damia. Nampak ja aku, dia terus raba-meraba..kihkih.. apa lagi nak mencuba la kot2 dapat ka.. Aku buat tak tau je sambil tepuk2, peluk dia semua. Sudahnya dia sambung tido :) Kami pun bangun, mandi semua bagai..
Maknanya both of them slept through the night in their own room! Isk..macam tak percaya pun ada. Sedih pun ada. If before this, kami bertiga akan berhimpit-himpit atas katil (aku,daddy, Danish) dan Damia dalam cot (yg telah dibuka sebelah pintu jadi ala katil). Tapi malam tadi, tinggal kami berdua ja dalam bilik tu. huhuhu...dah besar dah anak-anak kami!
Faktor excited tidur dalam bilik yang baru diberi nafas baru pun ye jugak..hehe. Aku plan nak tunggu pindah sok,kami akan buat betul2 bilik Damia & Danish ni.. tapi sebab tak tau bila la nak dapat notis pindah tu (despite of we kind of know the state that we will be transfered already :P), dan juga baju2 mereka yang dah tak muat untuk aku sumbat dalam compartment kecik almari tu. So, Jumaat tu kami telah borong 3 almari di Giant! 2 wardrobe, one each for D&d dan satu kind of display/bookshelf for our new reading corner.

Tak tau nak susun camne..boot ni plak yg jadik 1st pic :P
anyway, saja la pic boot anak dara! jeles mak..nyaris nak rembat yg sama tapi takut la plak org kampung kata mak over siap nak pakai boot bagai :P tapi mak sangat suka ini boot!!!!!! tetiba rasa nyesal tak rembat! huhuhu
Siap ada compartment untuk accessories lagik.. rizza-perasan tak kotak bunga-bunga tu? hehe
Anak dara punya...

Anak bujang punya...

Ni la akhirnya..menjadi wardrobe jugak selepas darlingku berhempas pulas memasangnya! hehe.. RM99 each kat Giant! mak tinggal nak cari sticker princess and car dan hias mengikut rasa!
Damia dah merasmikan time nap semalam.. Danish katil tarik bawah tu le..
Pagi tu pergi Giant, beli barang dapur kami dok lalu dan tengok-tengok sajor.. balik rumah, lepas darling hubby balik daripada solat Jumaat, kami pun nak buat ops bersih! Tapi, bilik d&d yang penuh baju tak dapat diselamatkan sebab memang dah takde tempat untuk baju-baju tu lagi.. kihkih..then buku2 kami pun dok penuh atas meja gitu je(kes rak buku dah penuh-1/2 isi buku 1/2 ntah macam2 barang :P).. So, timbul la idea untuk beli jugak almari2 yang kami tengok tadi. Tadi laki aku tanya aku tak sungguh-sungguh..aku kata balik dulu tengok ada tempat nak letak or not. Now, memang sahih kami perlukan almari2 tersebut. Terpaksa la buat rombongan cik kiah ke Giant semula. Lepas solat Asr, kami pun berbondot-bondot ke Giant dan memborong 3 barang besar itu. Lepas bayar terus la balik rumah untuk meneruskan ops bersih kami.
2jam! 2jam dengan berpeluh-peluh darling hubby mengerjakan satu wardrobe! Yes! SATU! kihkih.. dah nak siap, sekali "alamak! terbalik la..atas bawah etc etc..."hohoho...tak dapek mak nak nolong ha! memang kena buka semula! so buka semula..then pasang balik.. suasana kerja agak tense disebabkan ramai pekerja-pekerja tak bertauliah yang telah menyibuk dan mengharu-birukan keadaan kihkih. (Danish ni memang suka screws and such! so apalagi!, Damia pun memang suka nak menolong itu ini!)
Dek kerna tak nak mengacau-bilaukan lagi keadaan, aku pun mandikan budak2..distract depa bagi makan buah dan buka ch 613. Tapi tak lama la..lepas tu aku dengar laki aku menjerit lagi hahaha (masa tu aku sibuk masak nasi goreng sempoi kat dapur). Aku cepat-cepat masak then suapkan budak-budak tu in hope that depa tak kacau daddy.
Selesai satu wardrobe, yang kedua dah kira expert la. So, 1jam jer settle.. berhenti makan, solat semua..aku pun berkobar-kobar tolak wardrobe tu dalam bilik dan mula mengemas baju-baju depa sementara cik abang menyambung kerja pasang siap lagi satu almari :P
The next day, Sabtu, pagi lepas pekena breakfast roti canai kat kari asha (rindu weih! 3 minggu tak makan roti canai!) aku beli butter kat MeeSoya (projek brownies sudah mula kembali daaa) terus balik rumah. Kami pun ops bersih sepenuhnya... Akhirnya, alhamdulillah bilik d&D telah diberi nafas baru.. dan our living telah di bahagi kepada 2 section, tv&play area and study/reading area. Senang nak monitor the kids study, reading while we ourselves bleh membaca dengan leisurenya! (bestnya! memang lama dah teringin nak ada study room(with wall to ceiling bookshelves) which is 'bilik wajib' kalau dah ada rumah sendiri nanti..tapi sebab kami ni tak cukup bilik(satu bilik dah jadi store:P), i'm very much satisfied with our new study corner!)
Pedang samurai cik abang.. at last ada gak tempat nak letak yer!
tinggi dan selamat daripada anak-anak...
Our new showcase/bookcase hehe..RM119 sajor @ Giant! sesuai untuk keluarga nomad macam kami..beli yang mahal2 takut rosak dek each perpindahan jer.
Living yang telah dibahagi 2!
Our reading couch and study area.

8 comments:

Rizza on April 21, 2008 at 12:30 PM said...

wowwy..best nye.....

Ms Lola on April 21, 2008 at 12:41 PM said...

beb,
almari2 yg kat giant, carrefour and such ni mmg mencabar fizikal dan mental. sgt tak friendly, kan? screw sket punya bnyk. complicated sgt nak dipasang!!! laki mak mmg dah serik dah...

Crazee Choc's on April 21, 2008 at 2:19 PM said...

betul.... pricing mmg ok.. tp nak memasang tu la yg tak laratnya....
BTW... sukanya almari damia! soo.... girlish!

Erna on April 21, 2008 at 2:35 PM said...

rizza, :)
ms lola, sangat2 mencabar! hehe. Tu la aku cakap, nak senang beli jer terus kat kedai perabot, siap terus hantar. Tapi pay double/triple la :P ikea punya pun lebih kurang, semua DIY.
Marisa, tu la DIY hehe. Labour cost peluh sendiri yang menitik la.. 5 jam kalu, 5 jam la bayarannya :P

mado_ct on April 21, 2008 at 3:08 PM said...

weh..aku nk sentuh bab tido berdua buleh??hehehe..mula2 aku baca saspen gak..hihihhiihhi.
rupanyer kisah hang tk tido ngan anak2...
aku pon kena tunggu lagi paling kurang pon setahun setengah kot. tapi aku tgk jepun2 ni even bf derang ajar anak2 tido asing2...

Rizza on April 21, 2008 at 6:35 PM said...

erna..lupa nak tulis...tu kan bekas "biskut oat" yg aku bagi ko..hehheh

sini pun kalau beli rak buku ke meja.DIY le....letih tgk....last2 beli meja aluminium leh lipat2..senang..tak yah nak godek2...

Anonymous said...

ngeeeee...almari dgn chest drawer yg kitorang beli kat ikea tu..sampai la ni laki den tak abih pasang lagi weih! samo la nasib kalu beli brg yg kena DIY ni...haku yg jenuh nak menunggu benda tu siap dipasang..kekadang sampai hangin mak nyeh! eeeiii....sudahnyer gado pasai aku membebel tak berenti...hubby plak stress sbb susah nak memasangnyer..mcm main lego la plaks.. ;p keh keh keh

Erna on April 23, 2008 at 9:45 AM said...

ct, kahkahkah...suspen ek!
rizza, ha ler..bekas tu!
za, haha..lagi haru! awat tak siap lagi? aku kalau ikea mana yg complicated aku hire la depa pasang sekali bila depa dtg hantar tu..but with RM la kan..huhhu

 

Based on Cookie Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template
Customized blog header by Layout.Goddess