Sunday, March 23, 2008

Soalan Kubur

Semalam, dalam perjalanan balik ke rumah lepas pergi pasar, seperti biasa lalu ikut jalan belakang tu.. sampai simpang tiga tu traffic light merah.. so stop leeee :P dah berapa kali sepanjang dok sini lalu jalan tu, tapi semalam tiba-tiba Damia bersuara " Mommy, daddy what is that?" sambil tangan dia tunjuk kat tanah perkuburan.

Sementara tu traffic light dah hijau so, kami pun bergerak ler.. aku jawab le "tu kubur" dia balas balik "What is kubur?" ermm.. "kubur means graveyard" (kot la dia pernah dengar kan..sbb dia ni banyak gak tau words in English daripada BM).

"What is that?" tanya dia lagi...
hmm..now kena terangkan betul-betul lerr..
So, aku pun terangkan le..apabila manusia mati, kita akan ditanam didalam kubur. Kalau mommy mati, daddy mati... sekali terus dia sambung "Damia mati..Danish mati.." hoho... aku pun jawab le..Yes.. semua orang akan mati, kita tak tau bila. So, bila dah mati, kita akan dikebumikan dalam kubur. Kita gali tanah tu..kemudian mayat tu dimasukkan dan akan timbus dengan tanah. "soil ke mommy?" aha..yes.. "kita dig guna shovel ek mommy?" aha..yes (at least i know that otak dia tengah berfikir dan maybe membayangkan tapi bayang macam mana wallahu'alam lerr..

Macam2 soalan budak-budak ni kan.. tapi, itulah nature mereka.. sifat ingin tahu masih menebal dalam diri mereka. Mommy berdoa agar mommy punyai kesabaran dan jawapan untuk setiap soalan yang diajukan. Kadang-kadang tu alahai... soalan macam tu? nak tergelak pun ada tapi budak2 apa lah yang depa tau.. dan bila mereka tanya tu maknanya depa nak amik tau la kan.. dan dengan itu barulah otak mereka berkembang :)

5 comments:

rizza on March 23, 2008 at 8:41 PM said...

tu le budak2 ni nak tau segala...mereka lum ade ilmu ..lum ade apa2 pun dlm kepala mereka...kita la kena penuhkan..hehheh

memang pun kalau byk tanya ...kengkadang leh tak tahan sabar..kengkadang tu lawak lak kan....

harap2 aku pun boleh la menjawab soklan2 anak aku nanti...hehheh

Ms Lola on March 24, 2008 at 10:28 AM said...

talk about talks, semlm hubby aku saje je bg komen kat rambut anak aku:

H : your hair is not pretty at all la..

S : pretty la..

H : not pretty at all..

S : pretty at all.

p/s: perasannye anak aku tu!!!

madamoiselleczar on March 24, 2008 at 3:12 PM said...

kih kih kih..aku ni kengkadang sampai tak terjawab soklan danial yg maha byk dan spesifik ittew! ngeeeee....berdosa sungguh rasanyer!

Erna on March 24, 2008 at 3:28 PM said...

rizza, aku pun mana yang bleh jawab tu alhamdulillah..mana yang tak terjawab tu aku suruh tanya daddy :P
mslola, hoho...bukan perasan tu ms lola, tu tetap pendirian tu! hehehe...bagus..bagus..tidak goyah gitu!
za, hang jgn rasa berdosa lak weii...kihkih.. tapi aku kdg tak layan jugak..tapi aku suruh dia tanya daddy kihkih

Fid on March 25, 2008 at 1:40 PM said...

madam za
kalau hang tak mau danial hang bagi kat aku la! kahkahkah..mpun ampun

budak2 ni mmg banyak sgt soalannya....
Tapi syokkan....

Anak aku pun perasan juga ms.lola

 

Based on Cookie Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template
Customized blog header by Layout.Goddess