Thursday, April 17, 2008

berakhirkah?

Ahad lepas, ntah kenapa aku mempunyai semangat untuk cuba stop bf Danish. Sebelum ni memang aku tak sampai hati. Kalau sebelum ni aku dah berjaya stopkan dia bf siang, cuma malam saja. Tapi masa kat Nihon, aku start beri dia as and when dia nak jer tak kira siang or malam. Sebabnya, makan kat sana tak menentu dan kadang2 dia makan kadang2 tak.. so takut dia tak cukup makan so aku suakan aja bila dia nak bf. (termasukla dalam densha (train) yang penuh orang tuh! hohoho.. nak tak nak aku terpaksa bagi jugak! walaupun keliling aku penuh orang berdiri mengadap aku yang duduk masa tu..nak buat macam mana! daripada Danish menjerit satu train tu dengar!)

Tapi anak aku yang baik ni macam faham-faham je..sampai Msia je dia takde plak mintak nak bf siang pada aku. So, last week tu memang malam je la. Sampai je rumah ahad lepas, malam tu dia makan banyak jugak la..dah habis makan nasi, dia makan satu roti gardenia tu..maybe rindu roti msia kot..hehe..so malam tu dia tidur sendiri tanpa bf! The next day terus aku plan nak teruskan ajar tidur tanpa bf jugak.. aku pun bagi la dia makan semua tapi tak le sebanyak semalamnya tu. Dia pusing2 macam nak tapi last2 tido sendiri. Aha.. macam orait yer.. tapi 2 malam tu, dah nak ke subuh tu dia bf jugak.

Menurut pengalaman Nor, dia stopkan Hafiy dulu terus je day and night tak beri bf, selama 3 hari la Hafiy mengamuk dan marah tapi lepas tu ok dah.. so aku pun ingat Danish macam tu gak le. Cumanya aku tak buat macam Nor, terus stop day and night..tapi aku gradually pelan2 gitu..hoho..tak sampai hati aku ni! Malam selasa pun dia setakat merengek2 tendang2 aku ja..(dah tambah kemarahan dengan tendang pulak! uhuks!) Terus tertidur gitu, tapi pagi still dia dapat selak dan bf.

Malam tadi, aku target should be ok dah.. sekali dia punya mengamuk tak hingat donia! hohoho.. aku dah ala-ala nak cair jer tapi sebabkan dah separuh jalan nak ajar dia tidur without bf gitu, nnt aku tak sanggup plak nak start dari awal lagi.. aku terpaksa keraskan hati. Sampai dia turun katil merajuk masuk bilik air..puas laki ku pujuk takmo, sudahnya aku amik baru dia nak. Terus aku pass pada laki aku, dia pun terlena lepas laki aku dodoikan sambil selawat pada dia semua.

Tengah malam gitu dia mengamuk lagi mencari aku..huhu..sekali lagi aku rasa cair. Dah nak selak tapi laki aku kata sabar. Huhu..ni la yang Nor dok sebut kena keraskan hati..buat 'derk' jer.. alahai! kesian la pulak.. Sudahnya dia tertidur semula.

Aku perhatikan, mcm malam2 sebelum tu, dia tido without bf tu tapi nak ke subuh tu dia cari, aku bagi tapi dia tak bf lama! Maknanya dia just nak ada 'benda' tu dalam mulut dia.. bukan nak bf sesungguh or sebab lapar ka. Kejap ja lepas tu dah lepas.. tu yang aku berani nak teruskan misi dan target untuk tak beri dia bf bila dia minta yang nak subuh tu. Target aku lepas ni nak ajar dia tidur sendiri pulak la..

Sambil dia nak lena tu, aku bisik2 kat dia kata "Danish dah big boy..Danish clever boy..Danish tak payah meme mommy dah..." Dia buleh angguk2 lagi tuh! Tapi bila sebut tang meme, lepas tu teruih dia teriak dan start cari aku semula! hohoho... sedih benar bila aku sentuh part tak payah meme tu.. alahai sayang! Mommy tau Danish boleh! Danish dah big boy! Danish akan mula belajar tidur sendiri nanti.. ok sayang?

Malam ni, malam ke-5. Tak tau macam mana reaksi dia lagi..harapnya dia semakin faham. Siang-siang pun aku peluk dia, aku bisik dia dah big boy..tak perlu meme mommy semua. I know you can dear!

My own ref:
1st Feb - stop bf siang
29 Mar- 8 Apr - bf siang-malam semula
9 Apr - bf malam je
13 Apr - stop bf nak tido
16 Apr - stop bf sepanjang malam

3 comments:

Rizza on April 18, 2008 at 8:28 AM said...

caya ko...hehhe

aku le ni dah dekat 2 minggu hassan tak bf siang (mula dari 2april 08).. mlm2 tu je....tu pun sikit2...aku tak nak wat drastik..slow....tapi cik abg le dok kesian kat anak dia ni..hehheh ikut hati aku..memang dia dah boleh cuba tak bf mlm2..hehhheh ..nanti le aku story2 kat blog next month..hehhe

good boy danish!!!

mommy nye pun..well done!!

Erna on April 18, 2008 at 4:36 PM said...

tu le za, aku ni kalau tengok balik date tu..memang lama dan slow and steady sunggoh..hehe.. kesian yang lebih. Tapi alhamdulillah malam tadi dia ok..
Insyaallah Hassan pun ok nanti tu..

Crazee Choc's on April 21, 2008 at 1:10 PM said...

ok la tu erna.. danish pun dah besar....

 

Based on Cookie Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template
Customized blog header by Layout.Goddess