Wednesday, May 7, 2008

My Oreo Marble ciskek :P

Tatau sapa punya bday ni..depa yang kecoh! depa yang tiup lilin bagai.. :P tapi depalah buah hati pengarang jantung kami.. layanzzzz!
Potong je la daddy, lilin semua dah kena tiup..kek tu pun nyaris depa yang nak rasmikan potong tadik :P

Dah pukul 2 lebih aku still tak buat kek tu semalam..kelam kabut dok korek resepi sana sini.. kesnya cream habis..huhu tapi nak buat choc cake rasa dah tak lalu plak sbb ada lagi choc cake balance orang oda weekend haritu. Tu yang nak buat ciskek gak.. last2 jumpa la resepi kata ada cream boh, takde kalu just omit. So, aku pun dengan cargas mengaktifkan diri di dapur. Gasakle, bak kata cikgu aku(Yatt) "weii! ciskek nak sedap kena la 8jam masuk fridge, ni nak kasik malam ni, kul 2 baru ko nak buat?" muahahaha! hamek! padan muka aku! belasah je la..aku reply kat dia " takpe la..janji ada. Karang kita suruh dia posing je..esok baru kasik makan,bley?muahahaha"

So, bersilat la aku kat dapur tu, siap shortcut semua (resepi kata simpan base dlm petisejuk 20min, aku belasah simpan kat atas tempat freezer 5 min kahkahkah) sementara tu bancuh creamcheese semua..siap bancuh aku kuarkan base, curah dan bakar :P Dalam pukul 4 gitu siap masak..wah!!! cantiknya kek aku!! (perasan kejap!) aku ekceli takut gak bakar ciskek ni sbb sensitive kan..tu pun resepi kata guna baine marie, tapi sekali lagi aku belasah bakar buta2 gitu jer mcm kek biasa :P Jadik gak pe! cantik gitu!

Then sementara tunggu sejuk, pening kepala nak icing ke idak.. dah cantik marble tu tapi alahai..kek besday kan! kena la ada mekup2 skit.. hmm..kek panas lagi tu..so sekali lagi aku shortcut, masuk terus dalam fridge! gasakle rosak petiais tuan rumah ni hahaha.. alahai, takde la panas sgt lagi tapi suam2 gitu hehe

Sementara tu aku buat ganache semua.. siap aku curah atas then tabur je almonds. Niat asal nak boh strawberry tapi takde :( puas cari kat giant malam sebelum tu,takde. Yaya pun dah tolong aku berkomplot tolong cari kat kedai lain, tapi takde gak..so tak dapekla nak berstoberi semua..
Apa yang termampu aku hias la..hehe

Pukul 7, bday boy balik... siap mandi, solat maghrib semua..dah siap2 nak pergi dinner. Sebelum tu, since Danish dah pergi cocok2 kat kek aku tu,before terjadi apa2 baik la aku suruh bday boy posing hehehe kesnya, aku caught in the act tangan dia penuh choc, then kat mulut dia pun ada kesan choc...aku pun aik? musykil ni..aku tengok lampu dapur terbuka, hohoho...berlari aku ke dapur tengok tepi kek tu dah kena korek!!!!! huhuhu...DANISH!!!!! adei, mujur la tepi kek..kalau kat tengah kek tu dia cocok? sudahnya kami pun sessi 'eppi bday to you' la kejap hehe
Potong sket la rasa.. opps! aiseh "Rasa cheese sgt kan?" aku tanya bday boy.. ha'ah..sedap le.. aiseh, ni aku tak berkenan sangat. Sbb takde cream tu kot. Oklah.. pergi dinner. Balik tu nak makan lagi tapi tak bleh masuk la pulak perut dah penuh.

This morning, breakfast aku bantai try makan ciskek ni hehe..nak rasa jer. Sekali, fullamak! sedap weihh!!! (hahaha sekali lagi aku naik lif tekan sendiri!) takde plak rasa cheese kuat mcm malam tadi. So, that's why my ticer Yatt dah bagitau, kena simpan at least 8 jam baru rasa tu blend! And it end up, kami belasah breakfast ciskek pepagi buta tadi hahaha...budak2 takle..depa makan roti. Kami yang tua2 tak sedar diri ni dengan selamba breakfast ciskek ngan air nescaffe panas...arghh! nikmatnya!
Original recipe called "Oreo Cheesecake" but after modification by yours truly (gatal tangan nak marble atas dia hehe so aku bagi nama baru "Oreo Marble Cheesecake" =)
before 'mekup'
after 'mekup'
p/s: Err.. one slice of this cheesecake specially dedicated to our friend Sis Anamiraa =)
semoga 'temperature' turun hehe
Resepi: (by kak zanaz)
250gm cream cheese
3 sdb sugar - ku guna icing niway tak kisah le caster ke icing gula ni ku men taruk ikut citarasa
2 biji telur
50 gm fresh cream/ yogurt- optional (ku nyer style ada klu ..ku taruk, tak ada tak yah taruk
20 gm tepung gandum
1-2 sdb lemon juice - ikut kesukaan sendiri le
base nye plak 6-7 keping digestive - boleh ganti oreo ke, chipsmore ke, choc chip cookies ke, marie ke...whatever
+- 3 sdb butter melted.
utk buat base...hancurkan biskut tu... then taruk melted butter dan kacau. kira butter cukup bila dah boleh dikepal . tekan dlm loyang 7 inch dan sejukk dlm peti ais 30 min or more.
utk filling...emmm lagi simple...beat cream cheese ngan sugar sampai sebati dan smooth. pastu masukkan telur sebiji demi sebiji. bila dah smooth masukkan fresh cream or yogurt serta tepung dan kacau sebati. eh lupa plak...masukkan skali lemon juice tu yek. then amik biskut oreo 3-4 keping dan patah2kan dan kacau perlahan2. then tuang adunan cream cheese ni ke base yang dibuat tadi. bakar dlm preheated oven pd suhu 160C selama 50 minit. Aku bain marie cara rinnchan. letak satu loyang berisi air panas pada rak yang bawah dan letak cheesecake pada rak ke 2 .
Basically tu la resepinya..memang mudah! cubalah! tak sampai 30min siap (minus yg kena masuk fridge base semua la..kalau ikut style shortcut aku tu cepat le kihkih.
Tang nak marble, amik je skit adunan tu, then campur dengan coklat cair (again aku shortcut guna choc emulco setitik gitu :P) then curah garis2 atas adunan yang dah boh tadi..then lorek2 ikut sukak! Pehtu bakar.
Lagi satu, rasanya kalau oreo biskut tu, buat susunan pun menarik gak..kira setiap potongan dapat le.. maknanya,curah separuh adunan atas base, then susun biskut oreo sampai penuh loyang, then curah lagi baki adunan. Maybe cara tu sekata skit oreo dia..hehe. Tapi aku tak terpikir lak nak buat camtu semalam..takat pecah dua then campak terus jer.. whichever way pun okeh! And another thing, aku guna loyang ciskek paling comel 6" sajor..

6 comments:

knv on May 7, 2008 at 12:00 PM said...

kahkahkahkahkah! mekasiiihhhhhhh...

err.. mana nak dapat itu recipe ekk? boleh bagi kaa?

:))

sedap sungguh nampaknya...errmm.. ni nak pi buat nescafe... cicah jari ajelaa...hahahahaha!

Rizza on May 7, 2008 at 1:18 PM said...

amboi..tomel nye kek ko..hehheh

happy b'day to faizal!!!

Erna on May 7, 2008 at 1:24 PM said...

ana, resepi sudah tepek..sila la mencuba hehehe
Thanks za. Comel..cukup la utk kami ber4 tu =)

cysev3n on May 7, 2008 at 3:35 PM said...

/tarik nafas dalam2..
aku nak ada jurus tenaga 8 simpang baru bley start bikin kek ni.. keh keh keh..

/resepi kek kukus ada pisang yg hang bg dulu pun tak try lagi.. boleh?

Ms Lola on May 7, 2008 at 4:15 PM said...

35th, ya? happy birthday en faizal.

Erna on May 8, 2008 at 9:49 AM said...

yan..hahaha... jurus ke berapa baru bleh start baking? :P
lola, thanks!

 

Based on Cookie Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template
Customized blog header by Layout.Goddess