Thursday, September 4, 2008

Cerita puasa-Masak atau 'PaRam'?

Menu orang bujang :P
(idakle aku belasah 3 ekor ikan tu..2ekor lagi fwd ke sahur ler :P)

Selalu orang akan berkata 'malas masak, beli jer kat pasar ramadhan'
Tapi aku?kenapa aku liat nak pi 'param'?
hahaha... semalam daddy tak dapat balik berbuka jugak. Dia sepanjang hari bekerja ni tak pernah lagi berbuka kat rumah. Jadinya, hari pertama puasa haritu je berbuka sama sebab cuti merdeka.
Hari kedua, ku pergi menempek kat rumah mak :P
Semalam mula rasa nak pergi param dekat rumah ni. So, aku bancuh2 order cupcake, bakar etc.. sekali hati berbelah bagi. Malas masak dan malas nak pergi param! hahahaha
Sudahnya, aku masak jugak :P ternyata kemalasan untuk keluar ke Param mengatasi kemalasan aku untuk masak.
Simple ajer..ikan goreng berlado, salad&tomato, kurma ngan air boh lemon peach panas segelas (aku amalkan tidak minum air sejuk waktu berbuka untuk mengelak rasa lesu dan letih di siang hari. Kalau nak minum pun lepas solat semua). Alhamdulillah... konyang gak!

Bulan puasa ni bukan larat nak makan pun. Selalu dulu takut nak pergi param sebab takut godaan pelbagai juadah. Tapi beberapa tahun kebelakangan ni aku tak rasa apa pun kalau pergi param.. kadang tuh balik tangan kosong :D Sudahnya makan apa yang ada kat rumah jer. Kalau dah terdesak tak masak ke baru la beli..tu pun kadang ntah berapa kali round nak mencari 'mood' untuk beli hahaha..(ni kes tahun2 lepas laa..) tahun ni wallahu'alam. Semoga Allah pelihara nafsuku jua!

Oh, lagi satu..aku terasa sangat sejak duduk rumah atas tanah ni..dua tingkat pulak tuh. Mencabar sungguh nak maintain. Hari ni aku vacum+mop bawah, esok sementara nak vacum+mop atas, yang bawah dah berterabur balik! adusss! ni baru 2 'pembuat sepah' nya!
Dalam bulan puasa ni lagi la.. semalam tak berani plak nak vacum+mop sbb pukul 11 pagi aku dah rasa nak pitam (yerr..aku prob darah rendah=selalu rasa nak pitam esp bulan pose). So, apa aku buat? hehehe..lepas berbuka, aku naik solat. Then turun siapkan cuppies kejap. Lepas tu, aku mula 'ops bersih' :P
Gasakle orang dengar aku tengah malam vacum bagai.. Daddy balik pukul 10 aku tengah vacum. Then mop siap semua. Mujur D&d pun dah tak turun, sebab dah layu nak tidur kat atas. Lagi sonang kojo makcik ha! Mujur rumah depan takde orang..kalau idak nampak le aku ngan lampu terang benderang, selak langsir ke atas semua mem'vacum' dan mop bagai.. Burn berapa kalori gamaknya! Selesai aku buat lagi segelas 'boh peach lemon tea' kali ni sejuk! arrghh! nikmat!
Naik atas, sejuk badan..mandi. Solat. Seluruh badan rasa sengal..nikmat sungguh dapat luruskan badan. Sebelum tidur sempat lagi baca 3 bab karya pak Habiburrahman =P
note:
apa nak masak harini? Daddy kata nak cuba balik berbuka kat rumah...
Gulai lemak ikan masin dengan terung muda??
or
Gulai ayam?
terasa nak buat kuih cara.. berlauk or manis?

8 comments:

Rizza on September 4, 2008 at 11:14 PM said...

cargas tu....heheeeheh

MN on September 5, 2008 at 6:21 AM said...

dah lama tak dgr org sebut param! :)
time study dulu param aje la jawabnyer...
this year tak pernah singgah lagi...

Crazee Choc's on September 5, 2008 at 8:12 AM said...

sama la kito... malas nak pi param ramai2 org. kalau beli pun just kat kedai yg dah biasa
kami lak... masak nasi... n kalau rajin buat yg simple2 je mcm tauhu sumbat ke....
smlm ikan bakar beli jek. sahur je masak yg simple2.

terliur plak erna sebut boh peach. hubby lak hari2 sahur n berbuka kena teh panas... cuma time berbuka letak lemon sket.

mmg letih rumah 2 tingkat... mmg bulan puasa ni nampak gayanya kena ngemas umah malam. rasa bila dah tua2 nanti kena cari umah setingkat je la...

cysev3n on September 5, 2008 at 8:57 AM said...

betul la.. aku pernah kemas umah, time tu umah mak aku la.. setingkat je.. vacuum, mop dgn my younger bro.. lepas abis sume, mmg rasa macam nak mati! nak air je sebenarnya pun..

nowdays, mmg malam je le kaedahnya.. memula mop atas.. budak2 dah tido, mop bawah plak..

Fid on September 5, 2008 at 9:52 AM said...

aku ramashan ni plan tak nak jejak param
ubah gaya hidup maa..seruan kerajaan..lg pun bkn sedap pun..aku masak juga best! hahahaaaaaa

erna
aku pun bln ramadhan kena vacumm bagai tgh mlm
tapi nyah..umah mak umah morah kalau mak vacumm org sblh dengar laaa...
tapi lantak la
aku ja nak pk depa...depa tak pk aku pun...anak depa main mercun bleh kan takat aku punya noise vacumm tu apa la sgt kan...

farah225 on September 5, 2008 at 11:49 AM said...

erna,
aku pon tak suka nak beli2 kat param tp hari keje mmg tk sempat.tu hari minggu pulun masak gak.
patutla ayat-ayat hang kat bawah ada mode kang abid,rupanya hang dok layan nobel dia yer.

knv on September 5, 2008 at 11:55 AM said...

betullah memang masak sendiri jauh lagi sedap. walaupun dua dish aje selera gile aku makan okeh! takpayahlah nak pi merapu2 beli yang entah hapa2. dahlah mahal sungguh rega sekarang nih. kalau sedap maybe berbaloi tapi selalunya tak sedap lah.

tapi kami memang harus pi beli kuih muih yang kecik2 tu. kaswi, serimuka, etc. mix n match la. semalam beli roti john ngan kuih taco. sedap jugak. hihihi.. ni yang buat lapar nih!

si akmal lak baru first time posa. everyday pun nak roti jala. so hari ni plan buat roti jala kat umah. pueh hati!

Mrs.Nury on September 5, 2008 at 3:57 PM said...

Param tu pasar ramadhan ker?? hehehe 1st time dgr ni:)Tp bagus jugak u tak suker g param kan even berbuka sorang2..if i kan berbuka sorang2 memang malas betul nak masak sbb tak selera mkn masakan sendiri...heheh bleg ker cmtu??

Biasala erna umah 2tingkat...i pun sama.Mana nak kemas atas..mana nk kemas bwh.Yang paling tak tahan nak mop atas bwh kan kan...

 

Based on Cookie Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template
Customized blog header by Layout.Goddess