Wednesday, January 21, 2009

Sixth Sense??

Aku percaya ada setengah orang dilahirkan mempunyai 'sixth sense'.. The usual 5 senses - touch, taste, smell, hearing, sight.

Aku tak tau nak percaya macam mana..tapi anak teruna aku yang seorang ni mempunya 'kelebihan' tersebut. Dia boleh 'nampak' sesuatu yang kita tak nampak...hohoho..scarry duh!

Beberapa kejadian berlaku sebelum ini.. aku pun dah hampir lupa sampai la aku terkena lagi tadi. Pagi tadi aku keluar awal pergi hantar brownies ke KL (yer, dia juga rupanya adalah 'pembaca senyap' blog aku ini!! ceh!!malu aku bila dia mengaku tadik lol!! jumpa jugak awak yer blog ni :P) Anyway, hope semua ok ya!! Next time dah tau tempat tapi jangan lupa belanja ikan bakar yang famous amous tu yek!! :P

Okeh, berbalik kepada cerita asal...kesnya aku tak sempat masak le..terus amik d&D balik sekolah dan aku singgah ke kedai makan yang biasa kami makan kat rumah ni. Seperti biasa d&d akan main2 tengok ikan kat kedai tu.

Then tengah nak suap Danish makan, sekali tiba-tiba dia cakap 'dowan! nanak! nanak tu!!' sambil tangan dia tunjuk kat area kolam ikan & satu painting yang bergantung kat situ. Aku dah cuak dah!! Weii!! tengahari buta ni!! orang penuh makan kat kedai tu apa kes pulak la anak aku nih. Bukan 1st time makan kat situ pun..dah beberapa kali kami makan situ waktu malam.

Anyway, dia keep on tunjuk dan langsung stop nak makan dan menyorok kat belakang aku. Adeiii!!! sapa la dok kacau anak aku ni weiiii!!!! tak kasi can aku nak makan betul la! Sudahnya aku tarik kerusi, cakap kat dia 'tak payah tengok tu, pusing belakang mommy suap je'.
Baru la dia nak duduk pandang ke luar dan makan la 2-3 suap lagi..lepas tu langsung tak nak dah sebab asik la mata dia terintai-intai kat tempat tu lagik..

Aku pun cepat2 perabih apa yang patut, Damia pun aku kerah suruh makan cepat2 lol!! Settle semua aku bayar. Dalam kereta aku tanya 'Danish nampak apa?'
'Painting'
'Yer la napa painting?'
'atut (takut)..' ..pot pet pot pet dia explain ntah hapa aku tak paham.
Tapi kesimpulannya ada 'benda' dah dok kacau dia la tuh..benda tu jelir-jelir lidah panggil-panggil dia ke kan???? muahahahahha...takpe la, janji aku tak nampak, jangan kacau kami anak-beranak, jangan ikut balik sudah!!! ish! naudzubillah!!

Ni bukan kejadian pertama. Dulu kat KT ada satu restoran yang ala-ala Bali pun kami mengalami nasib yang sama. First time pergi, dia berat kaki nak masuk dalam. Sejurus masuk dalam Danish yang selalu tak reti duduk diam dalam restoran, tapi kat situ dia hanya duduk mengepit kat aku ja.. sambil mata melirik ke lukisan-lukisan dan patung2 bali kat kedai tuh. Fine! Kami makan2 selesai semua bayar terus keluar. Keluar je barulah Danish ni kembali ceria dan bercakap seperti sedia kala. Sebelum tu, kat dalam kedai dia seolah-olah terdiam dan menjadi seorang yang lain sekali!!

The next time,ada kawan datang dari KL, kononnya nak bawak la makan situ jugak. Haaaa...belum sempat jejak kaki pun Danish dah meraung-raung kat luar kedai tu tak nak masuk okeh!!! Apakah yang berlaku???? MISTERI NUSANTARA!
Yang pasti, ada sesuatu yang tak sepatutnya ada di kedai tu kot lol!! Memang tak nak masuk langsung...terus kami pergi kedai lain.

Sejak dari hari itu, barulah kami sedar yang mungkin Danish ni mempunyai kelebihan boleh nampak benda-benda selain daripada apa yag selalu kita nampak dengan mata kasar :P

17 comments:

mommyashvin on January 21, 2009 at 2:21 PM said...

OMG!

mommyashvin on January 21, 2009 at 2:23 PM said...

Wonder apa yg dilihat oleh Danish ni! My Grandparents used to say that benda2 halus ni mata budak kecik boleh nampak. That's why we don't bring small kids to a funeral. U'll mcm mana ya? jumpa ustaz ke mintak explanation?

Mrs Noba on January 21, 2009 at 2:37 PM said...

erna,

my niece, my nephews & my cousin pun ada kelebihan yang sama.

ada one time, kitoang buat kenduri sampai malam, then my niece dok main2 kat luar. dari cara i tgk mcm dia main dgn orang walhal time tuh dia sorang. bila tanya main dgn sapa? dia kata "dengan kawan..." SCARRY????

kalo tak memudaratkan, then oklah kot. tapi kalo sampai kaco danish - tak boleh tido, meragam, asyik menangis - better bawak gi jumpa ustaz.

sbb my cousin yg sorang tu, walaupun dia bleh nampak tapi dia cool jer.

arina on January 21, 2009 at 2:47 PM said...

waaahhhh.. aku lak yang seram ni haaa... nasib baik la budak kecik susah nak cakap, kot dia describe sebijik2 apa yang dia nampak tu kang tak ke jenuh???

ishhhh misteriiii....

Erna on January 21, 2009 at 2:50 PM said...

valli: yerp, memang budak2 bleh nampak orang kata..babies selalunya. Kalau dah serius bak kata mrs noba tu bawak le jumpa ustaz, if not tak de apa ;)

mrs noba: tu la kan!! kelebihan untuk dia hehe.. tapi scarry le weii untuk kita. Mujur aku tak paham apa yang Danish explained tadik..tapi tengok muka dia yang ketakutan tu aku pun naik meremang!

kak non: ha!! memang scarry! buatnya dia describe mata lagu ni, hidung lagu tu..adoiii!! mau aku yang larik lintang pukang lol!!!

Mama Adib on January 21, 2009 at 2:51 PM said...

Erna
rasanya sama macam 'kelebihan' yang ada pada hb kepada my SIL.

"diaorg" tu suka bebenar menumpang kereta bagai.
Kita yang mendengar seram sejuk je tapi bagi depa yang dah ada kelebihan tu terpaksa laa redha.
SIL saya memang faham sangat laa time husband dia nampak tu.

mommy on January 21, 2009 at 2:59 PM said...

hye. hmm, org kata budak2 mmg blh nmpk benda halus. mak saya ckp dlu masa kitorg duk kajang, umah tu dkt dgn kubur. so, dlm baru2 pindah tu, asal time magrib je saya nangis bagai nak rak. dkt 1week. then bapa saya panggil ustaz surau kasi baca2 kt rumah tu, baru ok. (nasib le haku kecik lg, 2thn kut, xphm apa2!).

Mrs Noba on January 21, 2009 at 3:56 PM said...

my cousin tu dah besar...ada sekali tu dia lepak2 berborak ramai2 then tetiba dia masuk rumah.
bila tanya kenapa, dia kata ada orang join melepak!!!
adoiiii....

Zety Zin on January 21, 2009 at 4:09 PM said...

teringat masa kecik2 dulu. umur dalam 2 tahun kot.

saya ternampak satu benda dalam bilik tidur. masa tu dok umah nenek lagi. bendanya tak kacau, tapi memang arwah nenek kata bilik tidur tu berpenunggu. sampai skrg saya ingat mukanya.

hish. meremang bulu roma bila ingat balik.

Fid on January 21, 2009 at 4:10 PM said...

depa pakai pelaris kot

mamaDhea on January 21, 2009 at 5:18 PM said...

erk.. sebijik mcm my Dhea.. kdg tu time kita tgh sidai baju kat luar sensorang waktu mlm (time je pon yg sempat), boleh pulak dia ckp, "mama, jgn pandang belakang!"

uwaaa.. ketaq lutut mak.. dh laa mak ni penakut.. huhu

mrsslurp on January 21, 2009 at 5:21 PM said...

OMG..danish leh geng ngn auntie le..ekekke
ps : u should korek le tanya apa yg dier nmpak..so dat kalo yg baik bole jd smpadan...hehe

rizza on January 21, 2009 at 5:50 PM said...

erna...
aku yg baca lak meromang bulu roma.. hehhehe

may be kadai2 yg ko masuk tu ade letak tanggal atau apa2 utk menjadi pelaris atau penjaga....

take care!!!

madamoiselleczar on January 21, 2009 at 5:56 PM said...

nyah...mak seram laaaa....huhuhuhu

Diana Sulaiman on January 21, 2009 at 7:48 PM said...

alahai.. seram gak dengar erna.. meremang lak bulu roma bile baca..
anyway, i add blog u eh?

mommy2H on January 22, 2009 at 7:10 AM said...

erna my sis pon ada sampai ke besar..makin besar makin kuat kelebihan tu makin byk yg dia nampak..walau tak kacau dia tp kacau emosi dia sbb ye la takut kan..last2 bwk g jumpa ustaz buang kelebihan tu..huhu
scarry!mudah2an takde apa2 la yer..dah besar kang bg dia buat pilihan..my sis tak mo.

ada award for you kat blog i

dzura on January 22, 2009 at 6:45 PM said...

alamak..tak jadi stay back kat opis lepas bace ni..iskk

 

Based on Cookie Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template
Customized blog header by Layout.Goddess