Wednesday, September 17, 2008

bee.zee dan kisah tu = two

Today sempena cuti Nuzul Quran, lepas kemas-kemas rumah ajak mak dengan adik datang gotong-royong buat kuih..kihkih..kes terdesak sebab baru tersedar dah dekat nak raya kan.. minggu depan memang tak bleh nak mengulit kuih raya la.. beeeeeeeeezeeeeeeee ngan oda brownies. Yang memang order satu kes, yang waiting list pun ada gak nih..huhuhu. Aku kalau boleh tak nak beri harapan sangat, tapi depa sanggup plak nak waiting list gitu. Isk..isk.. risau aku nih. Bukan apa, takut tak terbuat. So, i dare not take any deposit or payment.. i said wait until aku tengah nak membakar brownies yang dapat aku selit, baru aku sms depa.

Frankly speaking, my so called 'fully booked' dibulan puasa ini adalah separuh daripada capacity yang biasa aku buat time tak puasa. Memang aku terpaksa cut off the production.. sebabnya, awal puasa haritu aku dah tak sihat kan.. so aku takut overwork nanti berulang plak penyakit tuh. Ni pun aku hati-hati je nak makan minum semua. Over sensitive plak tekak aku sekarang nih. Tambah pula aku rasa penat semacam jer puasa kali ni.. maybe sebab aku baru je pindah randah.. then badan nak tune dengan rutin hantar amik Damia from school etc. Selalu lepas amik Damia aku melepek terus di bulan puasa ni..huhuhu cuaca panas terik..memang dugaan la. Walaupun masa kat KT dulu, aku jalan kaki nak amik dia balik sekolah tengahari buta tu, tapi kat sini walau kena bawak kereta pun aku rasa darjah kepenatan tu lebih tinggi berbanding kat KT dulu!

So, tu yang aku tak berani nak amik banyak2 sangat... orang kata bulan ni rezeki melimpah ruah. In actual fact, aku sendiri yang menolak rezeki kaedahnya!huhuhu aku takotttt! Takut tak terbuat lerr.. tu yang aku 'kiv' waiting list. Kalau ikut perkiraan production bulan tak puasa, memang masih ada ruang kosong yang boleh diisi, tapi since aku dah test masa awal-awal puasa haritu..memang slow la production. But,since aku tak 'P' lagi..so, katakan aku 'P' minggu depan.. semua yang KIV tu memang aku jamin buatlah! insyaallah..hihihi

btw, just to share the conversation between Damia ngan opah tadi..masa buat kuih

opah: Opah dulu-dulu selalu tolong onyang buat kuih bahulu. Pukul telur main enjut-enjut. Bakar pakai sabut kelapa! Dah masak tu, kadang-kadang terus ngap! Lepas tu atuk marah le sebab tak puasa!

kami pun pakat la gelak-gelak dengar cerita mak aku @Opah Damia.
then the story carry on until mak aku sebut ni..

Opah: masa tu pakai tangan je semua

then Damia menyampuk

Damia: masa three?

semua terdiam.. *trying to absorb the question mode*???
tetiba aku gelak tak hengat!!!
MasyaAllah.... lawak apa la Damia oiiiii!!!!
dapat tangkap tak apa yang dia tanya?
tu bagi dia ialah TWO!!
itu sebab soalan dia seterusnya masa THREE??? HAHAHAHAHAHAHHAHAHA
dia bleh muka selamba lepas tu..kami tergelak sampai nak terguling..
dia sambung
masa FOUR..masa FIVE!

ADOIIII!! Lawak biskut raya sunggoh!!!
btw, tadi siap la satu biskut raya..hahaha honey cornflakes je pun! Tu pun dah habis sebekas besor dikerjakan lepas buka tadik! Tahan ke idak sampai raya? wallahu'alam!
Tersangatla malas dan tak dapat tune mood buat kuih raya lagi..buleh??

8 comments:

Rizza on September 18, 2008 at 6:58 AM said...

buat2 juih raya.. rajin ko ye... aku memang tak buat pun heheh

cysev3n on September 18, 2008 at 8:26 AM said...

waiting list tu ada nama aku dak? kah kah kah..

Ms Lola on September 18, 2008 at 9:01 AM said...

Ahahahaha.... Apa jenis lawak ni Damia!!!

Fid on September 18, 2008 at 9:51 AM said...

damia!
kahkahkahkah
takut nak cakap ngan damia la macam ni....

MN on September 18, 2008 at 10:07 AM said...

kah kah kah!
klasik sungguh lawak damia!
gelak i pagi2 nih :)

Crazee Choc's on September 18, 2008 at 12:49 PM said...

gitu ler kalau budak terlebih bijak.. hehehe
terkezut opah..

Jungle Playland on September 19, 2008 at 1:51 PM said...

muahahahah!!! Damia tuu memang cheekylaaa..patutlaa Adnan nak kiss jer..huhhu

Nanti raya dpt tak merasa brownies tuu..? dah lama tak makan..

kuireena on September 20, 2008 at 5:53 AM said...

Erna,
Lawak la Damia..heheh
Tula, kids punya pemikiran, mmg tak tercapai dek akal kita..very imaginative, uninhibited..

Btw, pasal kuih ko buat tu, aku rasa taleh panggil kuih raya la, tpi it's kuih Ramadhan sbb belum raya lagi dah abeh kuih.. hehe..

Erna, archive ko mana ek?

 

Based on Cookie Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template
Customized blog header by Layout.Goddess