Thursday, June 12, 2008

Aku yang tak punya pendapatan

Ermm.. aku sedih sangat..
sebab tak dapat tolong abah beli keta. Abah still working despite dah pencen.. tapi masalahnya dia pergi keja naik motor je..ulang alik dari Sek U8 ke Sek 15 tu..pepaham je la kawasan kilang nun! lori semua.. memang risau. Pergi awal subuh sebab tak nak banyak kereta, balik pun pukul 7 lebih.. kalau hujan, lenjun la bila sampai rumah...

Nak buat loan sendiri mmg tak boleh..abah aku kena declare bankruptcy sbb satu projek perumahan kat bukit beruntung (suckssss!!! sebab konon depa nak majukan kawasan tu jadik proton city..tapi sampai la ni tak jadik apa! in fact dah banyak kali abah pergi cari rumah yang kononya dibeli tapi tak permah jumpa..sudahnya abah tak nak bayar..in the end masuk court case..sudahnya terus kena declare bankruptcy.. ) Yang sedihnya, ramai kawan2 dia yang terkena jugak.. betapa jahatnya pemaju tu, depa pi target polis2 ni.. konon harga rumah 40k..depa tawarkan kat polis dalam 20k+.. so ramai jugak la yang terus beli..konon nak sewakan nanti bila proton city naik..sekali sampai la ni..ramai yang senasib dengan abah. Abah aku pun terkena..terus beli tanpa consult dengan mak. Sudahnya, teruk la nak buat loan tak boleh..account semua tergantung! Memang hampeh la! Ni semua projek manusia yang mempunyai 2 Muhammad pada namanya!

Tetiba aku rasa hampeh sebab aku hanyalah satu2 anak yang berjaya sampai University, tapi akhirnya tak dapat nak bantu pun :(
Semua usaha, pengorbanan mak & abah masa aku belajar dulu... agaknya ada tak terdetik di hati mereka? yer la kan..anak umpama pelaburan.. kita sanggup korban apa saja demi kejayaan anak..in hope satu hari nanti mereka dapat balas jasa or bantu apa yang patut.. tapi aku?
I'm desperately feeling low..tapi aku takde la tunjuk kat hubby aku. Umpama diluah mati emak, ditelan mati bapak.. terfikir nak buat part time jadi tutor kat Kustem ke..UDI ke.. tapi tu la, anak2 sapa plak nak jaga? Laki aku suruh stay kat rumah.. jaga anak semua. Tu pun aku dah try buat side2 apa yang patut.. tapi tanpa pay slip semua still agak susah untuk aku berurusan dengan bank etc..

11 comments:

knv on June 12, 2008 at 3:21 PM said...

ya allah erna!

sabar la ye. semoga allah luaskan pintu rezki.

memang susah takdak pay slip. walaupun duit berkoyan dalam bank, depa still nak tengok pay slip jugak kalau nak buat loan.

why not talk to your husband about this? i think he would be more than understand.

memang ditelan mati mak, diluah mati bapak.

as for me yang bergaji ni pun, sadis jugak sebab tak dapat banyak bagi kat parents. memang rasa bersalah yang amat. macam anak tak kenang budi gitu.

hopefully depa tak rasa macam tu la. insyaallah.

may allah show the way for you.

take care.

Erna on June 12, 2008 at 4:20 PM said...

thanks ana..
tu la..mesti nak pay slip. Rasa patah tangan jerk bila tak dapat bantu tu.. sure depa pun frust!

actually, hubby tau..cuma tu la. Dia plak tak bleh nak tolong guna nama dia..sbb govern by company policy - tak bleh ada relationship ngan bank lain etc. Ada la clause dia semua..even nak jadi guarantor pun tak bleh.

knv on June 12, 2008 at 4:32 PM said...

oh.. gitu ke..

tak tau pulak bankers punya law and regulations.

memang dilemma la kan. takkan nak bayar duit keta cash kot!

Erna on June 12, 2008 at 5:23 PM said...

tu la.. aku nak cakap banyak2 kali pun buat serba salah laki aku ja..
aku tau ramai yg kecik ati bila laki aku tolak nak jadi guarantor semua.. tapi mmg tak dapek nak tolong sbb akibatnya mmg sampai bleh buang keja. Almaklomla..keja ngan cha ya ni.. salah kita sikit if depa tau..mmg bleh dimanipulasi and diperbesarkan! lain kalau depa yang buat..
abah aku nak beli cash tapi habislah saving dia.. sakit pening..sekolah adik aku yang sorang tu lagu mana plak kan.. we never know..so takleh nak sentuh la saving yang ciput itu..hehe..

btw, please pray for us.. laki aku final stage for Amanah branch.. hopefully ada rezeki kami. Final say semua kat tangan CEO ja ni..hanya doa je sekarang ni.. nak pi ampu memang tak dapekla hahaha.. sahih bendul ja kami ni..tak reti nak ampu2 apa..lainla yang cha ya tu semua.. macam2 lobang depa seluk..lagi pun dosa pahala depa memang sahih masuk neraka.. kita yang cari makan untuk anak bini ni..kena la pikir dosa pahala semua..the main intention - laki aku nak tukar kat Islamic Banking. So, hopefully adala rezeki kami...kalau itu yang terbaik untuk kami, semoga kami dapat rezeki itu..doakan kami ya..

Rizza on June 12, 2008 at 7:30 PM said...

erna..semoga dipermudahkan segala perit ko...
aku pun sedih gak..bila baca entry ko ni.... aku pun tak mampu bagi duit sendiri kat mak ayah aku...kesian gak ayah aku masih keje lagi walaupun dia suka...tapi sebab nak tanggung adik bongsu aku yg masih belaja la...sedih gak tak dpt nak bantu....

aku tunggu masa nak balik terus je msia...nak cuba bantu apa yg patut ...

Ms Lola on June 13, 2008 at 8:06 AM said...

At times mmg tetiba kita akan rasa 'low'. I can only pray for your happiness. Amin.

Crazee Choc's on June 13, 2008 at 9:09 AM said...

hmm.. mmg serba salah la erna bila jadi mcm tu... Kite yg kerja ni pun tolong sikit2 jek...Setakat belanja makan, bg hadiah besday n duit raya je.... kat mak je bg duit bulan2 sbb mak tak kerja,... abah ada duit pencen... tu pun kadang2 rasa kesian kat abah.... ye la... monthly bg duit kat mak jek... mak pulak tak pernah kerja.. mmg seronok la bila anak2 bg duit.... nak bg gak duit kat abah... tp tak tau bila.... buat masa ni bg masa raya je...
ni tgh dok plan nak belanja abah mkn sempena fathers day bulan ni...

mado_ct on June 14, 2008 at 10:28 PM said...

la..ni cerita ko ke? aku ingatkan ko petik dari mana2....
sabarla yer erna..teruskan dengan bisnes hang... aku nampak hang ada talent nak jd usahawan berjaya ni..

Erna on June 15, 2008 at 12:00 PM said...

Thanks korang... aku still buntu tak tau nak tolong kot mana..hmmm

Jungle Playland on June 17, 2008 at 10:26 AM said...

Erna, kesian i dengar ur dad kena bankrupt. ur dad tak sue ker developer tuu? did ur dad's lawyer went for the bankruptcy hearing?

I agree with your hubs principle. I pun advice jgn jadi guarantor, even relatives. Nanti boleh jadi gaduh. I dah tgk ramai gadoh bcoz of this.

Erna on June 17, 2008 at 11:50 AM said...

Dot: tu la.. i'm not sure about that la.. ke dia pergi court sendiri je, representing himself..bleh ke gitu? hehe sbb takde plak dia sebut lawyer2.. can't afford la if have to pay punya..nak fight them..ngan masa lagi. hmm..should ask for your advice kan dulu..hehe tak terpikir plak..

 

Based on Cookie Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template
Customized blog header by Layout.Goddess