Thursday, January 15, 2009

Gaya hidup sihat

Sejak dua minggu lepas, hari minggu kami diisi dengan satu sessi kempen cara hidup sihat :D
Samada pergi Taman Tasik Shah Alam atau sekadar pusing kawasan rumah kami ni (penat gak tuh, turun naik bukit especially kalau nak turun ke bawah kolam tuh)
Waktu samada petang atau pagi.. minggu pertama dulu petang pergi tasik s.a, last week pagi pusing kawasan ni je. (tapi ni aku tak ikut hihihi aku keluarkan peluh dengan settlekan baju yg tak berlipat dan menggosok baju!)

D&D berkobar-kobar la..and memang budak berdua ni lari okeh!! Sepanjang joging tu depa berlari dengan penuh semangat! Siap bleh singgah playground main lagik! Yang dah tua dewasa ni biasalah..pancit dah pusing seround tuh. Tapi depa bleh continue main basikal lagik bila sampai rumah!! waduh!waduh!! bagus!bagus! Alhamdulillah! Semoga aktiviti ini berterusan selamanya!
Cartoon channel pun kami dah sekat ikut jadual. Kami locked all cartoon channel tu. Yer lah, dah mula sekolah ni kena belajar berdisiplin kan. By 6.30 - 7pm i'll make sure both of them makan malam. Memang dah terbiasa macam tu, so lepas je mandi (6pm) sure Danish akan mintak 'nak matan' lol (matan = makan). Sometimes kalau plan nak dinner sekali dengan daddy kat luar terpaksa la budak2 ni lapik perut makan roti ke apa dulu hihihi sebabnya perut dah terbiasa dinner time tu kan. But usually sebolehnya aku kasik budak2 ni makan dulu.. then after maghrib keluar pergi amik en.suami. Balik tu baru aku makan dengan dia. Budak berdua ni akan main-main dengan daddy kejap. By 9-9.30 mata dah layu and both of them masuk tidur. Insyaallah esok pagi, by 6.30 kami kejut both of them akan bangun, mandi dan bersiap nak pergi sekolah dengan segarnya! (errr aku melalut ke sini sebab kesian dengar anak jiran menangis tiap pagi bila kena kejut bangun nak pergi sekolah)

Mari Bersenam
Anda..bila lagi?? <--terasa macam iklan plak lol!!!

regangkan badan...



NOTE: Sesiapa berminat untuk menambah pendapatan dengan menjadi Public Mutual Unit Trust Consultant boleh la menghubungi saya ;) Boleh la nak tambah sikit-sikit buat lepas duit minyak/dapur sebulan..tu kalau manage own & family account (epf/cash). Tapi kalau ada link yang lebih ramai mungkin boleh memberi pendapatan yang lebih besar! Kalau tak nak jadi consultant, nak invest your cash/epf pun boleh hubungi saya jugak! ;) sekian, terima kasih!

12 comments:

mommyashvin on January 15, 2009 at 11:37 AM said...

goodlah you! Boleh maintain slim gitu! BTW i hope u'll share more about how u raise u kids, will me helpful to me! seriously.

MS on January 15, 2009 at 11:41 AM said...

wah bestnya 9.30 anakda erna dah ZZZ.
my adib 10.30 baru tutup tv lepas tu mau dekat kul 12 baru zzz
memang wajib berperang laa dulu pagi-pagi

Ms Lola on January 15, 2009 at 12:03 PM said...

Damia!!!! Sihatnya dia!

knv on January 15, 2009 at 12:06 PM said...

hahahaha.. teringat dolu2 masuk gym first time pastu merangkak2 masa nak keluar. gigil pala lutut bagai hahahahah!

cysev3n on January 15, 2009 at 12:13 PM said...

bagus la kome.. kekeke.. comelnya la berlari2..

aku pun dah lama tak berlari. paling tinggi, nak kejar bagi sempat masuk pintu LRT / monorel..

kalau pi taman, jalan2 sambil dukung Zeri.. tu je la senaman aku ni haa..

Crazee Choc's on January 15, 2009 at 1:10 PM said...

bagus la u ollz.... kami plan2 tp tak terbuat2.... buat sekali.. pas tu... lupa. heheh
smlm kami semua masuk tido kol 10. kol 11 baru la Hakimi n Hannah tidoq.

Anonymous said...

huhuhu...haku buat larian atas katil je lah nmpk gayanyer....

ihiks...tshirt aquaria damia sama dgn tshirt danial lah!

go..go..D&D!

Fid on January 15, 2009 at 1:49 PM said...

wahhhhhh
aku asyik terbengkalai ja!hahaa

Erna on January 15, 2009 at 1:56 PM said...

valli: takdelah...i pun main2 je. But the kids enjoyed it very much! so layan je la drpd derang lepak depan tv. How i raise my kids?? alamak..nothing special la. I belasah ajer! ihiks!!

mama adib: wooo lambat tidur tuh. hihihi..try la ajak tido awal. Insyaallah pagi senang bangun.

lola: Damia ni makin tembam ko tau! lol!!

arina: hai kak non..katanya dah meningkat dewasa..gitulah jadiknya muaahahahahaha

yan: aku pun 1st week tu jalan je beb! teman mak mentua aku jalan..karang aku pun ikut lari terkontang kanting plak dia nak berlari ikut kami :P

marisa: aikks!! maknanya mak pak dah tido dulu ler hihihihi

za: woi! atas katil tu senaman lain! tu tak kira! hahahaha karang makin ber'isi' plak kesnya :D

fid: eh, hang bukan tiap minggu pun acif pi playground ke?

mommyashvin on January 15, 2009 at 3:22 PM said...

want to see our family photo???
yg tak glamour!hehehe
click!

http://www.flickr.com/photos/zubye

Hana on January 15, 2009 at 3:58 PM said...

anak jiran kita pukul 6am dah kuar rumah naik bas skolah. pukul berapakah dia bangun tido? kesian kan!

NeroEcha on January 16, 2009 at 12:44 PM said...

Bestnya dpt exercise..aku kena tunggu lepas habis pantang ler..

 

Based on Cookie Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template
Customized blog header by Layout.Goddess