Wednesday, June 11, 2008

Jamuan Teh

Lepas amik ADC Tuanku kat Istana Terengganu, kami pun bergerak menuju ke Istana Negara. Dalam gabra2 tu, kami dah tersilap amik jalan..ntah macam mana termasuk hiway apa ntah..terus lepas ke Salak Selatan gitu..adoii!! buat lawak jer! Col Rosli tu cool jer.. dia kata initial plan nak suruh driver je bawak kami, so that senang parking nanti.. sekali semua driver out duty sbb byk kenamaan lain turun dari Terengganu bagai. So, kami yang marhain ni tak dapek ler! haha..kalau idak merasa ler naik kereta dengan dipandu drebar Diraja!
Dalam pukul 3 kami sampai..just nice! Kereta dah penuh berderet kat luar Istana. Nak carik slot pun dah takdak..sudahnya polis trafik tu suruh jugak naik atas.. masuk dalam Istana, mujur la kereta kami pelekat kenamaan (now i'm glad that we got that 'yellow' tag! haha walaupun sedikit pun tak kenamaan :P) instead of terpaksa parking kat dalam2 lagi, kami dapat park kat main area gitu hehe.. Since ada sedikit masa lagi, Col bawak kami tour dalam Istana.. dapat la tengok main2 area, waiting area Raja-raja semua.. including satu bilik siap dental chair semua! So, nak check gigi ke apa anytime la..siap nurse, doctor semua! Siap pusing2 ngan posing serba sedikit.. kami pun terus ke perkarangan Istana untuk join hi-tea.
Santai jer.. sebab hi-tea! Buat pun kat area perkarangan jer.. We got another invitation for dinner and tahlil, tapi cik abang dah decline yang tu, accept hi-tea jer! Mujur lagik! Kalau idak, jenuh mak tak keruan semua sebab dinner kira formal la..hi-tea sempoi! Phew! Dah 2 tahun kami tolak invitation Istana ni, this year je baru accept! Mengikut perkiraan tak lama lagi maybe kena transfer dah..so bak kata daddy, tak tau ada peluang lagi ke tak lepas ni.. so, this year could be our last year..hence we should accept the invitation for this year =)
Kami pun join kat khemah2.. they coded the khemah according to the color as per invitation card. Red, Yellow, Green etc.. kami kat Yellow. Mingle2 la.. mostly hubby la kenal pun...aku nak kenal siapa2 pun :P ada la kakak ipar anak buah hubby tu, Kak Ratna. Aku sembang2 ngan dia kejap2..(dia close friend Permaisuri..siap party2 togede-gede! hohoho) Then i got to meet adik Sultan Mizan and kaum kerabat dia..(apa yang aku nampak, kaum kerabat Sultan Mizan ok jer..cool! tapi yang kaum kerabat Permaisuri ada la yang tergedik melebih :P walhal dok kat khemah green ajerr, yang Sultan Mizan punya kerabat kat khemah yellow) Penuh la area yellow tuh.. sudahnya kami pi khemah sebelah..hehe.. green. Col Rosli carikkan kerusi untuk kami and kami dapat duduk dengan aman cari spot yang baiikkk and melantak! hahaha....
Sambil makan, ada la Dayang Nurfaizah ngan Jamal Abdillah nyanyi. Selesai makan..baru kami beredar semula ke khemah yellow kihkih.. Selesai nyanyi2..makan2.. semua pun beratur untuk sessi mengadap dan bersalam dengan Tuanku & Permaisuri. Kami tak beratur dulu.. sebab penuh.. lepak2 tengok orang.. hehe
Ada la..Datuk Bernard Chandran & wife Amy (handsome giles mamat nih!! dari dulu aku suka!), Dr Fadzley pun ada ngan bapak,mak dia..(wife dia tak dak plak), Datuk Mukhriz (until today laki aku regret tak pi tegur dia and amik pic togede :P walhal dia ok jer!! ) then ramai la..including iron lady Dato Maznah semua.. aku pemerhati jauh je! :P
Bila line dah makin surut (i.e orang dah balik) baru kami start beratur.. kira kami ni among the last le.. (kes laki mak malas nak beratur hahaha) walaupun time kami beratur tu hujan turun renyai2..tapi redah ajerrr.. tak tau bila dapat peluang ni lagi kan.. even Kak Ratna yang selalu jumpa Permaisuri and Permaisuri datang rumah dia pun beratur pi mengadap =) Slack, tak dapek nak amik pics time kita mengadap..gambor ada la tapi kat photog Istana ler..
Tak lama lepas tu, selesai semua, Tuanku & Permaisuri pun berangkat pulang. Kali ni aku ngan hubby dah standby kat tempat laluan dia..Memang betul2 depan karpet dia lalu..hehe. Konon nak amik gambor, tapi bila dah dekat, ngan kelam kabut nak angkat sembah ngan nak pegang kamera..udahnya blur semua! lol! Bak kata laki aku..aura Sultan tu mesti ada..
Dah berangkat pulang semua, kami pun masuk Istana sekali lagi..hehe kali ni tengok tempat penganugerahan tu..Singgahsana. Then terus chow! Hantar Col Rosli ke Istana Terengganu.
Sampai Istana Terengganu, Col ajak masuk..ada la benda dia settle ngan hubby pasal cheque Tuanku semua..then dia ajak tour Istana! Wah! Kami pun selamba la tour.. sekali dia kata "Tuanku ada atas ni.. " Aku macam ha???
Rupanya, memang Tuanku & Permaisuri dok situ le.. depa tak dok kat Istana Negara unless utk urusan rasmi. Maklumla.. Istana Terengganu tu umpama rumah sendiri.. Istana Negara tu dah banyak2 Sultan guna kan..hehe..
Masuk dalam semua.. area bawah je la. Takkan nak naik atas pulak! ngeee! aku macam kalau la Tuanku or Permaisuri turun ni.. bestnyeeee! Rezeki jumpa lagik! ahaks! Tapi mujur la tak turun.. bukan senang wooo nak mengadap! According to Col Rosli, even dia pun nak mengadap kena bertimpuh semua! Macam mengadap raja-raja dalam cerita tv tu! Unless kalau kat Istana Negara je ka bilik mengadap dia ada table & chair.. kalau kat Terengganu semua mmg kena bertimpuh bagai!
Hubby memang pernah mengadap Tuanku, jenuh la every time nak mula cakap dengan dia kena "Ampun Tuanku" then baru cakap! Kalau aku mau tergeliat lidah! hehe...terlupa ke..main belasah je mencelah ke :P
Anyway, what a day! Aku bersyukur dapat peluang melawat Istana Negara & Istana Terengganu. Banyak gak yang aku pelajari.. mostly pasal kesultanan ni la.. Yang aku nak jumpa sangat pun Sultan Mizan & Permaisuri.. hehe. Yang lain tu aku buat derkkk ajer! Ahaks!
Queue untuk mengadap Tuanku & Permaisuri

3 comments:

Fid on June 11, 2008 at 6:50 PM said...

pengalaman best tu!

Marisa on June 12, 2008 at 9:05 AM said...

tu la.. bukan semua org dpt jemputan ke istana tu....

Erna on June 12, 2008 at 1:27 PM said...

pengalaman..betul tuh!

 

Based on Cookie Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template
Customized blog header by Layout.Goddess