Wednesday, July 30, 2008

Damia oh damia...


*the tudung too big for her :( but no choice, dah habes semua.. L je yang tinggal*

Damia dah start sekolah.. kat Cambridge Al-Ikhlas. Kena la pergi awal-awal sebab start 7.30 (dalam pukul 8 baru mula rasanya tapi depa inform parents 7.30 since ramai datang lewat- taktik janji melayu lerr.. :P)

Baru masuk 2nd day, aku keluar dalam 7.30 gitu. Tak dapat nak keluar awal lagi sebab jenuh jugak nak paksa dia abihkan breakfast dia (kena paksa sebab Damia ni memilih sikit nak makan kat sekolah, aku takut dia tak makan kat sekolah nanti, sakit perut plak berlapar nak tunggu habis pukul 12.30) Aku rasa okey la bleh sampai dalam pukul 7.50 macam tu (yes! 20 minutes penangan trafik pagi2 itu! kalau line clear 10 min udah sampai!) Takpelah, lagipun ada polis jaga pagi-pagi.

So far so good! Dia suka jer.. so today aku dah settle bill semua. Huhuhu...kopak kobana lagikk!! takpe, ni aku tak kompelin! sebab untuk pendidikan anak-anak. No kompromi! Pasal jauh dari rumah aku ni pun nanti sure ada mulut2 yang berbunyi sok.. so aku akan sediakan mental aku untuk menjawab apa-apa yang patut! hahaha... demi anak-anak aku tak kisah la.. walaupun aku ala-ala kelam kabut terkejar-kejar tiap pagi. Maybe sebab aku tak terbiasa lagi.. esok2 alah bisa tegal biasa lah jadinya kan!

P/S: Sapa-sapa nak SATC nih? set date and time! Aku pun nak kena plan gak if jadik. Hari apa yang bulehnya? :D

5 comments:

Ms Lola on July 30, 2008 at 5:49 PM said...

Ala comei nye Damia. Eh beb, nak tanya Lil Caliph tu ada branch/franchise kat tmpt lain?

About SATC, aku boleh AHAD ni.

rizza on July 30, 2008 at 6:05 PM said...

comel nye....

Erna on July 30, 2008 at 6:32 PM said...

Lola, lil caliph banyak franchise tempat lain jugak..cuba hang browse. Nnt aku bagi link..
SATC ahad? cantekkk! aku pun husbandless ahad nih!

Marisa on July 31, 2008 at 8:51 AM said...

Erna... nak tanya ni... berapa fees kat cambridge al-ikhlas?
kalau confidential... boleh email tak...
jauh sgt ke dr rumah ko erna? anak sedara yg dok bukit jelutong pi CEC

Erna on July 31, 2008 at 10:51 AM said...

marisa: fees monthly? rm300. Tapi mula-mula reg plus semua mak nenek fees dalam 1.7k (ni aku start bulan 8 yerr..kalau dari awal tahun aku tengok dlm 2.5k gitu huhuhu) Tapi that includes fees bulan november and december. December depa tetap ada school (which i like it!) instead of just dok umah tak tau nak buat apa. At least ada prog cuti sekolah dah.
CEC aku dah tanya..full. But feedback from my uncle yg hantar anak dia situ, Bahtera lagi bagus daripada CEC tu. But kami tak pilih antara dua tu instead kami pi Al-Iklhas Cambridge tu :P
Tak jauh sangat.. dalam 10min sampai le, tapi pagi sebab jam dengan org nak pi keja. Slow le skit traffic.

 

Based on Cookie Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template
Customized blog header by Layout.Goddess