Last Sunday, ni lah aktiviti yang aku cakap perlukan stamina tuh :P Seawal pukul 9 pagi kami dah terpacak depan Zoo Negara. Last aku pergi tak silap aku lebih kurang 20tahun dulu kot??? Masa tu sekolah-sekolah lagik hihihi
Masa Damia kecik, kami pernah bawa dia ke Zoo Taiping. Masa tu dia dah berjalan. Danish of course belum ada lagi ;) Then Zoo Melaka tak ingat plak..samada aku je pergi dengan en.suami before dapat anak or Damia dah ada ke tak masa tu?? hmmm..rasanya dia tak ada lagi.
Last 2 years, Danish punya 1st zoo visit -Australia Zoo. Suka sangat dia. Damia dah tentu la. Manusia paling suka mestilah en.suami sebab dia yang beria nak pergi jumpa Steve Irwin tuh..malangnya kami pergi tu lepas dia dah jadik arwah hihi dapat jumpa wife dia Terry, anak Bindi dengan yg anak lelaki dia tu je. Syiok je tengok depa tuh..berlari-lari macam zoo tu bapak depa yang punya ..err memang le pun kan?? hahaha
Anyway, termaktub sudah yang my 3D's (Lil'D, Big'D & Daddy) suka sangat binatang! Maklumlah orang 'semput' ni kan..kebanyakan memang suka binatang. Nak bela pet tak dapat so kami layan pergi zoo aje lah. Itu pun kami bawa setelah depa ni besar i.e nak dekat 2tahun. Kecik-kecik sangat pergi karang depa tak enjoy sebab tak faham pun lagi..then faktor kesihatan juga perlu di ambil kira. Maklumlah anak-anak yang 'asthma' ni sensitive sket.
So, last Sunday kami pun rombongan cik kiah ke Zoo Negara. 3rd zoo visit untuk Damia, 2nd zoo visit untuk Danish (aku macam terbayang2 Danish pernah pergi Zoo Taiping jugak?? harus belek gambar lama2 ni kot ada dah pergi and aku terlupa hihihi). Kami ajak mak, abah, my bro and sisters jugak.
Layan antara gambar-gambar yang aku amik ni lah..
(excluding en.suami tukang amik gambo)
why halal?? sebab kami beli food yang disediakan oleh pihak zoo sahaja. RM3/pack untuk certain binatang kita boleh bagi makan. Cool eh??!!
Try main-main dengan dia ni..aku bagi tapi tak lepas masa dia nak amik tuh..tapi apalah kudrat ku berbanding mr.elephant yang gagah perkasa..dia tarik balik!! lol!! mujur dia tak tarik aku masuk dalam tu sekali hahahahah...
Overall, semua pun enjoy la trip ke Zoo Negara. Banyak dah ok zoo ni. Cuma part Animals Show tu kureng.. mungkin aku letak harapan yang tinggi kot sebab dah tengok animals show kat Seaworld/Aus Zoo etc.. but to Malaysian standard abang aku kata dah kira ok la nih hikhikhik..
Satu hari nanti..semoga tercapai hasrat kami nak ke Africa. Mahal wooo!!! Memang impian kami jugak nak merasa masuk situ dan tengok binatang-binatang ni kat natural habitat depa. Kalau kami dimurahkan rezeki untuk melancong ke mana-mana lagi, semestinya salah satu agenda yang wajib kami lawati ialah ZOO! Soon zoo mana nak pergi en.suami??? Night Zoo Singapore kah???? (tahun ni macam takde oversea trip je :( ..ekonomi gawat lol!!)




