Thursday, April 17, 2008

cari perhatian daddy?

Semalam, Damia buat hal tak nak pergi sekolah..
Malam before that, tengah dia makan mac & cheese, tetiba dia kata sakit perut. Ok, stop makan (Danish tolong habiskan!).
Pagi, tengah breakfast dengan liatnya dia tak nak makan..then kata sakit perut. Lepas tu kata "Damia sakit perut, macam mana nak pergi sekolah!"
Aik..elok je main2 tetiba sakit perut tak nak pergi sekolah.
Dah agak mesti ada kaitan dengan malam tadi punya planning.

So, kami buat tak tau sambil terus siapkan dia semua. Then dia sibuk kata tak nak pergi. Aku divert attention cakap "Damia, ni album disneyland kena bawak pergi school, teacher kata nak tengok kan?"
terus dia jawab "Tak payah bawak"

Tapi kami terus buat tak layan jer.. daddy hantar, turunkan kat sekolah rupanya dia meraung. Daddy call cakap Damia meraung, suruh stand by kot2 cikgu call rumah. Aku tunggu, sampai pukul 12 takde call. Aku pun pergi amik dia balik sekolah. Tanya cikgu, dia pun tak tahu kenapa.

Balik tu tanya semua dia kata takde apa..rindu daddy. Nak daddy..etc etc..daddy!
Then, petang art class pun tak nak pergi.

Balik kerja, daddy pun pujuk dan slow talk dengan dia. Ada gak sessi bercucuran air mata bagai.. aku perhati ja dari jauh..
Malam sebelum tidur, aku macam biasa, kiss good night sambil sessi bisik-berbisik (termasuk pesanan rajin pergi sekolah etc..)

Hari ni alhamdulillah..semua kembali seperti sedia kala. Ceria dan gembira ke sekolah!

Kesimpulannya:
~maybe dia rasa nak bercuti2 lagi..
~aku rasa maybe sebab daddy dia asik marah2 dia sejak dua menjak ni..aku pun perasan. So, dia macam nak cari perhatian gitu.. hehe. Malam tadi aku sempat cakap kat cik abang sayang, ha tu lerr..asik marah dia. Saya pun perasan. Tu sebab dia buat hal kot nak cari attention you.. sebab dia kata nak "daddy".

4 comments:

anamiraa on April 17, 2008 at 5:02 PM said...

ya allah, cakap about marah ni. i feel so terrible.

sejak dua menjak ni i was like an evil witch kat rumah tu. teruk budak2 kena marah most of the time. the truth is, sebab stressed out dengan keja kat opis yang berlambak. dan bila balik rumah i was easily pissed even with minor thing like tak tutup water tap, tumpahkan makanan, etc..etc..etc... dahla ayah depa tak balik2 lagi ni...haiii....

how many time i wish i could just be a housewive je. takde la nak pening pala hal opis..

err.. ye ke tu? entahlaa...

rizza on April 18, 2008 at 8:29 AM said...

erna.. anak daddy tu...hehhhe

ana...ala2 cian.... meh jadik "housewife"....join the club...

Erna on April 18, 2008 at 4:35 PM said...

ana,
hehe.. hard to say! kena stay dan alaminya baru tau ada stress kot lain pulak ke :P
za,
tu le..memang anak daddy! kihkih

Marisa on April 21, 2008 at 2:09 PM said...

tu la.. biasanya lepas kite marah.. sure akan rasa bersalah kan?

 

Based on Cookie Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template
Customized blog header by Layout.Goddess