Aku sebenarnya dah 2minggu lebih batuk selsema ni.. (rasanya sebab asik kena hujan huhuhu... pergi hantar balik sekolah semua, aku sure kena turun buka pagar tengah2 hujan etc..tak masuk mengejar kain jemuran dalam hujan lagik :P)
Last friday, ntah kenapa teruk plak kondisi batuk ku.. sampai tak bleh tidur dan dada ketat sangat.. hubby mula nak terlena, terus bangun tengok aku sesak-sesak gitu..
'jom pergi klinik'
'takpe la..budak-budak dah tidur'
'teruk nih..pergi kejap klinik 24jam depan tu ha' (memang dekat je pun..jalan kaki nak exercise buleh sampai kiranya:) )
'tak payah la..kejap lagi sure ok'
sekali bertambah teruk..
'semput awak ni, tak nak pergi klinik amik inhaler..maybe baik sket'
'hah? tak mo arrr! tak reti la nak sedut'
sekali mr.hubby datang dengan aerochamber ngan ventolin inhaler budak-budak ni.. hahahahah
'takmo!!!!!'
aku yang ala-ala tak bermaya tak bleh bernafas tuh akhirnya tertewas.. 'puff..puff..'
immediately after amik tuh, aku rasa loya semacam..'uweekkk!!!! terus aku muntah tepi katil tuh!' mujur sket jer..terus aku lari masuk bilik air..segala nasi beriyani berbuka tadi terhambur keluar!
'ha..tu la. Pepandai kasik ubat kat kita... tengok dah muntah dah.'
'takde..jom pergi klinik. cepat!'
'budak-budak?'
'takpe, depa tidur..kejap je depan tuh. Insyaallah ok!'
akhirnya aku mengalah...
Sampai kat klinik, memang takde orang pun..masa tu lagi 15 min pukul 12 malam. Masuk check..
cerita la apa problem semua.. batuk dah 2minggu etc..
'do you have asthma?'
'NO!'
'you are wheezing..quite bad!'
'HAH????'
'i have to give you ventolin nebulizer now.. '
'WHATTTTAAA????'
'Welcome to the club!' hah! ni ayat daripada darling hubby okeh! sabor je la!
Most of the presciption given lebih kurang ubat-ubat yang selalu d&d dapat okeh! musykil aku!
'Do you mean i have asthma?'
'I think it's just bronchitis. But your condition quite bad. So, you have to be very careful. Since you have the history of pneumonia before. If within 5 days still not feeling ok, you have to come back for x-ray and further check-up'
'Oh...'
Balik tu, aku makan ubat apa yang patut...then baru dapat tidur.
The next day, aku tak dibenarkan puasa :( sob!sob!sob! sedih aku nak kena tinggal puasa... hubby pun tak kejut plak tuh. Dia saja tak kejut aku, dia sahur sorang-sorang. Aku memang tak sedor ler sebab dah telan polaramine, zithromax antibiotic, kena gas ventolin, siap dengan prednisolone bagai. Sedar-sedar dah lepas waktu imsak pun..Dr tu pun tak kasik posa sebab ubat-ubat yang dia bagi semua 'kuat' katanya.. bleh sebabkan gastric bagai. Tapi aku dah cakap hubby, nak cuba jugak..tapi dah terlambat..
Alhamdulillah i feel better la pagi tuh..sempat pergi hasbro warehouse sale lagik! hahahah... mentang-mentang dah kena makan ubat steroid! Adrenaline melonjak-lonjak plak kekdahnya! Mujur ok kat situ.. tapi memang ubat tu kuat la.. sakit ngan pedih perut aku. Memang tak cukup ngan roti jer..tapi dek kerna dah terbiasa puasa jadik bukan nak makan sangat pun. Tu pun dah kena paksa ngan hubby soh makan jugak..sumbat je dia kata..janji perut tak kosong. Ubat tu kuat. hihi..Dalam tengahari kami bergerak balik kampung.
Sabtu, Ahad ok lagi.. tapi malam dah balik semula ke rumah.. aku batuk-batuk jugak lagi. Hubby tak puas hati.. pagi ni lepas hantar Damia pergi sekolah, dia bawak aku pi SSH jugak! So, jumpalah doktor biasa kami..dia suh buat x-tray semua. Bukan x-tray dada je..sekali ngan hidung pun di x-tray takut sinus ke apa...sebab dah berulang kali asik baik-sakit-baik-sakit je aku nih.. Alhamdulillah, lega aku tengok result semua ok! Cuma dia kata memang ubat yang Dr kat klinik tu kasik kuat dan bleh buat aku sakit perut. So, dia kasik antibiotic lain yang ok untuk bulan puasa. Then ventolin pill tu pun aku tak payah amik dah.. ubat tu buat dada aku berdegup laju hence aku rasa tak tentu arah gitu..loya-loya, dizzy-dizzy.. dia tukat ubat lain. Prednisolone tu pun dia kurangkan dosage untuk aku. Hopefully all ok lepas nih.. today insyaallah aku puasa, walaupun pagi tadi aku rasa wengg...even until now! Rasanya tu effect ubat yang aku makan sahur tadi. Tapi, aku buat tak tau jer.. (yes, ni la yang selalu aku buat! buat tak tau jerr hahaha..kalau tak sapa la nak jaga makan minum sekolah budak-budak nih?) unless sampai aku dah tak lalu betul baru surrender (macam hari Jumaat lepas tu la). But alhamdulillah.. i feel better!
Hmm.. got to go! Nak kena baking for tomorrow punya order. Then nak kena pikir apa nak masak berbuka nanti. Kemungkinan besar berbuka sorang lagik.. so menu simple je la. Nasi goreng je ke :P
Sorry For The Long Hiatus
2 years ago
9 comments:
Ish, ko ni.. Bawak2 jaga la sket kesihatan diri ko tu dulu. Ngeriss aku baca citer hang.
Tp, sorry la ye, part hubby ko bawak aerochamber ngan inhaler tu aku tergelak. Aku ada jugak amik Seretide (time sesak napas dulu - hubbyku suruh jugak), tp idok le guna aerochamber beb ;)
take care beb...
don't push yourself too much.
buka puasa masak apa?
ish... cam berjangkit je athma kat hang....
sama la... kite pun tgh selsema + batuk... tp tak moh mkn ubat sbb takut susu sikit.
mmg suffer la....dok sok sek sok sek hidung ni ha...
erna..
take care beb..sama la kita kalau sakit buat taktau jek..kalau ikutkan sakit tuh sapa nak jaga budak2 kan..dah ler hubby kita nih balik ala2 waktu sahur gitu..huhu
apa2 pun take care beb
ps: mado_ct kalau ada baca ni ctc me pleaseeeeee...missing you la..hehe
take care bebeh.. for once, think about yourself first :)
thanks all!
but truth to say.. orang mcm aku ni amatla payah nak 'melayan' sakit ni. Banyak benda nak kena pikir.. kalau aku MC, sapa nak hantar/amik anak pergi sekolah? sapa nak masak bagi depa makan? Sapa nak jaga/tengokkan anak while aku 'berehat/tidur' barang sebentar..
Sapa yg kerja, can just amik mc,dan cuba berehat. Anak mmg tak perlu risau sbb as usual akan hantar kindy/nursery etc like how it gonna be when mommy goes to work.
But for org mcm aku ni, nak tak nak..segala sakit pening memang tak bleh nak layan. Nor@mommy hafiy sure paham macam mana kan! Umpama jentera utama. Kalau rosak, alamat kilang tak jalan :P
semoga bertambah sembuh ye!
jaga diri. :)
hmm ni nampak gaya en.F kena belikan electric gate.. huhuhu!!!
semoga cepat sembuh... jaga kesihatan ko cik kak... aku faham situasi ko..hhehhe
aku ni pun gagahkan la diri kalau aku terasa nak sakit2 hehhe... sapa lak nak masak bagi makan 2 org kat umah ni..(aku faham ko 3 org nak bagi makan hehheh).....
take care!!!
Post a Comment