Wednesday, June 11, 2008

Budget

Adeii!!
Aku nih tengah kalut... kira budget. Next month dah masuk Rejab.. tak lama lagi je weeeih!
New budget for my brownies lagik.. memang tak dapek dah nak maintain.. if before this untung aku pun takat tengkuk (bak kata abang aku..baru nak menapak, kira ada-ada je la..) tapi la ni semua makin naik dah kira hapus hidung dah huhuhu... its either aku stop selling or i have to slightly increase.. kalau idak mcm aku tanggung kerugian plak nak baking semua :P

Malam tadi, aku tanya
"Damia nak makan apa?"
"I want Mc Donalds"
"Huh? no more Mc D's.. baru je makan.. malam sekarang kita makan ringan2 jer.. kena berjimat"
"What is berjimat?" aiseh..speakong plak minah ni..apa tu berjimat? hehehe
" Berjimat tu tak boleh makan kat luar selalu.. lepas tu kalau mommy masak, Damia makan mesti sampai habis. Tak boleh bazir2.. ramai lagi orang kat luar sana yang tak cukup makan. So malam ni kita makan roti je ye :P"
" Oh.. roti je boleh ek mommy?"
"Ha.. Damia nak pasta (mac&cheese) ?" kesian plak aku bila dia sebut roti ajee? hehe
"Takmo la.. nak toasted bread"

Sudahnya aku gorengkan jugak quick burger..dia makan la dengan roti hehehe..
Daddy plak bikin maggi.. so aku ngan dia belasah maggi semangkuk sorang.

If before this, laki aku memang akan beli minyak jagung ajer untuk kegunaan masak harian aku.. but now aku dah beli jugak minyak cap buruh tu..huhuhu.. untuk makanan budak2 aku guna minyak jagung, utk kami aku belasah aje minyak cap buruh tu. Lain plak aku rasa masakan aku bila dah biasa guna minyak jagung.. tapi telan ajer lah! :P Janji anak2 aku dapat yang sama..

Aku tengah belek2 almari baju..hahaha.. kes nak buat budget baju raya buleh? aku rasa mengikut perkiraaan aku, tak payah kot kami beli baju raya lagi.. accept for baju melayu dan baju kurung sepasang untuk Damia & Danish. Baju2 lain kira belasah ajer lah baju2 yang ada tu..still good and new! Kasut pun sama..

Aku nak budget untuk parents and parents in law plak.. kalau budget ciput, tahun ni aku kasik tudung je la..(selalu aku kasik kain sutera sepasang sorang :P) kalau ok aku kasik la mcm selalu... tapi ni aku tak kira sangat. Bagi aku, kalau kat parents (tak kira la parents or parents in law) the more you give, the more you get.. mungkin bukan dalam bentuk wang ringgit tapi rezeki ada jugak datang kat lain =) berkat tu yang penting!

Phew! panjang lagi list aku ni..kuih raya...duit raya.. Damia asik sebut pasal birthday dia lagik!

p/s: ni yang aku kira2 ni berdasarkan apa yang akan terkena tempias budget aku.. kiranya semua yang aku budget ni, selalunya mmg akan guna duit aku.. kalau nak kira budget laki aku *gulp*

Btw, laki aku plan nak beli basikal... tapi aku berat hati nak izinkan..
Sebab?
1. Jalanraya kat Malaysia ni ada ke lorong pejalan kaki/basikal yang betul? memang hampeh la! silap2 bleh kena sodok ngan lori/keta..tak pun mat2 rempit! Paham2 je la pengguna jalan raya kat Msia ni macam mana!
2. Kat sini mana ada facilities kat pejabat..according to abang aku..kat oversea kat pejabat ada shower room, bleh tukar baju, mandi semua. Al-maklomlah cuaca kat Msia ni..kalau naik basikal pergi keja harus lenjun ketiak! Dah tu takkan nak pi jumpa customer dengan muka berminyak2 ketiak hangit semua :P

Bagi aku, rakyat takkan marah sangat kalau harga minyak naik sekalipun..sekiranya! sekiranya public infrastructure cukup mantap! maksudnya orang ada option..untuk tidak menggunakan kereta, instead naik publis transport. Ni, public transport pun macam hampeh! eeeiiii!!!

8 comments:

Fid on June 11, 2008 at 6:51 PM said...

sungguh..sungguh
bersangkutan cerita kita haha

Rizza on June 11, 2008 at 6:53 PM said...

ye betul..kat obesi ok le naik basikal..ade tempat laluan basikal n laluan pejalan kaki...dan pemandu2 kenderaan .. derang akan bagi lalu kat pejalan kaki....

malang..kat msia tak buek gitu..... bile le ade nye perubahan kan..

Fid on June 11, 2008 at 7:19 PM said...

tunggu anak aku ka hubby aku ka jadi PM hahahaaaaaa

macam masih jauhlah perjalanan malaysia nak jadi negara yang ada semua kemudahan macam nih....

Crazee Choc's on June 12, 2008 at 9:09 AM said...

hmm... kami pun skrg mmg kena budget... tp kain nak buat baju raya dah beli.. tempah je blm. Akak mmg sikit jek baju kurung ni... so bila nak raya akan buat jugak la at least sehelai...
Kat parents and parents in law.... hadiah raya blm tentu bg.. selalunya kitorang akan bg kerepek2.... muruku... dan duit raya mmg talk pernah miss.... this year.... plan nak hadiahkan tudung

knv on June 12, 2008 at 9:53 AM said...

memang pening pasal budget ni. ni birthday akmal bulan 7, aimie aisyah bulan 8, arina bulan 12. hahahahah! mama buat cupcake ajelah dik!

raya? macam takdak budget. budak2 aje lah kot...

beskal tu kalau setakat nak beriadah boleh la beli kot. tapi kalau nak buat pegi keje macam ala2 tak sesuai dengan jalanraya malaysia yang memang pedestrian friendly nih...hihihiihi

mektwain on June 12, 2008 at 10:26 AM said...

hah betul, actually dari rumah ke tempat kerja dlm 5-10mins drive aje pun, so boleh sgt nak naik basikal, tapi kena lalu 2 roundabout yg besar bagak, dan kereta2 kat bangi ni banyak tak reti guna roundabout, jadi jangankan nak naik basikal masuk roundabout, naik kereta pun bahya, hahahha...benci.

erna, saya pun perasan dulu yg your brownies recipe tu mmg kos tinggi, sebab kena guna melted chocolate lagi, choc emalco/sauce lagi...cocoa powder lagi..so mmg cost tinggi. mcm kitorang punya cupcake tu la sbb guna cheese, sejak niaga cheese dah berapa kali naik tah. awal2 niaga dulu 2kg rm33.50, skrg ni 2kg >rm40..(tak ingat berapa).

mommyashvin on June 12, 2008 at 11:56 AM said...

my dear hubby dah start pi keje pakai motor. From Dengkil-Klang, petrol for motor RM5 and NO TOLL meanwhile if use car Petrol RM 25 + Toll RM8.8 per day!!!!!...........
actually dah lama he wanted to go work by motor, but i do not let him to go, but now better keep my mouth shut!
memang tak tenteram lah until he reach home everyday!

Erna on June 12, 2008 at 1:36 PM said...

tu la.. aku memang tak senang duduk la kalau laki aku pi balik kerja semua naik basikal.. hatta motor sekali pun! Walhal, aku kenal dia dulu masa dia tak punyai apa2..setakat motor cabuk jer :P tapi bila dah ada kereta, cukuplah tu..seriau aku bila pikir motor2 nih..(
in fact aku dok risau abah aku pi ulang alik kerja naik moto la ni..huhuhu aku nak tolong dia beli keta tapi reject sebab aku tak punya pendapatan!!! sadis sangat aku!!! rasa macam aku anak yang hampeh jer sbb tak dapat nak tolong dia :( mula la aku kenang balik kenapa aku tak keja semua)

So aku tak sanggup nak tambah kerisauan aku dengan laki aku kalau dia jugak pi keja naik moto. Huhuhu.. dah le dia tu kena hujan skit bleh sakit kepala/demam semua..ni kan pulak hujan pantai timur nih! phew!

Mek, tu la pasal... ramai orang (senior2 masak-memasak) advise kita tukar guna resepi lain.. but i will not! sebab memang tu yang aku rasa paling sedap dan semua pun suka. Tapi tang cost tu la.. so people just have to understand.. to get quality and nyummy brownies, they have to pay for the cost la.. nak buek camno.. memang tak dapek pusing2 kat lain lagi dah.. sebab dah terang lagi bersuluh harga barang semua naik! pengsan!

 

Based on Cookie Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template
Customized blog header by Layout.Goddess