Tuesday, October 7, 2008

Apa macam raya?

Apa citer raya?
Aku ni baru je nak elok sket.. raya ke4 demam panas! hahaha... memang tombang + flat! sekali dengan flu + batuk semua..
Raya pertama kat rumah Shah Alam je. Kami-kami je yang ada pun. (Tu pasal aku siap bleh upload gambor raya kat fb tu cik lola! hahaha petang raya dah takde mende nak buat!)
Plan nak balik k.pilah malam tu, tapi terpaksa cancel. Sebabnya Damia plak dah demam.. balik rumah malam tu muntah sampai 5 kali. So? terpaksa la terjah SASH kul 11.45 malam tu.. mujur tak kena admitted. Dalam keta otw ke hospital dia dah muntah lagi.. sampai kat hosp Dr check.. ada wheezing sket so kena neb. Dr suspect mcm food poisoning gitu. Aku syak ada crackers yg dia makan petang tuh. Dia ni kan allergic sket.. tak bleh makan sebarang. So, amik neb. Dr masuk suppository tahan muntah gak.
Sementara tunggu ubat, dia muntah lagik! Adoi!!! Dr kasik option, if nak admit dia akan masuk drip! What!??? malam raya okeh! sudahnya aku tanya dia, nak balik or masuk hospital? Mula tu dia tak larat jalan nak suruh dukung. So aku cakap, if like that then kita admit jer. Dengar je aku cakap tu terus dia bangun gagahkan diri jalan gak! hehehehe (menjadik gak psycho aku nih :P) so dia pun jalan pelan-pelan ke kereta. Balik rumah terus tido. Pukul 2 pagi gitu, dia demam panas. Terpaksa masuk supp utk demam plak. Alhamdulillah bleh tido sampai pagi.
Esoknya dia dah tak muntah, tapi kami still bagi gak ubat tahan muntah, ubat demam, inhaler etc. Looking at her condition mcm improving, kami pun teruskan perjalanan pulang ke K.Pilah. Sepanjang perjalanan dia tidur je. Memang penat la kan dah muntah2 satu malam.. but alhamdulillah beransur baik. Sampai kampung, kami beraya la.. tapi idakle sakan bebenor. Melawat relatives yang wajib-wajib jer.. sebab Damia pun baru nak baik.
3rd raya petang dah balik S.Alam semula. Tekak aku dah mula sakit :P aku dah start pakai ubat gargle tu kenkonon nak kasik release cepat.. hopefully tak melarat! (walaupun aku amat tak reti dan TAK SUKA sama itu ubat gargle!!!! yucksss!!! ) tapi sebab nak beraya punya pasal aku gagahkan jugak.
4th raya kami balik Ipoh dengan mak, abah, adik aku sekali. Visit opah yang dah tak sihat. Plan nak balik hari jer, tapi petang tu masa dari Ipoh nak ke Bidor pun kereta punya lah banyak!!! nak dekat 2 jam baru sampai Bidor. Sudahnya kami tido je kat rumah Opah (belah mak plak) kat Bidor. Esoknya (5th raya) pagi-pagi terus gerak pulang ke Shah Alam. Aku masa tu memang dah flat! Amik actifed sebijik dalam keta terus aku zzzz!
Sampai S.Alam aku dah start demam panas. En. Suami pun terus bawak aku ke klinik dekat rumah ni. Dapatla antobiotic dan ubat-ubatan semua. Balik rumah terus makan nasi sket, makan ubat dan aku dah tak sedar apa! Bangun je aku tengok semua baju dah mesin, dah bersidai, Danish dah makan etc.. (mekacih yang!).
Monday, Damia dah sekolah, en.suami pun dah start keja. Aku still demam. Tapi nak wat camne, aku gagahkan jugak la pi antar Damia sekolah, hubby ke komuter. Balik je aku terus berehat and tido.. mujur Danish pun bekerjasama ;) Tengahari aku just goreng drummet je utk budak-budak makan ngan nasi. Aku memang takde selera nak makan.
Today, alhamdulillah..aku rasa ok sket. Rasanya dah tak demam dah. Kepala je 'weng' sket maybe sebab flu ni. Ubat tu pun ye gak kot.. ntah le. Tapi dah sihat sket ni, kena la start wat keje semula.. kain-kain perlu dibasuh etc.. rumah nak kena kemas. So, till now! Banyak keja nak kena settle.. Selamat raya again to all! Jom layan gambo raya.. ni je la yang ada pun. Kat kampung pun takde amik gambor.. lepas Damia start sakit, then aku..mmg takde amik gambor apa!
Pengantin lama :P (gambar berdua ada, gambar ngan anak-anak takde buleh? muahahahahaa)
nak duit ghaye, bleh? hihi
siap sedia nak beraya! (segala rantai, handbag 'makcik' ni sendiri yang pilih okeh!)
anak-anak kesayangan hamba...
mak&abah bersama cucu
kami sekorga bersama mak&abah

8 comments:

arina on October 7, 2008 at 11:25 AM said...

selamat raya. mak pun tak sihat since first raya. ni kat opis pun dok batuk kung kung! selamat sembuh!

Marisa on October 7, 2008 at 11:25 AM said...

alahai.. siannya demam di hari raya. Saya pun masa pg raya tekak dah perit.. terus je mkn strepsil... sampai umah mak mertua terus mkn madu.

raya ke 2 kami ke BJ. tp pagi la masa tu dlm kol 10.... singgah kejap je umah BIL sbbnya nak together2 ke seremban n melaka. Pass PIL join naik keta depa. Adik ipar je naik ngan kami. Keta depa besaq sket. Dalam hati terdetik gak nak call Erna... tp dok terfikir... Erna ni sure kat Kuala pilah ni....

Next time ye...

mrs noba on October 7, 2008 at 11:36 AM said...

allah kesian nyer you erna...
get well soon!

Yan on October 7, 2008 at 11:51 AM said...

get well soon bebeh.. kami ni, dugaan raya selalunya kat Amir la.. dah 3 tahun berturut-turut dia kurang sihat.. 1st time demam, 2nd time chicken pox, yg latest ni, cerita lain plak.. hehe..

again, get well soon + take care..

/sweetnya la kome.. mak tak pernah amik gamba berdua dgn laki mak time raya..

Fid on October 7, 2008 at 1:27 PM said...

selamat hari rayaaaa

dott on October 7, 2008 at 1:29 PM said...

memang macam pengantin baru...
damia so cute ngan beg tangan.

Glad to hear that you re feeling better... if any any help with party cakap k.. huhu i nie dah postpone bday adnan pasal tak larat exam minggu ini and next week.

kaezrin on October 7, 2008 at 2:26 PM said...

adehhh hopefully erna and co dah fully recover..kami dah x sbr2 nak terjah rumah u ols n i...

mimielola on October 7, 2008 at 2:48 PM said...

Kesiannya Damia....Dia gagahkan jugak diri tu nak berjln sendiri

 

Based on Cookie Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template
Customized blog header by Layout.Goddess