Friday, December 19, 2008

Sekian lama menyepi..

cewah!! macam lama benor.. seminggu lebih jerk.. adeii!! sebenornya aku kasik totop ini blog sebab aku takde masa nak hapdet hokeh!! hikhik..sorry lerr.. ada few (few jer, idak le ramai..sila jgn perasan yg ramai org baca blog anda! pesanan utk diri sendirik :P ) ada la beberapa orang yang sampai personal message pada saya (melalui pelbagai laluan komunikasi :D) bertanyakan password kepada blog ini..(terima kasih yer sudi baca cerita merapu saya!) ya ampon!! seperti yg tersebut di atas, sebab utama saya menutup hanya disebabkan saya tidak membuat sebarang entry terbaru.. (mak malu ler lama-lama pampang facts&quirks and also gambar 'kojol' mak tu kan!! )

Anyway, aku agak busy yang benornya.. as per stated dalam salah satu entry dulu, lepas raya haji aku mula projek katering kan?? ecewah!! katering!! kahkahkah... macam banyak benor la yang di'cater'.. dalam 10 orang jer!! well, starting last monday aku mula masak untuk en.suami dan juga staffs.. Oklah, sapa yang miss entry dulu, sebenarnya aku ni tetiap pagi akan masak lauk&nasi&sayur untuk en.suami.. kesian dia sejak kerja KL ni dah susut sangat. Then, kat OU tu apalah sangat yang nak dimakan hari-hari.. sekali-sekala bleh la nak makan kat restaurant yang ada tu..kalau dah hari-hari..mau tak termuntah!! bukan ada kedai jual nasi ikut tekak kita pun! Lagi satu, mahal jangan cakap la.. foodcourt?? NO for my hubby.. reason? 'abang tak lalu nak makan..bang** dan in*on je yang masak!' hikhik.. ala yang..cakap je la i masak sedap, u nak i masak kan?kan?kan? :P

So, itulah kesahnya.. bermulalah episod aku bersilat pagi-pagi untuk bekalan suami tercinta ;) Dek kerna teruja melihat en.suami makan dengan penuh selera di sebalik file-file di ofis.. akhirya pada suatu hari ada yang berani bertanya.. 'boss, if we want to request your wife masak untuk kami jugak boleh tak?' uhuks!! mula2 aku dapat sms dari hubby memang aku gelak sakan hokeh!! aku ingat depa main-main jer.. until one day bila aku pi ofis dia, depa sendiri datang tanya aku huhuhu terkedu mak!! Biar betol korang nih!! bukan pernah rasa I masak! ada yang sakit perut or tak sedap buat naya jerrkkk!! They replied 'ala..brownies sedap! Then tengok boss makan nampak sedap jerr!' adoiyaii!! bleh main tengok2 jerk! :D at last, aku pun setuju la.. dengan syarat 'tak dijamin sedap!' kahkahkah

Last Sunday, aku pun beli la segala keperluan seminggu kat Pasar Tani Mega tuh.. start Monday bermulalah episod baru dalam hidup aku sebagai 'Erna si Penjual Nasi Campur' - terasa macam Azzam si penual bakso pulak! lol!! gelak la korang!! Damia punyalah banyak soal bila tengok aku pack nasi2 + lauk2 pagi-pagi.. sibuk tanya nak buat apa etc.. Aku jawab nak pergi jual.. 'oh!! berapa? kat mana?' hihihi.. so excited eh Damia! Aku jawab, 'kat office daddy..mommy kena cari duit banyak-banyak sebab nak sekolahkan Damia & Danish. Damia kena belajar rajin-rajin nanti dah besar masuk Uni, kerja bagus-bagus..then bleh tolong mommy dah tua nanti.. Dah tua mommy tak larat nak jual nasi dah. :P'
Then bila lalu tepi jalan, dia nampak la orang gerai jual nasi lemak..'mommy nak jual macam ni ek?' hah??? adoyaii!! ha..lebih kurang macam tu la Damia. Tapi ni mommy jual terus untuk orang :P konsep yang sama tapi nasi-nasi mommy ni semua dah ada orang punya :D kesian orang tu kan, kena berpanas berhujan sebab nak carik duit untuk bagi anak-anak dia sekolah. Damia pun sama..kena bersyukur dan belajar rajin-rajin tau!

Apa ek aku masak?? Btw, aku minta mak aku join sekali jugak..sebab aku ada plan yang lebih besar 2009 nanti..so, kalau aku takde peluang/kesempatan untuk meneruskan jualan nasi campur ni, mak aku bleh take over ;) Aku harap korang doakan untuk aku yer..Semoga 2009 bakal memberi satu dimensi baru dalam hidup aku ;) Kalau takde rezeki aku..maybe aku akan perluaskan business nasi campur aku nih hahaha..ada sesapa nak oda?? bleh aku buat delivery terus ke ofis-ofis waktu lunch ;) no msg added! animal free home! home cooked meals! Halalan Toyyiban!

Oh, just for my own ref.. (nanti aku dah tua, bila aku selak2 blog aku ni..akan tercatat kisah aku si penjual nasi campur..bleh tunjuk kat anak cucu ;))
Isnin- Nasi+ayam masak merah+sayur campur
Selasa- Nasi+gulai udang masak lemak&tomato+goreng bayam+jagung muda.
Rabu- aku break untuk sesuatu yang ku harapkan.. doakan yerr!!!
Khamis-Nasi+ikan tenggiri masak kicap lada hitam+sayur kacang buncis&carrot
Jumaat- Nasi+kari ayam&kentang+sayur bendi.

Sabtu, Ahad dan cuti umum aku cuti ;) So, begitulah kisahnya. Seronok jugak..especially bila dapat feedback daripada staff semua..syukur alhamdulillah. Brownies? yes, aku buat lagi.. aku buat la petang/malam gitu. Dalam pukul 9 pagi gitu, aku tukar topi tukang masak aku kepada topi 'supir' pulak ngeeee!!! Hantar en.suami ke ofis lerr! Begitulah rutin harian aku sekarang nih.. kejap tukang masak..kejap supir (ni banyak kali jugak dalam sehari- damia pergi(8am) balik(12noon) sekolah, then hubby pergi(9am)-balik(8pm) kerja)..kejap ammah cuci baju :P

Okeylah.. aku nak kena buat next week punya menu. Then nak list out barang-barang yang perlu dibeli di pasar&budget. Selamat berhujung minggu!!

18 comments:

knv on December 19, 2008 at 4:22 PM said...

na,
nanti datang opis kaknon. ayam masak merah punya menu. berapa sebungkus?

isnin ni okey?

Fid on December 19, 2008 at 4:30 PM said...

erna
aku baca aku penat

tuh kak non dah oda

aku kat opis ada akak ni pun buat nasi campur
tapi jual utk kami2 ja

aku amat menyokong perniagaan hang ni
teruskan

aku doakan terus maju jaya

projek 2009 tu apa ya???

hahahaa

tapi serius aku baca aku penat.....

bila masa ang rest???sila jawap!

mommyashvin on December 19, 2008 at 4:47 PM said...

yup, betul tu more tiring than 9-5 job. nak tahu gak, projek 2009 tu? cari keje kah? break tu utk attend interview kah? hikhik..pandai2 je!

apa2 pun brownies sales should go on!

MN on December 19, 2008 at 4:48 PM said...

wah..marvellous!!!
all the best erna...
projek baekkk ka next year ni?
(erm, benda yg you tunjuk masa kat rumah hari tuh ke???)

apa2 hal..all the best!

cysev3n on December 19, 2008 at 4:53 PM said...

alaaa..reveal laa.. reveal la.. aku telan air liur je baca menu kau tu.. kakaka..

Anonymous said...

pergh! sudah tentu dijamin shodap la beb! aku kagum! all the best beb...
btw, hang rest hari Rabu tu utk apa beb? ;p -->kepochi tak haku? kakaka
and one more thing yg harus aku tambah...kalu haku jadik Damia kan...aku akan tambah satu soklan kat hang beb...jual nasi campur boleh beli LV banyak2 tak mommy? ngeee;p ---> bakal bertambah la koleksi LV hang beb! all the best beb!

mommyashvin on December 19, 2008 at 5:54 PM said...
This comment has been removed by the author.
Rizza on December 19, 2008 at 8:34 PM said...

erna..

dasat2.. syabas!!! dan good luck!!!
aku pun sokong ko wat cater tu... teruskan usaha anda!!

Erna on December 19, 2008 at 11:01 PM said...

kak non: hikhik..isnin depan menu lain kak non..setiap minggu tukar menu. cewah!! yo yo ooo je kak non ni tau :P

Fid: jawapannya-ntah? bila rasa nak rest aku rest ler :P yg penting malam tido hehe

valli: ha..tau pun, pandai2 je :P hahaha.. apa dia, akan diberitahu bila dan jika perlu nnt ;)

aida: hehe..gigil2 lagi tangan if yg u tengok harituh :P

Yan: jaga-jagan jangan sampai tersedak air liur sendiri :P

za: hang memang keji!! kepochi??haha takpe aku tau hang memang kepoh! lol!! tapi aku takmo bitau gak :P
weeii! cuba hang kira berapa tahun aku nak jual nasi campur baru dapat sebijik lv?? cuba habaq mai kat aku sat!! adoyaiii!!! macam la lv tu ratusan hengget! huhuhu.. cucik mata sajalah!

rizza: thanks beb! alahai..bukan aku nak buat pun..sekadar tolong mereka2 di ofis tu ja..kesian depa makan lauk dah boring.. mahal plak tuh. Alang2 aku memang masak utk laki aku..Berbakti dan beramal gitu ;)

pinkytoe on December 20, 2008 at 1:13 AM said...

uWAAA..SAKIT ARI ARI AKU GELAKKK..woi..aku nyer opis kat sebelah One World tu, rasa-rasa boleh include kan aku dak? Tapi kan, aku ni tengah MC sebulan, tahun depan kalau order masih on, aku calling2 ko ok!!

pinkytoe on December 20, 2008 at 1:16 AM said...

aku ada satu idea, ada orang yg aku kenal owner mangkuk tingkat.com. apa kata kalau ko betul serius, aku soh dia survey kat ko jugak. Kalau berjaya jadik usahawan berjaya, itu LV jgn la lupa pas kat aku.2nd hand pun takpe..hahaahhah (gelak-gelak gak serious ni tau). call aku kalau ko minat la

farah225 on December 20, 2008 at 6:39 AM said...

erna,
memang marbelles!kagum sungguh aku ngn hang rajin bersilat pagi2 kat dapur.heheheeheh.
aku pon nak tau gak mende projek 2009 tu?share ler.aku pon nak kepochi gak ni.heheeheheh

Ms Lola on December 20, 2008 at 8:27 AM said...

kau mesti nak keja thn depan, kan kan?? aku belasah je dik non.

ALL THE BEST, beb!

Crazee Choc's on December 21, 2008 at 5:36 PM said...

alamak!! terlewat plak baca entry erna kali ni.. Ya Allah.. bz nya!!! aku mmg kagum sungguh dgn org yg bgn awal pagi masak ni... kalau buat breakfast aku tahan lg la sbb simple.. ni utk lunch. kagum.. kagum....

apa agenda tu? nanti bila dah bersedia.. reveal okeh!

kaezrin on December 21, 2008 at 10:23 PM said...

kalau aku SAHM pun aku rasa x mampu nak buat cam hang ni.. :P

Erna on December 22, 2008 at 10:53 AM said...

raihan: lorr..opis hang kat situ ka?? buleh..buleh hikhik.. aku tau yg mangkuktingkat tu.. aku suh gak mak aku pi kursus dia. As for me, tengoklah hihi..kalau betul aku nak get serious harus la bleh mencuba..or else i can just do like this kecik2 dulu ;) thanks!! nnt apa2 aku bleh la contact hang!
weh!apesal hang mc sebulan???

farah&lola: thanks beb!! tahun depan? ntah? haha

marisa: belasah aje marisa.. sama je ekceli..instead of bersilat tengahari, aku bersilat pagi2 :P

elin: hikhik..insyaallah buleh ;)

mamaDhea on December 22, 2008 at 11:42 AM said...

oo.. patut laa senyap jek blog.. ingatkan dh privatised dh.. mmg klu this week tak bole jugak terjah blog ni rasa nak email/sms jek mintak di jemput.. hihi..

btw, cayookkk laa utk new projek & ape laa agaknyer BIG projek 2009 tu yerr.. tak sabar jugak nk kepoh-kepoh nih.. ;)

knv on December 22, 2008 at 1:03 PM said...

ehh, mananya nasik lauk ayam masak merah gue ni? tak sampai2 punggg!!

 

Based on Cookie Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template
Customized blog header by Layout.Goddess