Danish cakap 'Thank you aunties!!' ;)
Semalam takde la celebrate apa sangat.. pagi aku buzy siapkan brownies untuk diposlaju.. aku kena cepat sbb lepas bake, topping etc kena pack terus dan kejar ke poslaju office before tutup pukul 5. In between that aku bancuh satu chocolate cake dan buat dalam cupcakes. Selesai semua pukul 4. Cuppies sempat curah coklat jer..tak sempat deco. Takut poslaju tutup, aku terus siap2 hantar d&D rumah mak jap dan terus ke poslaju. Settle.
Then aku terus ke DEMC. Tu pasal aku tak bawak d&D..kalau idak mau satu hosp depa merayau..esp budak yang baru masuk 3 tahun itu!! aduss!! sapa cakap only 2=terrible 2. 3 is even worst! hahaha Punyala banyak akal..dah banyak sket cakap dia walaupun pelat2..tu yang lagi geram! lol!!
Anyway, back to the story, alhamdulillah selesai semua operation anak KakNon. Penerangan selanjutnya tunggulah dia bercerita lebih lanjut nnt kat blog dia. Yang penting syukur alhamdulillah semua selamat. Akmal Faris pun tidur je lagi masa aku sampai semalam..kesian dia. Semoga semuanya ok selepas ini dan didoakan semoga Akmal Faris cepat sembuh ;)
To kakNon & family, take care and be strong. Syukur semua dah selamat..
Then aku ingat nak balik terus, teringat plak belon 3 yang bocor. Kisahnya aku beli belon tu hari sabtu, untuk small party hari Ahad.. pagi ahad bangun tengok dah kempis..satu lagi belon elok megah berdiri!! hangin lerr! Tapi tak dapek buat apa sebab kedai tutup. Kami sempat jugak round kat kedai in case ada orang but takde. Nak berkejar ke caw USJ tak sempat..sudahnya majlis berjalan dengan belon bocor lol!! So, dah alang2 ada situ dan aku memang bawak belon tu, aku pun siap sedia dengan muka serius dan ala2 nak marah gitu..terus aku ceritakan dari A-Z.. budak tu pun serba salah dan admit yang benda tu bocor. So, dia offer untuk ganti..aku diberi option untuk ganti yang sama atau yang lain.. dia suggest amik lain sbb tak jamin yang belon yang sama tu tak bocor. So, aku pun pilih le thomas;) sebab harga belon thomas lagi murah drpd belon 3 tu, dia tambah la bouquet kat bawah thomas tuh..siap dapat extra lagi sbb nak kasik nampak cantik.. aku pulang dengan gembira hehe
belon 3 yang kempis dan tak cukup angin tapi terpaksa dibawa ke tempat kejadian
hasil muka serius dan hak pengguna mak semalam..dapat replacement ;)
hasil muka serius dan hak pengguna mak semalam..dapat replacement ;)
Thot of balik amik d&D and masak nasi ayam. But mak kata dia dah masak, so suruh kami semua makan je kat rumah. Pucuk dicita ulam mendatang..masa tu pun dah nak pukul 6 lebih.. aku pun terus balik rumah dulu.. siapkan deco cuppies ala kadar.. lepas maghrib baru pergi rumah mak. So, small celebration for Danish then. Happy banget dia dapat belon thomas tuh hihi..mujur aku pergi jugak tukar. Ingat dah malas nak pi sebab dah over pun party and birthday dia semalam. Tapi dah rezeki, aku pergi visit anak kaknon dan kedai tu pun kat situ..alang2 terus je la..hak aku pun kan! Bukan murah aku beli belon tuh..janji tahan lebih 2 minggu..ni 1 hari pun dah kempis apa kes!
My kelam kabut deco madagascar cuppies untuk anak bujang. Pemilihan character berdasarkan kesukaan anak bujang..main character wajib la ada kan..additional 'motomoto' jugak sebab dia suka benau kat dia :PToday, aku pun akan busy (ada hati nak update blog ye nyah!!!). Okeylah..aku nak pi start baking for order esok..ada delivery ke KL. Nak raya ni kan.. Mujur aku dah siap masak.. sekarang ni aku masak pagi2..laki aku bawak bekal pergi kerja. Oh, talk about that..tak pasal2 aku dapat offer untuk bekalkan makanan untuk staff hubby jugak ;) insyaallah lepas raya haji ni start. Wish me luck ya!! Aku pun cuak nih..selama ni aku masak takat untuk kami anak-beranak makan dan en.hubby bawak bekal..tak sangka ada mata yang memandang dan ada air liur yang meleleh melihat laki aku makan :P so depa dah jumpa aku and minta aku cater sekali for them! woooo!!! Start next week aku kena masak x-tra untuk 10 peoples gitu. Harus pergi beli tupperware or 'sia' nih :P
Esok, aku nak pi KL area The Weld hantar brownies..hajat dihati nak panjangkan langkah terus ke KLCC or Pavilion..(giler lama tak masuk KL!!) ada sesapa nak pergi area sanakah esok?? roger2 la aku yang keseorangan nih!! hahaha... cucik mata sajork.. aku plan ja ni.. (matila kalau laki mak baca nih :P)
Ok friends..take care!! Sabtu aku dah nak balik kampung.. Selamat Hari Raya Aidiladha!
7 comments:
apa? The Weld? dah dekat dgn ofis aku tu nyah!!
apa lagi..boleh la gather2 tu....
erna... masak hari2 pagi? masak utk mkn tghari ke?
pukul berapa start masak? kagumnya!!!
yoo
belon 3 tu anak aku admire tu
hakhakhak
Sedapnya cuppies tu...bpe ekk ko jual brownies tu?
huh..busy nyer mung erna...
ingat nak tempah brownies for raya..tapi i plak tak sempat nak mengorder..nanti yek?spare some space for my order...lepas raya :)
Alhadulillah, Kak Non!
Aku pi Pavi esok. Kui brp ko ada sana?
thanks!
for inviting us to the party.
dan mekasih jugak datang lawat akmal.
:)
Post a Comment