Showing posts with label Home. Show all posts
Showing posts with label Home. Show all posts

Tuesday, August 5, 2008

Tayedddd..

7.30 out from hse hantar Damia. Balik terus sidai kain, mesin kain, sidai kain, mesin kain (yes, 3 round harini..semua bedsheet, comforter etc!)
Sementara mesin jalan aku operasi stor.. sampai pukul 12 tak siap lagi..stop, terus capai kunci keta amik Damia. (mujur mak aku ada tolong masak jap ;) )
Balik, terus sambung siapkan stor.. selesai barang aku sumbat dalam stor, aku makan tengahari jap. Then aku kemas stor masak aku :P (yes, the supposed to be utility or maid room commonly, aku turn into my 'kitchen/baking room'! So aku kemas dalam tuh!
Then aku 'halau' semua orang naik atas..aku pun vacum living, dining, kitchen! phew!! then aku mop seluruh kawasan terbabit.. (arghhh!! my back already aching at that moment! :P)

Tak sudah lagi, all clean downstairs... naik atas aku masuk guest room. Dalam pada aku duduk konon nak take5 sambil sembang2 ngan mak aku, tapi mata aku melilau tengok keliling..sudahnya dalam dok pot pet, tangan aku ligat dok ngemas, simpan barang2 dari dalam kotak etc.. huhuhu (tak reti dok diam eh? bukan tak reti tapi tak larat tengok brg2 dlm kotak tuh!! ) Aku kemas semua barang dalam tuh..
Then sambung sapu and basuh balcony kecik dalam bilik tuh (habuk org tebuk aircond dulu penuh daaa). Selesai aku sental, aku pun vacum and mop bilik! Am now satisfied! ngeee! Mak and pak mentuo dah buleh datang and stay dengan selesa ;) baik tak menantu :P (oh, i'm going balik kampung with Danish only this Thursday amik mak & abah mentuo while daddy's working and Damia's schooling)

All done! NOPE! i'm still not satisfied because there is only one part of the house (inside only!) that is not settle.. the family area. Harus esok aku kerjakan bahagian itu.. the 2 billy bookcase menunggu je aku nak penuhkan dia...

Hmmm.. for all that i've done, I sure need a massage rite or therapy? (oh, please say yes my all friends!!! Well any therapy will do actually..for e.g retail therapy, retail therapy and retail therapy (whoops did i type it 3x?) hahaha..i know daddy's been reading this blog!! gotcha!)
See, i thot of tepon the Part Time Maid again to clean up the house, but no lah! I'll just do it myself.. personal satisfaction :P -plus can save husb money rite? :D seriously Sayang,no hidden agenda here :p (mujur mak 'red flag'...dengan lajunya aku bekerja non-stop :P which actually helps my period flow yang aku rasa ada sikit tak betol - ke sbb aku lama tak datang period dia jadik lagu tuh?hmmm)

Tangan saya rasa nak putus bahu dek kerna menyental sambil mengemop..
Pinggang saya rasa nak patah dek kerna mengangkat dan menyusun kotak2..
NO i'm not complaining, i just love the end result!

My ote:
Tomorrow- clear the family area
Weekend- clear the porch 'ciput' garden and backyard!


p/s: can't wait to fetch hubs at Klia tomoro! We miss you so much!! Danish 2hari xmo makan rindu kat daddy...(now i know why he miss u so much,subuh ahad tu you pegi dia x bangun lg,only Damia yg dah jaga masa tu kan..)

Wednesday, July 30, 2008

Sessi kopak-kobana di Ikea - 1

Semalam, sempat terjah IKEA sekejap :P mak & adik datang rumah, tolong tengokkan D&D, aku cargas ke Ikea ditemani 'Dot the Lawyer' :D. Lama banget tak jejak kaki ke Ikea, since kununnya ada sale so aku pun tergedix la nak pi. Nak survey wardrobe bilik kami sebenornya..
Sekali hampagas, sebab takde le gile-gile sale pun.. certain2 ciput items jer :( anyway, ada la wardrobe yang 'will do' lah for us yang tengah sengkek ni hahaha... tapi tak bleh nak angkut sebab daddy kata tunggu dia nanti. So, no big items, just small2 items but berjaya meloboskan lobang poket ku (correction-poket daddy)! But, all necessary and needed items! Ok la tuh.. takde 'not in a list' EXCEPT (hehehe ada gak exceptional) black cushions which according to Dot's murah berbanding dulu.. nnt bleh letak kat living. Yes, aku survey2 living sofa jugak..buat masa nih hanya ada sehelai tikar sarawak di situ hahaha...
Tu je la.. anyway, gambar bawah ni session sebelumnya dengan daddy dulu (before sale). Mujur aku check semua items yang kami rembat dulu takde yang sale jugak..kalau idak menyesal plak nanti. All same price jerrkk aku tengok semalam (so BIG SALE apanya?)
seluruh ruang 'separa sepah'! Bayangkan sendiri bagaimana keadaan 'penuh sepah'! lol
Sudut pakai baju :P

Big Sis Bed.. (suppose to be ada kelambu pink, tp tak bergantung lagik.. mak takde tangga nak panjat!)


Lil' D's bed.. (that aneboda drawer tak jadik letak situ kot..harus digerakkan ke bilik mak nnt :P)
p/s: Thanks dots for temaning me.. siap bagi good helpful tips lagik! Khatam satu ikea kita jalan! Tanya saja apa nak, semua dot bleh tunjukkan kat mana dan dimana! And we had great chit-chatting too! Thanks again!

Sunday, April 20, 2008

The kids officially slept in their own room - 19 April'08!

Wow! Alhamdulillah..malam tadi buat pertama kali sejak ada anak ni, kami dapat katil untuk kami berdua semula. Aku suspen ja.. expecting that tengah malam one of them akan bangun dan cari kami.. (aku plan dah akan sacrifice bangun dari katil dan tidurkan depa balik dalam bilik). Tapi, to my surprise aku lena ja sampai pukul 6 laki aku kejut nak subuh tu..dia kata anak2 awak dah bangun kot. (sebab dok dengar Danish merengek dan Damia panggil)
Kami pun bangun la.. tengok Danish dah naik atas katil kak Yong, dan baring sebelah Damia. Nampak ja aku, dia terus raba-meraba..kihkih.. apa lagi nak mencuba la kot2 dapat ka.. Aku buat tak tau je sambil tepuk2, peluk dia semua. Sudahnya dia sambung tido :) Kami pun bangun, mandi semua bagai..
Maknanya both of them slept through the night in their own room! Isk..macam tak percaya pun ada. Sedih pun ada. If before this, kami bertiga akan berhimpit-himpit atas katil (aku,daddy, Danish) dan Damia dalam cot (yg telah dibuka sebelah pintu jadi ala katil). Tapi malam tadi, tinggal kami berdua ja dalam bilik tu. huhuhu...dah besar dah anak-anak kami!
Faktor excited tidur dalam bilik yang baru diberi nafas baru pun ye jugak..hehe. Aku plan nak tunggu pindah sok,kami akan buat betul2 bilik Damia & Danish ni.. tapi sebab tak tau bila la nak dapat notis pindah tu (despite of we kind of know the state that we will be transfered already :P), dan juga baju2 mereka yang dah tak muat untuk aku sumbat dalam compartment kecik almari tu. So, Jumaat tu kami telah borong 3 almari di Giant! 2 wardrobe, one each for D&d dan satu kind of display/bookshelf for our new reading corner.

Tak tau nak susun camne..boot ni plak yg jadik 1st pic :P
anyway, saja la pic boot anak dara! jeles mak..nyaris nak rembat yg sama tapi takut la plak org kampung kata mak over siap nak pakai boot bagai :P tapi mak sangat suka ini boot!!!!!! tetiba rasa nyesal tak rembat! huhuhu
Siap ada compartment untuk accessories lagik.. rizza-perasan tak kotak bunga-bunga tu? hehe
Anak dara punya...

Anak bujang punya...

Ni la akhirnya..menjadi wardrobe jugak selepas darlingku berhempas pulas memasangnya! hehe.. RM99 each kat Giant! mak tinggal nak cari sticker princess and car dan hias mengikut rasa!
Damia dah merasmikan time nap semalam.. Danish katil tarik bawah tu le..
Pagi tu pergi Giant, beli barang dapur kami dok lalu dan tengok-tengok sajor.. balik rumah, lepas darling hubby balik daripada solat Jumaat, kami pun nak buat ops bersih! Tapi, bilik d&d yang penuh baju tak dapat diselamatkan sebab memang dah takde tempat untuk baju-baju tu lagi.. kihkih..then buku2 kami pun dok penuh atas meja gitu je(kes rak buku dah penuh-1/2 isi buku 1/2 ntah macam2 barang :P).. So, timbul la idea untuk beli jugak almari2 yang kami tengok tadi. Tadi laki aku tanya aku tak sungguh-sungguh..aku kata balik dulu tengok ada tempat nak letak or not. Now, memang sahih kami perlukan almari2 tersebut. Terpaksa la buat rombongan cik kiah ke Giant semula. Lepas solat Asr, kami pun berbondot-bondot ke Giant dan memborong 3 barang besar itu. Lepas bayar terus la balik rumah untuk meneruskan ops bersih kami.
2jam! 2jam dengan berpeluh-peluh darling hubby mengerjakan satu wardrobe! Yes! SATU! kihkih.. dah nak siap, sekali "alamak! terbalik la..atas bawah etc etc..."hohoho...tak dapek mak nak nolong ha! memang kena buka semula! so buka semula..then pasang balik.. suasana kerja agak tense disebabkan ramai pekerja-pekerja tak bertauliah yang telah menyibuk dan mengharu-birukan keadaan kihkih. (Danish ni memang suka screws and such! so apalagi!, Damia pun memang suka nak menolong itu ini!)
Dek kerna tak nak mengacau-bilaukan lagi keadaan, aku pun mandikan budak2..distract depa bagi makan buah dan buka ch 613. Tapi tak lama la..lepas tu aku dengar laki aku menjerit lagi hahaha (masa tu aku sibuk masak nasi goreng sempoi kat dapur). Aku cepat-cepat masak then suapkan budak-budak tu in hope that depa tak kacau daddy.
Selesai satu wardrobe, yang kedua dah kira expert la. So, 1jam jer settle.. berhenti makan, solat semua..aku pun berkobar-kobar tolak wardrobe tu dalam bilik dan mula mengemas baju-baju depa sementara cik abang menyambung kerja pasang siap lagi satu almari :P
The next day, Sabtu, pagi lepas pekena breakfast roti canai kat kari asha (rindu weih! 3 minggu tak makan roti canai!) aku beli butter kat MeeSoya (projek brownies sudah mula kembali daaa) terus balik rumah. Kami pun ops bersih sepenuhnya... Akhirnya, alhamdulillah bilik d&D telah diberi nafas baru.. dan our living telah di bahagi kepada 2 section, tv&play area and study/reading area. Senang nak monitor the kids study, reading while we ourselves bleh membaca dengan leisurenya! (bestnya! memang lama dah teringin nak ada study room(with wall to ceiling bookshelves) which is 'bilik wajib' kalau dah ada rumah sendiri nanti..tapi sebab kami ni tak cukup bilik(satu bilik dah jadi store:P), i'm very much satisfied with our new study corner!)
Pedang samurai cik abang.. at last ada gak tempat nak letak yer!
tinggi dan selamat daripada anak-anak...
Our new showcase/bookcase hehe..RM119 sajor @ Giant! sesuai untuk keluarga nomad macam kami..beli yang mahal2 takut rosak dek each perpindahan jer.
Living yang telah dibahagi 2!
Our reading couch and study area.
 

Based on Cookie Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template
Customized blog header by Layout.Goddess