Monday, August 18, 2008

Danish asthma attack

Bila dah amik neb, rasa lega sket so dengan aktif melompat seolah-olah takde apa berlaku. Lepas tu tercungap-cungap balik, terbatuk-batuk..senyapla semula.

Kejadian berlaku hari Jumaat lepas.. dalam pukul 6 lebih nak ke pukul 7 macam tuh.. Damia main rollerblade (or is it roller skate? whateva!) and Danish main 'tarik basikal' dia.. Then tetiba dia batuk.. batuk dan batuk.. mula-mula batuk dia dengar macam batuk biasa ni la.. then makin kerap, aku tengok dia batuk macam tak puas.. macam mana nak explain ek? batuk dia bunyi macam 'koh' then stop.. then dia batuk lagi 'koh'.. in between that dia macam nak 'let it out' batuk tu.. then aku tengok dia macam choking gitu.. aku panggil dia.. tepuk2 belakang dia kot-kot dia nak muntah ke apa.. then dada dia mcm laju gitu. Aku bagi inhaler terus.. then dia start mengah. Aku panik lerr.. cakap pun macam teputus-putus dah nafas.

Terus aku call hubby. Dia kat ofis lagi..huhu. Then aku cakap kat dia, and he tried to talk to Danish. Danish cakap la termengah-mengah gitu. Then terus laki aku kata pergi hospital jer. Dia kena attack tu.. Aku pun terus capai apa yang sempat aku capai dan terus start enjin keta. Adoi dah le jam kat traffic light batu 3 tu.. dalam pada tu, aku cuak la asik tengok dia dok kat car seat kat belakang. Ok jer.. rilek sket. (Suspen aku kalau tetiba dia kena attack lagi dalam keta tengah jam gitu)

Hubby sempat sms Dr Z and inform him pasal Danish breathing difficulty etc.. luckily he was on call.. Sampai kat A&E, aku terus masuk. And guess what?? This 'little fella' yang tadi tercungap-cungap macam tak cukup nafas ni, melompat-lompat atas katil A&E tuh!!! Adoi! tak paham aku! Aku try to calm kan dia sebab takut dia semput balik, tapi tak jugak reti dok diam. Haish! Aku terlebih bagi dosage inhaler kahh?? lol

After Q&A dengan locum Dr tu, dia tanya aku "so, admitted kan?"

Aku dengan blur.."hah? kena admit ke?"

"Oh, what did Dr Z said? Tadi you call dia kan?"

"Aha, but i don't know that he need to be admitted or not. I just inform him that he got attack"

"Oh, let me talk to him then."


Kisahnya, depa ni kalau dekat A&E and after clinic hour macam tu, kalau nak jumpa pakar kena ada kes gitu. Memang susah nak dapat panggil pakar datang A&E utk check.. except for serious case. Tapi kami dah inform Dr Z dulu. So, he's already expecting kami nak datang. Dan dia dah inform A&E that we will come.

I'm glad that kami dah inform Dr Z sebab bila Dr locum tu call dia, dia suruh bagi Danish nebulizer and wait for him to come at A&E. Sebabnya, masa Dr locum tu check, dia dengar dada Danish then dia kata " ok.. no wheezing!"

Aku macam "hah???? biar betul!!" (dalam hati laaa :P)

Aku tengok anak aku macam setengah mati gitu.. takkan dia kata lungs clear? Aku diam je la..


Masa Danish amik neb, Dr Z pun sampai. "So, what happened?"

Aku pun cerita la balik A-Z...

Dia check.."hmm, wheezing and very tight."

Arrhh... aku dah agak dah! mesti Dr tadi tu tak bleh detect! Sebab ni bukan kali pertama kami kena macam ni. Last time Damia kena lagi teruk daripada Danish ni.. memang longlai tak bermaya langsung dah dia. Tapi Dr kat hosp besar KT masa tu kata "LUNGS VERY CLEAR!"

Aku dengan hubby tak puas hati sangat masa tu, sebab Damia masa tu memang longlai sungguh nak bernafas pun macam tak cukup oksigen! Terus booking available flight KT-KL and malam tu jugak aku (tengah sarat preggy Danish) bawak Damia balik KL and terus sampai KLIA abah terus tunggu and bawak kami pergi A&E SMC. Sampai situ Dr kata "wheezing badly! luckily cepat bawak hosp!" Hah! sejak tu kami memang beware of certain-certain doctors ni esp new docs! Sebab bila kami show Dr Z letter yang Dr hosp KT tu tulis and tell him what she said, dia sendiri cakap kalau the lungs very tight, memang sampai tak bleh dengar dan selalu kalau docs yang tak biasa or tak berpengalaman memang dia akan kata lungs ok and clear. Tapi sebenarnya, the condition is very bad and needs immediate action.

So berbalik pada kes Danish, apa sebenarnya yang berlaku.. bila dia macam choking tu, actually saluran pernafasan dia tu dah macam blok, udara tak bleh lalu. Bila dia batuk actually reflection pada body untuk dapatkan udara. Tapi, bila batuk pun tak lepas tu yang dia tercungap-cungap and macam tercekik tu.. dia sebenarnya trying to bernafas la.. kalau terlambat bleh turn 'blue' la..naudzubillah!

Memang aku cuak! Sebab, masa kes-kes Damia dulu, hubby ada! So, dia memang experienced and tau nak evaluate tahap keseriusan asthma tu. Macam aku ni, ni la 1st time aku berdepan sorang-sorang. But, gut feeling tu penting! Sebagai mak kita dapat rasa kan..

Apa pun, kami berkampung la 3 hari 2 malam kat hosp tu.. sepanjang kat situ, regularly without fail 2 hourly neb! Considered lama.. sebab Damia dulu pun sehari je 2 hourly neb then tukar pada 4 hourly.. Macam Danish ni, sampai semalam pun still 2hourly. Sebab the cough is still dry and dia still termengah-mengah gitu. Meaning the airways still not clear and need to work extra untuk bernafas. And he's on prednisolone too..perlu untuk bantu dia buka balik salur pernafasan. Anyway, glad that dapat balik since we all ada neb machine, Dr Z suruh continue 4hourly kat rumah. Lagi pun kami dah dekat sini.. anything just pergi hosp. Kalau dulu jauh, memang Dr Z takkan lepaskan kami balik selagi tak baik. Sebab susah nak datang semula untuk follow up or anything emergency. And i'm glad that today dengar dia batuk dah dengar bunyi berkahak..maksudnya the phlegm dah cair and hopefully dada dia tak le tight lagi..thus easy for him untuk bernafas!
Thanks all for your prayers and du'a!

5 comments:

Crazee Choc's on August 18, 2008 at 12:00 PM said...

baru je nak hantar sms tanya... teruk juga ye Danish punya athma... kalau saya...sure panic habis. elok la dah berpindah balik ke SA. senang sket nak jumpa Doc.

nampak gayanya... mmg tak leh nak bela pet.

Ms Lola on August 18, 2008 at 12:10 PM said...

A ah. AKu pun baru nak follow up thru SMS. Alhamdulillah.

Anyways, beb. Aku ada baca pasal 'Croup' tu. Tp aku tak paham. Die yg tercungap[2 mcm tak cukup nafas tu kan?

Mommy Hafiy on August 19, 2008 at 3:34 AM said...

alhamdulillah takde apa2...br jek nak antar sms td..nasib baik tak jadik kat sini aritu..cuak betul baca!

mommyashvin on August 19, 2008 at 2:18 PM said...
This comment has been removed by the author.
mommyashvin on August 19, 2008 at 2:21 PM said...

erna, i faced something unusual for me. my son first time wheezing!
happened this morning. we actually don't know how to evaluate how serious the condition is. Early morning around 4am, he was coughing badly. dry cough, sampai keluar air mata. then, early morning starts wheezing. first time for me to experiance this too. Daddy ask me bring him to see paed. Then, the doc checked and said the condition quite bad. need to give neb. OMG! i said to myself. then go thru the process and waited. he checked again and said can go back now but if he wheezes tonight, bring him again. hmmm.....hope he'll recover. I'm back to work now(gave medicine and left him with my mIL)... but my heart is not here!

 

Based on Cookie Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template
Customized blog header by Layout.Goddess