Showing posts with label Food. Show all posts
Showing posts with label Food. Show all posts

Tuesday, June 24, 2008

Resepi Buttercream - khas buat Ms LolaLempicka

aku dah taip tapi hilang! hampes!

ICING Source : Chef Norzailina
Ingredients :
125g krimwell
125g butter
100g condensed milk
40g icing sugar
1 teaspoon vanilla essence

Method :
Beat the above ingredients till white and fluffy. Ready to use.

**updated 25June
Okeh.. tu la resepi BC yang aku selalu guna.. resepi chef norzailina (penulis). Sejak aku jumpa and try resepi ni aku tak pakai dah resepi lain yang banyak guna icing sugar tu.. leceh plus malas nak ayak icing sugar. Manis plak tuh.. yang ni tak manis.
Tang butter, kadang aku substitute with vege shortening - hasilnya all white BC.
Kalau guna butter, BC akan nampak kekuningan sedikit sbb kaler butter tu..if guna marjerin lagi kuning la.. apa aku selalu buat aku mix butter & shortening. Kalau shortening semua pun tak sedap.. ada satu macam kesat skit rasa dia.
Kalau nak varietykan rasa dia bleh boh esen ros/strawberry/lemon sikit kat BC tu..

Sunday, June 15, 2008

HAPPY FATHER'S DAY!

For darling hubby! Present dah dapat kan! hehehe..i know you still in cloud9! Happy Father's Day!

Supposed to be ragbi theme.. tapi ku bentuk2 tak menjadik ropa bola ragbi lol!! dah ropa kacang terjelepok atas rumput je lol!! gasak le.. yang lain belasah letak choc ganache! Hope you like it Ezian..sorry sbb tak dapat buat tema ragbi yang sebenar.. i told you i'll try my best! =)

Another set ordered by Ezian (one for hubby, one for her father) This golf set for her father.. basically i'm satisfied with this.. and perasan LAWA! hahaha... suka sangat this set!

Wednesday, May 7, 2008

My Oreo Marble ciskek :P

Tatau sapa punya bday ni..depa yang kecoh! depa yang tiup lilin bagai.. :P tapi depalah buah hati pengarang jantung kami.. layanzzzz!
Potong je la daddy, lilin semua dah kena tiup..kek tu pun nyaris depa yang nak rasmikan potong tadik :P

Dah pukul 2 lebih aku still tak buat kek tu semalam..kelam kabut dok korek resepi sana sini.. kesnya cream habis..huhu tapi nak buat choc cake rasa dah tak lalu plak sbb ada lagi choc cake balance orang oda weekend haritu. Tu yang nak buat ciskek gak.. last2 jumpa la resepi kata ada cream boh, takde kalu just omit. So, aku pun dengan cargas mengaktifkan diri di dapur. Gasakle, bak kata cikgu aku(Yatt) "weii! ciskek nak sedap kena la 8jam masuk fridge, ni nak kasik malam ni, kul 2 baru ko nak buat?" muahahaha! hamek! padan muka aku! belasah je la..aku reply kat dia " takpe la..janji ada. Karang kita suruh dia posing je..esok baru kasik makan,bley?muahahaha"

So, bersilat la aku kat dapur tu, siap shortcut semua (resepi kata simpan base dlm petisejuk 20min, aku belasah simpan kat atas tempat freezer 5 min kahkahkah) sementara tu bancuh creamcheese semua..siap bancuh aku kuarkan base, curah dan bakar :P Dalam pukul 4 gitu siap masak..wah!!! cantiknya kek aku!! (perasan kejap!) aku ekceli takut gak bakar ciskek ni sbb sensitive kan..tu pun resepi kata guna baine marie, tapi sekali lagi aku belasah bakar buta2 gitu jer mcm kek biasa :P Jadik gak pe! cantik gitu!

Then sementara tunggu sejuk, pening kepala nak icing ke idak.. dah cantik marble tu tapi alahai..kek besday kan! kena la ada mekup2 skit.. hmm..kek panas lagi tu..so sekali lagi aku shortcut, masuk terus dalam fridge! gasakle rosak petiais tuan rumah ni hahaha.. alahai, takde la panas sgt lagi tapi suam2 gitu hehe

Sementara tu aku buat ganache semua.. siap aku curah atas then tabur je almonds. Niat asal nak boh strawberry tapi takde :( puas cari kat giant malam sebelum tu,takde. Yaya pun dah tolong aku berkomplot tolong cari kat kedai lain, tapi takde gak..so tak dapekla nak berstoberi semua..
Apa yang termampu aku hias la..hehe

Pukul 7, bday boy balik... siap mandi, solat maghrib semua..dah siap2 nak pergi dinner. Sebelum tu, since Danish dah pergi cocok2 kat kek aku tu,before terjadi apa2 baik la aku suruh bday boy posing hehehe kesnya, aku caught in the act tangan dia penuh choc, then kat mulut dia pun ada kesan choc...aku pun aik? musykil ni..aku tengok lampu dapur terbuka, hohoho...berlari aku ke dapur tengok tepi kek tu dah kena korek!!!!! huhuhu...DANISH!!!!! adei, mujur la tepi kek..kalau kat tengah kek tu dia cocok? sudahnya kami pun sessi 'eppi bday to you' la kejap hehe
Potong sket la rasa.. opps! aiseh "Rasa cheese sgt kan?" aku tanya bday boy.. ha'ah..sedap le.. aiseh, ni aku tak berkenan sangat. Sbb takde cream tu kot. Oklah.. pergi dinner. Balik tu nak makan lagi tapi tak bleh masuk la pulak perut dah penuh.

This morning, breakfast aku bantai try makan ciskek ni hehe..nak rasa jer. Sekali, fullamak! sedap weihh!!! (hahaha sekali lagi aku naik lif tekan sendiri!) takde plak rasa cheese kuat mcm malam tadi. So, that's why my ticer Yatt dah bagitau, kena simpan at least 8 jam baru rasa tu blend! And it end up, kami belasah breakfast ciskek pepagi buta tadi hahaha...budak2 takle..depa makan roti. Kami yang tua2 tak sedar diri ni dengan selamba breakfast ciskek ngan air nescaffe panas...arghh! nikmatnya!
Original recipe called "Oreo Cheesecake" but after modification by yours truly (gatal tangan nak marble atas dia hehe so aku bagi nama baru "Oreo Marble Cheesecake" =)
before 'mekup'
after 'mekup'
p/s: Err.. one slice of this cheesecake specially dedicated to our friend Sis Anamiraa =)
semoga 'temperature' turun hehe
Resepi: (by kak zanaz)
250gm cream cheese
3 sdb sugar - ku guna icing niway tak kisah le caster ke icing gula ni ku men taruk ikut citarasa
2 biji telur
50 gm fresh cream/ yogurt- optional (ku nyer style ada klu ..ku taruk, tak ada tak yah taruk
20 gm tepung gandum
1-2 sdb lemon juice - ikut kesukaan sendiri le
base nye plak 6-7 keping digestive - boleh ganti oreo ke, chipsmore ke, choc chip cookies ke, marie ke...whatever
+- 3 sdb butter melted.
utk buat base...hancurkan biskut tu... then taruk melted butter dan kacau. kira butter cukup bila dah boleh dikepal . tekan dlm loyang 7 inch dan sejukk dlm peti ais 30 min or more.
utk filling...emmm lagi simple...beat cream cheese ngan sugar sampai sebati dan smooth. pastu masukkan telur sebiji demi sebiji. bila dah smooth masukkan fresh cream or yogurt serta tepung dan kacau sebati. eh lupa plak...masukkan skali lemon juice tu yek. then amik biskut oreo 3-4 keping dan patah2kan dan kacau perlahan2. then tuang adunan cream cheese ni ke base yang dibuat tadi. bakar dlm preheated oven pd suhu 160C selama 50 minit. Aku bain marie cara rinnchan. letak satu loyang berisi air panas pada rak yang bawah dan letak cheesecake pada rak ke 2 .
Basically tu la resepinya..memang mudah! cubalah! tak sampai 30min siap (minus yg kena masuk fridge base semua la..kalau ikut style shortcut aku tu cepat le kihkih.
Tang nak marble, amik je skit adunan tu, then campur dengan coklat cair (again aku shortcut guna choc emulco setitik gitu :P) then curah garis2 atas adunan yang dah boh tadi..then lorek2 ikut sukak! Pehtu bakar.
Lagi satu, rasanya kalau oreo biskut tu, buat susunan pun menarik gak..kira setiap potongan dapat le.. maknanya,curah separuh adunan atas base, then susun biskut oreo sampai penuh loyang, then curah lagi baki adunan. Maybe cara tu sekata skit oreo dia..hehe. Tapi aku tak terpikir lak nak buat camtu semalam..takat pecah dua then campak terus jer.. whichever way pun okeh! And another thing, aku guna loyang ciskek paling comel 6" sajor..

Monday, April 28, 2008

Triffle Mek & Donut senget :P

Jumaat lepas, petang aku masuk dapur dan mula menguli. Bahan ujikaji? donut! haha..lama giler tak buat donut. Last buat donut guna resepi 'donut suria'..which means aku akan buat pizza terus guna resepi tu..hehe. Tapi kali ni berkobar2 nak cuba resepi baru. Resepinya dapat daripada mak mentuo den ler.. balik kampung haritu dah sempat menyalin resepi donut ni. Mak mentuo belajar dan ada la sample yang depa buat tu..dah goreng semua berebut-rebut anak-anakku makan..hehe. Aku ngan cik abe pun dapat rasa cubit2 je, sudahnya ku mintak resepi ler...
So, aku pun mula la operasi. Buat 1/2 kilo jer.. siap semua dah tunggu naik etc.. aku pun uli la nak terap dan goreng. Sekalik lembik amat lerrr.. camno ni ek? tepon mak..pastu mak kata memang lembik..tapi takde la terus sgt. Maybe aku teruli nipis sangat kot hehe. Mak kata kalau yg american donuts tu lagi lembik..(i guess ni ala2 JCo dan sewaktu dengannya la ni) uish..lagi ku berkobar2.. siap semua nak goreng, aiseh! sekali lagi bila nak angkat tu maybe sbb tak cukup tepung aku tabur kat loyang tu..so ala2 melekat..udahnya jadik seropa tarik tali le bila masuk dlm kuali..kahkahkah...gasakler! Aku tengok benda tu naik je bila masuk kuali terus excited..ish! mesti gebus dan lembut nih (perasan jap!)
Dah goreng 1st batch aku golek gula serba sikit..aku pun ngap! Pergh!! Don't judge my donut from its rupa you know!!! hahaha giler lembut dan sedap! Ala-ala Jco lembut dia.. hantar ke depan sekelip mata 3D bedal licin.. aku masa tu menghabiskan goreng semua.. jenuh gak! banyak woo 1/2 kilo tu dapatnya.. aku goreng 1/2 masak..sejukkan dan freezer. Senang nak tea-time budak2 ni aku goreng esok-esok..hehe
My Senget benget donut!
dah tak larat..ku cuba pintal pulok :P last2 malas tahap maksima jadik bola2 je kihkih
Semalam plak, tengah aku kelam kabut bikin brownies oder utk shipment harini..aku selitkan jugak nak buat triffle mek yang aku dok terliur tu. Dari Jumaat haritu dah nak buat tapi asik la terlupa lepas satu2 benda..kihkih..mula2 ingat dah ada semua sekali kek la pulak lupa beli..udahnya semalam baru buat.
Pergh!!! mantop!! sedap weih!! makan sejuk2 tu..arhhhh! Aku buat ikut resepi mek.. cuma tang gula aku boh dalam 3 tbsp kot..aku rasa tak manis sgt..tu yang laju jer.. Kalau manis sgt rasa muak lak nnt. Buah nenas aku ganti dengan mandarin orange dalam air yg aku jumpa kat Giant. Dia mcm snack bleh makan terus gitu..so aku belasah air tu je aku drizzle as syrup. Cuma aku keciwa sebab strawberry takde..mmg bleh je omit tapi aku terasa2 yg rasa strawberry tu bagi kick lagi kat triffle tu hehe Dapat la satu mangkuk besar, then 14 bekas cup ala mek tu..dan satu bekas tupperware kecik. Semua dah selamat aku sedekahkan pada jiran2 wing aku..hehe.. ada 3 rumah (2 cina, 1 malay). Aku kasik yg bekas2 cup tu kat Pauline ngan Ah Kuan sefamily..lagi satu bekas tupperware tu aku bagi neighbour Pakcik depan rumah kami ni. Selamat semua merasa triffle mek..alhamdulillah! Aku pun selalu 'dera' hidung depa ngan bau brownies aku kihkih..
my Temenggung Jugah! :P

side view..should do more lapis..hehe baru cantik!

Top view..

 

Based on Cookie Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template
Customized blog header by Layout.Goddess