Wednesday, August 5, 2009

Entry khas buat CY - laporan parttimemaid

Entry khas buat CY.. disebabkan boss takde dan aku mengantuk yang amat hari ini, maka aku pun menerima jemputan CY untuk buat laporan promotion FREE untuk parttimemaid.com :D

Anyway, aku mula menggunakan khidmat depa ni sejak bulan Julai tahun lepas. Mas tu kan baru pindah Shah Alam semula. Kami pula sewa rumah yang baru siap i.e rumah baru yang tak pernah ada tenant sebelum ni. So, keadaan rumah memang bau cat, bau construction dan segala habuk construction semua lah! So, browse2 tenet jumpa parttimemaid.com nih..so kami pun cobalah. Amik 3 jam kot, but then sebab nak bersihkan rumah baru so perlu lebih masa. Sudahnya, bila kami tanya maid tu sempat tak? dia kata tak cukup..So, kami call office dia dan mintak tambahan waktu lagi. So, itu salah satu kelebihan juga di mana kita boleh tambah waktu jika mereka ada extra time dan jadual tak penuh la..but ada la few times yang terjadi kes tak sempat siap ni, dan bila kami call untuk tambahan alhamdulillah dapat.

Perkhidmatan mereka termasuk la menghantar dan mengambil pulang maid itu. Tapi tidak termasuk barang-barang dan alatan mencuci i.e sabun, kain lap, berus, mop dll. Jadi, charge tersebut adalah untuk tenaga maid dan transportation. Alatan mencuci kita harus sediakan sendiri ye puan-puan. Takdelah nak sediakan yang vadevasss punya alatan.. macam kami apa yang ada kat rumah tu, itulah yang kami kasik dia guna... vacuum, penyapu (luar&dalam), berus lantai, mop, sabun toilet, sabun lantai, kain lap dan sebagainya.

Maid yang mereka hantar semuanya Filipino (ni pengalaman saya, tak pernah lagi mereka hantar Indonesian). Tapi jangan risau mereka ni bleh faham. Mereka bleh bertutur dalam bahasa Inggeris. So far puas hati la dengan khidmat mereka. Ada la sekali kot yang kurang cergas gitu.. maybe dia dah penat kot. Tapi still bersih. Tapi sekali jer, yang lain semua buat kerja licin, bersih dan macam lipas kudung. Sebab di awal kerja kami dah brief apa yang perlu dibersihkan, so mereka sebolehnya nak completekan bersih semua yg kita cakap tu. Kami kagum gak la sebab mereka boleh bersihkan rumah kami atas bawah sampai porch dan grill rumah pun dia sempat bersihkan. Alhamdulillah... pinggan mangkuk kot ada dalam sink pun depa akan cucikan. Usually if yang kerja tip-top En.Suami akan kasik 'tips' pada depa. Yer la kan, kadang tu kesian gak tengok kerja non-stop 3-4jam.. aku ada gak tanya2, katanya lepas ni ada lagi rumah lain etc. Kadang depa tak sempat makan pun. Kami pernah pelawa sorang ni makan sebab masa dia buat tu in between lunch time, tapi of course depa tak nak. Dah kena ajar camtuh. But air mereka tak tolak. Haus ko dok menyental bilik air semua! :P Depa pun manusia gak kan..

Ada sekali kami tak dapat amik mereka sebab fully booked! So, kami cuba yds. But, sad to say pengalaman pertama kurang memuaskan. Masa tu aku takde sebab kerja. Yang ada en.Suami ngan mak mentua kat rumah. So aku dengar feedback dari en.Suami la..dia tak puas hati. So, last month we back to parttimemaid. Maybe kebetulan yang kami dapat tu kureng memuaskan kot. Sudahla first time cuba, Big Boss plak tak puas hati..so sorry to say la.

Parttime ada pakej jugak. But kami tak amik sebab tak nak commit that exact time. Sebab once kita takde, masa depa nak datang tu kira hangus! So, we prefer on demand sajor! Tapi risk dia kadang fully booked untuk time yang kita nak tu. Kami biasa amik sebulan sekali la.. Sebab rumah pun tak jejas apa sangat sebab malam je ada orang :P tu pun selalu balik, mandi terus tidur. Then, kami sendiri vacum selalunya. So, takat nak cuci dan sental bilik air, tingkap semua la panggil depa ni.

Begitulah kisahnya... ok tak CY? Sebarang pertanyaan boleh la diajukan, sebelum kaunter pertanyaan tutup :P

Oleh sebab entry ni tentang cuci-mencuci..so bleh la aku buat tag oleh Cik Hana kita..(langsai hutang tag yer!)

1. Bila kali terakhir anda cuci toilet?
errr... tak ingat bila :P Bab cuci mencuci aku memang allergic. Allergic pada sabun (since mostly all floor cleaner agak strong, tangan aku akan luka-luka sampai berdarah. Hatta sabun nak cuci pinggan pun yg aku boleh guna limited) So, sejak kahwin ada la 3-4 kali kot cuci toilet..then dek kerna luka dan allergic di tangan isteri terchenta hingga terpaksa ulang-alik jumpa dermatologist, Suami terchenta tak kasik aku cucik toilet dah!

2. Pencuci apa yg anda guna?
Tak ingat..tapi yang ada kat rumah tu untuk digunakan oleh cleaner- kleenfloor kot.

3. Dalam 1 minggu berapa kali anda mop lantai? kenapa?
Bergantung pada cleaners haha..kalau ikut wajib 1 bulan sekali la sejak anak2 dah besar ni. (Dulu masa anak kecik2 selalu jugak la seminggu few times) Now, most of the time kami akan vacuum jerk. Once cleaner datang baru mop satu rumah. Unless ada tumpahan or muntah'an yang berlaku :D

4. Apa tugasan anda sebelum menjelang malam?
Saya sampai rumah udah malam..kalau menjelang malam tuh aku dalam LRT lol!! Usually sampai rumah akan golek2 layan anak2. Baca buku dengan depa or layan depa main etc. Then hantar depa masuk tidur by 9.30-10.00. Lepas tu baru mandi, tengok tv or selalunya akan terus zzzzzzzzzzzzzzzzz.

5. Apa menu hidangan makan malam anda yg paling simple?
Roti ngan air milo

6. Minuman yg anda buat setiap pagi?
Milo Junior for Danish. Milo Gold for Damia.

7. Sebelum tido apa yg anda lakukan?
Check FB tru phone hehehe.. both en.suami dan aku akan buka phone masing2 :D Streamyx kat rumah belum masuk lagi..so tru phone sajor

8. Sapa saya nak tag?
korang semua dah buat pun..

4 comments:

cysev3n on August 5, 2009 at 5:20 PM said...

thank you bebeh.. akan ku link kan :)

pinkytoe on August 6, 2009 at 9:46 AM said...

KAKAK OII ritu en suami mai opis aku.hahha puas aku ngelak tak nak masuk meeting sebab nanti fikiran tak concentrate asik tingat kat ko aje. hahahha..

Erna on August 6, 2009 at 10:06 AM said...

CY- sama-sama
pinky- weih! hahah yer la dia cakap ada meeting ngan HDC arituh..awat hang tak cakap kat dia? dia lupa la tuh..walhal kan dah jumpa masa kat sogo dolu2 tuh :P

Aiza Azril on August 6, 2009 at 11:33 AM said...

haa kc pun nak kena carik part time maid ni, yg ada ni dah larikkkk...huhuhuh....penat dok menyental toilet dua hari ni.....

 

Based on Cookie Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template
Customized blog header by Layout.Goddess