Friday, August 28, 2009

Cuti 3 hari..

Yeay!!! Minggu ni bercuti panjang! Hehehe...
Korang plan nak pegi mana? Kami nak balik kampung Pilah! hmm dah terbayang dah en.suami request kat mak dia nak mee kari or laksa terengganu nyum!nyum!!! Oh aku dah dok terbayang nak suruh mak buatkan 'jLopes' dek kerna terliur kat N.I punya entry. Tapi malu, bley dak? hahahaha... pagi tadi masa sahur saja hint kat en.suami. "You suruh mak masak apa special untuk buka weekend nih?" so dia pun sebut la antara dua tadi tu. "kuih?" buah sopang! aiseh!!! potong stim betol! huhu dah takdo la kuih lain mesti buah sopang gak! Dengan nada perlahan aku sebut cam teringin lopes jekk...tapi takdek respon pun. Ntah dengar ntah idak huhuhu Nasib la kau Erna, kaalu ado, adolah rezeki ekau. Kalau tak ekau cari yo lah kat PARAM mano-mano nanti..uhuk!uhuk!

Alhamdulillah, up till today 7 Ramadhan Damia masih penuh puasa ;) Sekarang makin lewat la dia bertanya pasal waktu berbuka. Kalau dulu start pukul 5 dah tanya. Now dah pukul 7 baru sibuk tanya-tanya. Dia pun ok dan nampaknya macam dah terbiasa perut dah kot. Lagi pun waktu pagi dia wajib makan nasi and kami ajar dia niat. Kami cakap dengan berniat boleh menahan diri dari rasa lapar. Lepas tu kalau terfikir pasal lapar kami suruh dia buat benda-benda lain - maths/main ngan Danish/main pc or tidur! hihihi Now pun dia dah tak kesah sangat bila Danish makan bytes ke, minum ke depan dia. Dah kuat iman cewah!!! But really kagum la dengan dia yang boleh go through eventho this is really her first time puasa. (sorry terlebih puji anak sendiri.Sapa lagi nak puji dan kagum kalau bukan mak sendiri kan :P)

Hopefully dapat bertahan la dia sepanjang bulan puasa ni. Cuma next week dah start sekolah semula, maybe kena monitor balik la kot-kot tak larat sangat ke. Maklumla kalau dah ke sekolah tu sure melompat-lompat main bagai takde sapa nak larang dan ingatkan. Tapi sekolah tu dah bagi surat pun untuk menghormati bulan puasa, semua student 6yrs old digalakkan berpuasa. Cuma 4yr old class mcm Danish je yang akan disediakan food.

So, to all yang pulang ke kampung halaman weekend ni, selamat pulang ke kampung! Berhati-hati semasa memandu!!
To all yang plan nak bershopping raya weekend ni, selamat bershopping sakan!! ;)
To all yang dah start nak buat kuih raya tu, selamat membuat kuih!! (den tahun ni kuih tunjuk2 jerk! tapi kat tempat2 yg dipercayai muahahaha i.e tempah kat seorang yg mmg sama2 suka masak2 &baking2 mcm den dolu2..tapi dia still memasak cumo den yo dah kojo!Alang2 dio nak buek kuih untuk dio den pun tompang sekaki :P)
Ingat nanti nak buat kek coklat & brownies jek..Kek sebab memang setiap tahun mesti buat bagi rumah mak & rumah mil sebijik kek coklat satu sorang. Yerrr aku tau aku masih hutang brownies kat you&you! (you know who you are!) nanti dah ado aku roger ek! insyaallah.

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU!



7 comments:

cysev3n on August 28, 2009 at 2:29 PM said...

aku senyummmm je baca entry ni.. ahAHHAHahahaHha.. adoi la hai..

Unknown on August 28, 2009 at 2:33 PM said...

wah bagusnya dah start puasa penuh. kita (saya) dulu masa kecik2 darjah 3 baru la puasa penuh. hihi.

mamaDhea on August 28, 2009 at 2:44 PM said...

sya nak order brownies laa.. :D

mommyashvin on August 28, 2009 at 2:56 PM said...

:P ....am I in the list? I mcm dah mengidam doh!

MS on August 28, 2009 at 3:01 PM said...

aku senyum dan terus tergelak baca last part ha ha

i lap u lah

rina on August 28, 2009 at 3:33 PM said...

baguslah damia start puasa awal.

MN on August 29, 2009 at 5:53 AM said...

erna,cubalah hint2 kat MIL ko.mana tau rezeki bulan pose. :)

 

Based on Cookie Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template
Customized blog header by Layout.Goddess