Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Thursday, December 17, 2009

Happy New Year!!

Happy new year!!!

Semoga amalan yang lepas diterima Allah...dan semoga tahun yang baru akan membawa lebih kebaikan, rezeki, kebahagiaan dan lebih amalan baik&ibadah kepadaNya! Bersama-samalah kita berhijrah menjadi yang lebih baik dari tahun sebelumnya insyaallah.. dan semoga terpelihara azam dan semangat kita hingga berjaya dan istiqamah..amin.


Lots of love,
Erna

It's already end of the year..school holidays but myself tak dapat amik any cuti :( mujur la banyak cuti akhir tahun ni ;) alhamdulillah. Today en.suami cuti bawak d&d main-main kat Sunway Pyramid ada carnivale apa ntah..siap ada ferris wheel, bumper car bagai dalam tu khabarnya huhuhu jeles makcik ni asik dapat sms je depa tengah buat apa kat situ sedangkan makcik ni kat opis tengah settle keja-keja akhir tahun (targetnya supaya break-even utk dapat bonus huhuhu that is why situasi di ofis sangatlah tense!) Kesian gak kat d&d sebab this year kurang berholiday (H1N1, myself yang baru start keja etc) errr kesian kat myself jugak huahuahua. Next week dah kena balik kampung ada kenduri. Mujur la sempat booking hotel untuk minggu ni about a month ago ;)

Have a great long weekend everyone!!! Insyaallah our family akan bergerak ke utara esok pagi untuk mencuba 'batu keras' yang baru itu ihiks!! Pray that we have a smooth and safe journey insyaallah. Semua yang pulang ke kampung or menghadiri kenduri kendara yang sangatla banyak time-time ni- Drive safely! Eat wisely! Take care!


Friday, September 11, 2009

Salam Lebaran daripada kami sekeluarga


Memandangkan saya semakin busy dan m.a.l.a.s nak update..di kesempatan ini saya ingin mengambil kesempatan menyusun jari memohon ampun dan maaf seandainya ada keterlanjuran kata, tersalah bahasa. Ampun dan maaf atas kekhilafan dan kesilapan kami sekeluarga.
Kepada yang pulang ke kampung halaman/bandar, selamat pulang kampung/bandar. Berhati-hati di jalanraya. Terasa begitu cepat Ramadhan berlalu..entah kita diberi peluang untuk bertemu Ramadhan yang akan datang?? Semoga beroleh keberkatan dan rahmat pada Ramdhan kali ini.
Kepada yang membeli-belah raya, selamat berbelanja. Jangan lupa zakat fitrahnya dan zakat2 yang lain juga ;) Makan lah berpada-pada di hari raya hihi. Terkejut perut kang baru lepas sebulan berpuasa ;)

Salam Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

Daripada
Kami Sekeluarga





p/s: kalau ada mood dan benda nak diupdate baru la saya update..kalau tak ni lah entry terakhir sebelum raya. Doakan anak dara saya Damia semoga lekas sembuh. Dah 3 hari demam panas. Kalau esok masih demam, kemungkinan besar kami akan 'bercuti-cuti hospital' di bulan puasa :( Speedy recovery my dear!! Oleh itu, hasrat untuk berpuasa terpaksa dibatalkan. Tapi alhamdulillah, mommy cukup bangga sebab Damia dapat berpuasa penuh 18 hari setengah..setengah kerana hingga ke hari dia demam dia masih berpuasa separuh hari. Sampai mommy suruh buka, untuk makan dan makan ubat barulah dia buka puasa. Tak puasa sebab tak sihat takpe ye mommy? yes, my dear! and insyaallah Damia still boleh dapat duit raya sebab bukan sengaja tak puasa ;)

Friday, August 28, 2009

Cuti 3 hari..

Yeay!!! Minggu ni bercuti panjang! Hehehe...
Korang plan nak pegi mana? Kami nak balik kampung Pilah! hmm dah terbayang dah en.suami request kat mak dia nak mee kari or laksa terengganu nyum!nyum!!! Oh aku dah dok terbayang nak suruh mak buatkan 'jLopes' dek kerna terliur kat N.I punya entry. Tapi malu, bley dak? hahahaha... pagi tadi masa sahur saja hint kat en.suami. "You suruh mak masak apa special untuk buka weekend nih?" so dia pun sebut la antara dua tadi tu. "kuih?" buah sopang! aiseh!!! potong stim betol! huhu dah takdo la kuih lain mesti buah sopang gak! Dengan nada perlahan aku sebut cam teringin lopes jekk...tapi takdek respon pun. Ntah dengar ntah idak huhuhu Nasib la kau Erna, kaalu ado, adolah rezeki ekau. Kalau tak ekau cari yo lah kat PARAM mano-mano nanti..uhuk!uhuk!

Alhamdulillah, up till today 7 Ramadhan Damia masih penuh puasa ;) Sekarang makin lewat la dia bertanya pasal waktu berbuka. Kalau dulu start pukul 5 dah tanya. Now dah pukul 7 baru sibuk tanya-tanya. Dia pun ok dan nampaknya macam dah terbiasa perut dah kot. Lagi pun waktu pagi dia wajib makan nasi and kami ajar dia niat. Kami cakap dengan berniat boleh menahan diri dari rasa lapar. Lepas tu kalau terfikir pasal lapar kami suruh dia buat benda-benda lain - maths/main ngan Danish/main pc or tidur! hihihi Now pun dia dah tak kesah sangat bila Danish makan bytes ke, minum ke depan dia. Dah kuat iman cewah!!! But really kagum la dengan dia yang boleh go through eventho this is really her first time puasa. (sorry terlebih puji anak sendiri.Sapa lagi nak puji dan kagum kalau bukan mak sendiri kan :P)

Hopefully dapat bertahan la dia sepanjang bulan puasa ni. Cuma next week dah start sekolah semula, maybe kena monitor balik la kot-kot tak larat sangat ke. Maklumla kalau dah ke sekolah tu sure melompat-lompat main bagai takde sapa nak larang dan ingatkan. Tapi sekolah tu dah bagi surat pun untuk menghormati bulan puasa, semua student 6yrs old digalakkan berpuasa. Cuma 4yr old class mcm Danish je yang akan disediakan food.

So, to all yang pulang ke kampung halaman weekend ni, selamat pulang ke kampung! Berhati-hati semasa memandu!!
To all yang plan nak bershopping raya weekend ni, selamat bershopping sakan!! ;)
To all yang dah start nak buat kuih raya tu, selamat membuat kuih!! (den tahun ni kuih tunjuk2 jerk! tapi kat tempat2 yg dipercayai muahahaha i.e tempah kat seorang yg mmg sama2 suka masak2 &baking2 mcm den dolu2..tapi dia still memasak cumo den yo dah kojo!Alang2 dio nak buek kuih untuk dio den pun tompang sekaki :P)
Ingat nanti nak buat kek coklat & brownies jek..Kek sebab memang setiap tahun mesti buat bagi rumah mak & rumah mil sebijik kek coklat satu sorang. Yerrr aku tau aku masih hutang brownies kat you&you! (you know who you are!) nanti dah ado aku roger ek! insyaallah.

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU!



Thursday, August 20, 2009

Marhaban Ya Ramadhan...


Ni LO ramadhan Layoutgoddes 3tahun lepas. Puas aku cari original copy so that bleh insert new pic. Malangnya semua file hilang waktu hantar lappy aku masuk workshop aritu :( Cari2 backup kat HD takde. Sedihnya!!!! Dah la banyak LO semua! *sob*sob*sob*
Btw, looking at it baru terperasan:
1. Anak-anak aku dah besar! huhuhu (rindunya time depa baby-baby)
2. Nampaknya selang berapa tahun je tema biru berulang kembali hahaha tahun ni pun warna yg sama! Konon nak kaler lain tapi dek en.suami yg pilih kain dulu so aku follow je dia. Sekali dah balik baru perasan dah ada kaler nih :P


Marhaban Ya Ramadhan!

Tahun ni tahun pertama aku puasa as working lady. Hmm not to say tak pernah but maklumla nak dekat 4 tahun lebih duduk rumah as SAHM. So terasa macam first time semula puasa time keja :P Tapi agak mencabar jugak kot. Sebab dulu aku kerja dekat dengan rumah. Kali ni mak aiii jauh ehh!! Huhuhu So memang terasa la nanti ujian dan cabarannya. Dengan bersesak2 dalam LRT. Harus tetapkan iman..takleh nak marah2 or bersungut2 or berkata-kata dalam hati (e.g BO org sebelah ni masyaallah pening kepala aku! :P).

Persiapan dari segi makanan belum buat apa lagi. Nak kena pergi la beli apa-apa yang patut untuk bersahur semua. Last week balik kampung dah siap bawak stok sambal ikan bilis kering dari kampung hehehe stok ni penting especially waktu sahur. Kot2 tak sempat nanti takat goreng telur, nasi panas ngan sambal tu je dah cukup! Paling tidak makan ngan roti or roti paratha tuh (ni selalunya di akhir2 Ramadhan bila dah tak lalu nak makan nasi waktu sahur).

Buah tamar pun dah siap order hehehe Aku beli online dari kawan aku.
http://yummyngoodish.blogspot.com/. Of course my favourite no.1 kurma mentah tu (Yang kaler kuning). Tapi tu nanti abah nak beli kat regular supplier kami. Pakcik ni every year memang kami beli berkilo2 terus dari dia. Rasanya tahun ni pun mesti dia ada kat PARAM stadium Shah Alam tu.
Tamar yang beli kat yummygoodish ni aku beli Kurma Safia bertangkai. Yumm yummm!! Erk..sebenarnya malam tadi aku dah selamat sebat beberapa bijik kurma ni kat umah mak aku hahaha takpe abah, nanti Ina ganti ek :P today kot dapat kurma tuh hihihi

Oh ya! Tahun ni pun kami dah nak suruh Damia cuba lagi puasa! Tahun lepas tak berjaya *sigh* kesnya dia tengok Danish makan dia pun nak sama. Hihihi.. so haritu dah cakap dengan dia, tahun ni Damia dah 6 tahun, kena puasa. Dia jawab "nanti Damia lapar". So kami pun cakap la Damia kena niat puasa, bangun sahur. Nanti takde la rasa lapar. Pastu dia cam buat muka tak puas hati. At least separuh hari la.. still jugak dia kata dia lapar. Adusss!! Nanti tak puasa Allah marah, aku kata. Melihat selera dia makan sekarang memang hebat.. kejap2 nak makan. Berselera sungguhlah! Sudahnya terpaksa en.suami sebut pasal 'duit raya'. Tapi dia plak la macam takde semangat dengar tu! (Apa kes ko Damia! Org lain sebut duit raya excited ko takde feeling? hahaha) Maybe sebab every year tiap kali dapat duit raya aku akan amik and simpankan kot. Pastu kami takde la nak compare adik or kakak dapat lebih banyak. Usually akan campur then equally divide 2 and masuk dalam account depa.

Errr..sudahnya en.suami sebut pasal birthday party hikhik..if tak puasa nanti tak boleh buat birthday party. Terus dia terdiam and since then she's been thinking about it! hohoho.. Makcik ni memang nak sangat birthday party. Tak tau la camne nak pujuk puasa lagi.. aku rasa aku dulu pun kecik2 kena upah duit raya kot :P Then if tak puasa takleh makan sama-sama. So far semua yang aku dengar ada unsur-unsur 'bribe' di situ. Adakah method lain yang korang boleh kongsi???

Macam aku sendiri, takdela ingat pasal bribe ni semua. Bila dah sekolah and faham konsep puasa dengan sendirinya akan berpuasa. Tapi of course kena tanamkan dari awal kanak-kanak. Sebab kalau tak dibiasakan dari awal nanti jenuh pulak. Hmmm...Aku harap tahun ni dapat la Damia belajar puasa sikit-sikit.

So, itu aje lah..kalau tak puasa aku 'jarang-jarang' update blog. Bulan puasa ni harus 'kadang-kadang' je kot hahahaha

Selamat menyambut Ramadhan kepada semua!!



Wednesday, August 5, 2009

Hatiku berbunga gembira...

buah hati pengarang jantung ku


Tak tahan dah..smlm dalam fb waktu kc tag gambar tu aku dah meroyan.. baru teaser jer! ahaks!! poyo (berjangkit kak non weihh!!). Aku poyo syiok sendirik plak nengok gambor..baru nisfu syaaban harini dah terasa mood nak raya lol!!! mujur puasa dah siap ganti semua.. yeah, this year kami turqoise lagik!

Thanks so much KC!! As always..great photos!! Tak sabar nak tunggu siap semua. Anak dara aku memang susah sket nak senyum kalau bergambar dengan org lain..but dengan KC sebab dah biasa and KC pandai ambil hati dia..she always smile for KC!! That's why aku cakap kat KC, booking sampai Damia kahwin nanti lol!!! And Danish, dah sampai fasa cheeky dia..punyalah seksa nak amik gambar dia. And he'll just just act selamba and pandang elsewhere..as en.suami cakap 'boys will always be boys!'. Takpelah..naturally captured gitu!

Anyway, hope both Aia&Ayin and also KC dah sihat..to Ayin, get well soon!! rajin2 makan ubat yer nanti nak bersukan! ;)

Picture raya kami --> http://mysnapnscrap.blogspot.com/
So, ada sesapa nak 'berfotogediks' raya gak boleh la contact KC cepat!


Tuesday, August 4, 2009

Weekend getaway & Outdoor PS with KC!


This 2 pics credit to KC!
(sneak peak baru tapi dah meroyan gediks nak letak jugak :P)
checkout her great work here --> (http://littlebigshots.wordpress.com/)


KC is our favourite family photog! Thanks KC for our yr 2009 outdoor potraiture session!
(Yer, tetiap tahun mesti ada photoshoot dgn kc.. outdoor, my kids birthday!). Hari tu tiba-tiba En. Suami berkata "eh, tahun ni kita belum buat lagi photoshoot. Dah lama kita tak amik family picture!". So, terus la plan and booking date dengan KC! Sbb our last session masa bulan 12 tahun lepas which is Danish punya birthday party.

Initial plan was to have it around KL area..but unfortunately due to that 'memorandum ISA' thingy (grrrrrrr!!!!) so we have to change place. Tensen okeh!! Almost nak cancel but then thot of having short break at Pullman.. so di Pullman la kami ber'fotogediks'!

view from our room..
Rafflesia tower.. Borneo concept.

Still banyak tower lain yang belum habis dibersihkan dan digunakan..ada Chinese, Malay concept semua la.. Maybe once dah bersih and fully utilised semua tower baru cantik kot.. but hari tu ok gak..because mostly all facilities for kids dah bleh guna..they have kiddies room, WII room, game room, bicycle for rent and pool! We all guna semua sepanjang stay kat situ! hehehe...and D&D enjoyed it very much!

Kesian Danish tetiba tanya "nak naik airplane!" Alahai, tahun ni kita takde holiday naik airplane la sayang oi!! Awal tahun dulu gawat, then dah H1N1, then mommy pun keja tak dapat cuti... kita cuti2 Malaysia je la ek! Tu pun time weekend jerk sbb mommy hanya bleh start amik cuti Feb 2010!!!! arghhhhhh!!! SEKSA JIWA RAGAKU!!!

Lama tak bercuti ke hotel, terserlah keceriaan di wajah anak2 bila dapat 'olidei'!
haish..rasa dah tuadewasa sangat plak tengok gambor anak2 dah besar nih :P


Monday, July 27, 2009

Ice Age 3

Last Saturday melayan ni...giler best!!! memang dah ketinggalan kami nih :P hahaha tapi sayang terpaksa layan 3D which Danish will not enjoy that sbb dia rimas dan takmo pakai spec tuh.. but we have no choice sebab show yg ada cuma 8.40..kalau show biasa pukul 9.30pm sure D&d dah tido..

It was hillarious, funny and exciting!!! Tapi sebab dah terlalu penat, lagi 45mins nak abis, Damia dah terlelap...then lagi 30mins Danish pun terlelap sama...kesian depa. Sebab dah penat main ngan kawan-kawan masa kenduri siang tuh. Nanti tunggu dah keluar copy bleh la beli VCD or download ;)


Wednesday, July 22, 2009

Damia & Danish Sports Day

Yeah..yeah... someone came knocking at my lappy screen (Weiii!! update la blog dah bersawang!!)
hahaha sorry la..super-duper busy and not in the mood to update sebenarnya.. Tapi aku pi round blog korang gak sebenarnya..tak tinggal jejak je. Anyway, layan pics dulu la yerr... ni masa Sports Day D&D last Sunday. Pengalaman pertama attend our own child sports day..Last year masa Damia masuk sek tuh dah almost end of the year so dah terlepas.. Enjoyable and fun (walaupun panas yang amats even cotton munaw ku pun basah dek peluh yg merembes!)



Anak aku elok duduk bertimpuh..anak dara sebelah plak brutal duduknya hahaha
tapi cute gak budak tu Danish ;)

bersedia untuk berjuang!!!

Rumah Umar Al-Khatab (Red) menang sebab anak teruna aku ni yang sangat particular telah berhati-hati memerah sponge itu agar air betul2 masuk dalam botol. Budak2 lain habis air keluar botol lol!! Tapi being him, memang betul2 la dia buat air tu masuk dalam lobang botol yang cinonet tu ;) Yeay menang!!!

Damia rumah Usman bin Affan (green)..actually aku tak pernah rumah hijau (even my hubby), so bila Damia bawak baju warna hijau we were like 'alaaaa!!' hahaha.. but we still support you girl!!
teringat dulu2 masa aku sek rendah, acara ni kitorang guna tempurung jer..so kena bukak kasut la bila nak main sbb kepit tali tempurung celah ibu jari kaki tu..tapi rumah aku menang beb!!! lol!! now depa siap buat special dari plastic bentuk tortoise..hence it is call tortoise game!


hula hoop?? she's quite good at it ;)

daddy pi register utk acara parents..gasak aku masuk acara dekorasi anak hahaha
tak menang ponnn!! :P

daddy geng hijau
mommy geng merah :P

Semua pun pemenang..tak ada pengalah :P Which means, memang ada announcement rumah mana yang menang tapi setiap seorang pasti dapat medal dan 'plak' (ye ke eja cenggini??gasakle :P ala hadiah mcm kaca tapi plastik utk letak atas meja). So takde scene nangis-nangis tak dapat hadiah ;) good eh?!! sebab maklumla budak2 tadika ni of course nampak kawan dapat dia pun nak.. so, semua pun pemenang!! syabassssss!!!


Monday, June 15, 2009

a tiring but enjoyable weekend...

Berakhir sudah cuti sekolah..hopefully anak-anakku puas la bercuti dengan daddy depa. Kebetulan en.suami bercuti dan mc sebab operation tuh. Atuk&Uwan pun ada datang seminggu kat sini. So,sakan jugak depa ni berjalan ke Aquaria, Mega Kids, National Library, Shah Alam Library etc..huhu semua tu depa pergi tanpa mommy :( kesian mommy kena kerja. Takpelah, janji anak-anak happy!

From en.suami punya laporan, Library Shah Alam lagi bagus daripada National Library. Dari segi buku-buku dan jugak servis. So, dah kebetulan yang Shah Alam lagi dekat dengan rumah, so mereka semua dah jadik ahli dan pinjam buku. Damia la paling suka sekali. Danish plak apa kes tiap kali pergi library dia bleh tido! hahahah typical boy nih!! lol!!

Last week 2 hari berturut-turut terjah Pavi :P Mula hari Jumaat lepas kerja en.suami & anak-anak datang amik kat ofis terus ke Pavi. Dinner kat our favourite place- The Loaf! Kalau mon-fri untuk member dapat diskaun hihi kalau 4 org dine-in dapat up to 40% disc. So, baguihla hehe.. en.suami amik lamb, aku amik roasted breast chicken (sedap bangat!!! anak dara yang takmo makan bleh belasah ayam ni gak huhu) For lil boy dia nak soup ajer.. tapi dia belasah tang roti jer. Tak cukup siap oda plak lagi 1 loaf wholemeal kat bawah then request org tu toasted kan. Macam-macam lah.. Dah kenyang, singgah ke kedai 'jurulatih' nak tanyakan tentang beg ku untuk di servis. Tapi rupanya SA yang baik itu cakap for that problem maybe bleh dapat replacement! Wahhh!! itu sudah bagus! Tapi dia suruh bawak beg tu dulu then baru bleh report semula kat 'nuyok'. So, if semua ok harap dapat ler replacement yang baru ;) Dah selesai lalu plak kedai 'monyet' tertangkap beberapa ekor! aiyakkk!!! 'TER' okeh! :P


my roasted chicken breast
the gravy&mushroom sedapsss!

en.suami punya

anak bujang punya..
coffee cake
menari-nari plak depa nih kat depan tuh :P

Terbeli beberapa ekor monkey kat kedai nih.. kids punya tengah promo buy 2 get 1 free :P

Sabtu, lepas swimming class balik rumah lunch terus terbongkang zzzzz... kihkihkih. Memang lepas swimming perut keroncong kelaparan..dah makan apa lagi, mata pun berat macam takleh bukak. Apalagi..tido la!! Plak tu BJ area hujan lebat giler..lagi sedap la aku beradu ;) Sedar2 dah pukul 3, tengok luar pun dah cerah balik. Bangun, mandi, solat.. lepas Asr terus kami menuju ke Pavi again!

Anak dara bila dapat tau nak pergi tempat semalam lagi, terus request nak makan kat The Loaf lagik! Adoyaiii!! tak larat le beb nak makan sama gak! tak syiok la.. Suka benor dia kat roasted chicken breast tuh. Anyway, sampai je terus menuju ke kedai 'jurulatih' sebab tujuan sebenar yang menjejak kaki ke situ lagi adalah untuk hantar beg. Jumpa SA yang baik itu (ko tolong adjust sampai akak dapat replacement ye dik!!)

Selesai semua, kami pun jalan-jalan la.. terbuntang bijik mato den tengok semuo tongah sale hah!! adoyaii!! ado terbekonan makcik ni kat beg di salah satu kedai situ.. dah le tinggal sebijik. Belek-belek, usap-usap den pun keluar. Masuk pulak kedai satu lagi. Pokcik pulak terbekonan kat belt dio..isk. Makcik nih sah-sah la banyak yang di konankan ngeeee!!! Samo jugak..semuo pun kami rodah masuk, usap-usap belai-belai kami keluar hahahaha. Gitulah kami.. Rasa dah puas tu, baik keluar cepat-cepat sebelum terjebak :P Benda-benda camni, ikut hati mati, ikut rasa binasa ;) Then off to Carl's Jr for dinner.

Then pergi cari kasut untuk anak dara sbb kasut dia semua dah tak muat. Yang si adik pulak menangis-nangis merajuk sebab dia pun nak. Tapi masalahnya takde size untuk dia. Dah selesai semua, before balik kami pun melepak Godiva kejap. Saja nak try. And i love it too much! Bahaya nih! :P

his obsession with cars..usually bawak 2 bijik..sabtu dia bawak 4 bijik, ahad, dia bawak 6 bijik!! tiap kali masuk kedai, mommy/daddy belek bag/barang dia akan cari meja/duduk atas lantai sambil susun kereta dia!! adoiii!
mine!!
i love this mint choc! terasa-rasa ketul2 coklat iteewww!!

Sunday, as usual pagi kena ke 1U sebab kelas melukis anak dara dah mula balik setelah 1mg bercuti. Tengah breakfast kat mamak bawah tu (roti canai dia sedap okeh tapi tak tahan tuh regenya singgit lapan posen sekeping hokeh!!) ternampak kat bargain corner Nine West punya warehouse! errkkkk!!! Macam tongkang pecah dalam tuh..tapi geram punya pasal rembat jugak sebijik St*v* M*dd*n. Tu pun macam nak giler meredah kotak2 yang bertaburan. Macam vengongs depa tuh carik kasut punggah-punggah.. orang pilih je la berdasarkan kotak ada size. Ni tak semua kotak pun aci main punggah. eeiiii!! Tapi dalam pada aku pilih memilih, mujur lagi aku ni belek luar dalam. Ada yang piggy skin okeh! So, jangan le terpedaya bebenor..kena la berhati-hati dalam memilih. Tu pasal aku ni kalau nak beli kasut kadang-kadang budak SA tu macam pelik tengok aku telek luar dalam kasut tuh :P Memang murah la..kalau Jlo/Steve Madden/Nine West dan kasut-kasut seangkatan dengannya yang di bawa oleh Nine West ni mostly more than 50% diskaun. Jadik semuanya dalam 90-100+ jerk.. for that so called 'branded' shoes. Frankly, ni 1st time aku beli kasut depa nih..Will see lah sedap ke tak. Kaki aku nih sensitive terlebih. Kulit kaki jenis nipis sangat, silap pakai kasut memang melecet kiri kanan depan belakang kaki! huhuhuhu Tu pun yang aku beli semalam bukan close shoes...

Gitulah weekend aku. Balik rumah bleh macam menyesal beli kasut :P Kenapa?? takyah tanya sebab aku memang macam tuh!! (2minggu lepas sebenarnya en.suami dah belikan sepasang kasut kat pavi :p so mungkin sebab itu? tapi kasut yang dibeli bukan pesen sama, tapi berbeda!) hahahaha tu sebab laki aku biasa akan layan je kalau aku keluar masuk kedai tapi tak beli. Better macam tu daripada aku masuk dan beli sebab nanti aku akan 'menyesal' hahahahah vengongs kan?? :P Kadang dah beria-ria aku try, sekali nafsu aku dah takde nanti aku kata, takpelah tak jadik. Pastu dia plak kadang tanya 'kenapa tak beli?'. Baikkah aku? Syiokkan kalau selalu bleh fulfill nafsu dengan trying and browsing aje! hikhik..masalahnya tak selalu *wink*

Monday, June 1, 2009

T.E.R.T.E.K.A.N.

Aku tertekan dengan hakikat bahawa...

anak-anak ku sudah mula cuti sekolah..

tetapi aku tak dapat bersama-sama dengan mereka kerana aku bekerja :(

aku tertekan dengan hakikat bahawa....

en.suami juga mengambil 'core leave' selama 2 minggu bermula hari ini..

tetapi aku tak dapat bersama-sama dengan dia kerana aku bekerja :(

huahuahuahua........

tapi aku bersyukur kerana sekurang-kurangnya anak-anak dapat bersama daddy waktu cuti sekolah walaupun aku bekerja...

walau hakikat sebenar aku cemburu kerana pelbagai aktiviti telah mereka rancang bersama dan aku tidak dapat turut serta *cry* sob*sob*sob*

kalau tahun-tahun yang lepas waktu en.suami 'core leave' lah kami akan pergi bercuti-cuti... tapi tahun ni?? *cry* sob*sob*sob*

Jawapan kenapa aku tak boleh join mereka??

-sebab aku baru nak masuk bulan ke-4 bekerja.. polisi syarikat selepas 1 tahun baru dapat ambil cuti yang sekangkang kera itu :(

-kesimpulannya tahun ni memang tak dapat ke mana-mana sebab dah sah-sah memang aku tak dapat cuti! huarghhhh!!!

p/s: wah..wah... bagus betul aktiviti mereka nih.. pagi tadi lepas hantar aku ke LRT terus mereka pergi jogging. Yer, walaupun cuti sekolah tapi D&D tetap bangun pukul 6 pagi macam biasa dan terus mandi ;) senang le nanti kalau tak susah nak tune semula waktu bangun pergi sekolah kalau waktu cuti dibiasakan tidur hingga meninggi hari..mereka memang dah terbiasa, even weekends pun walau terlajak sikit tapi tak pernah lewat dari pukul 7,sure both of them dah jaga. So, waktu bangun tidur dan masuk tidur tetap seperti biasa ye anak-anak ku!



Friday, May 22, 2009

March baby...

Aku pusing2 baca blog lepas tazkirah Jumaat tadi (every Friday kami bergilir untuk beri tazkirah. Hari ni boss yang kasik :P).
Aku terbaca entry CF- http://yuitsumuni.com/. CF, aku mintak izin c&p part bulan aku ya..hehehe for my own record. Seronok gak baca ni..hasil kajian Dr Fadzillah Kamsah.

Aku...

MAC

Berpesonaliti yg menarik dan menawan
mudah didampingi
sgt pemalu dan pemendam rasa -(aku dah cakap aku ni pemalu!! kan betul!)
sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati
sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alam persekitaran
suka pada kedamaian
sgt peka kepada orang lain
sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain (hahaha)
tidak cepat marah dan sangat amanah
tahu balas budi dan tahu kenang budi
pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam
kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal (sbb aku tidak cepat marah..so kalau aku dah marah mmg susah la!!)
suka berangan-angan (hahaha aku masa jalan kaki dr lrt ke ofis pagi tadi dah berangan nak holiday ke mana ek tahun depan!! mmg betul suka angan2 dong!)
suka melancong (merujuk kepada angan2 di atas :P)
sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi
kelam kabut dalam memilih pasangan (errr?? mmg tu je pojaan hati den! takde kekalutan berlaku pada masa itu :P)
suka dgn hiasan rumahtangga
punya bakat seni dalam bidang muzik (err aku sangat jahil tang nak baca note music,dowh!)
kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik
jgn terlalu moody.


En.suami plak...

MEI
keras hati & degil
kuat semangat & bermotivasi tinggi
pemikiran yg tajam
mudah marah apabila tidak dikawal
pandai menarik hati org lain & menarik perhatian
perasaan yg amat mendalam
cantik dr segi mental & fizikal
tidak perlu dimotivasikan (he is a motivator!! dia yang motivate aku dulu hahaha mcm2 style la dia nak motivate aku nak amik SPM dulu :P segala theory tony buzan etc)
tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain
mudah dipujuk
bersikap sistematik (otak kiri)
suka berangan
kuat daya firasat memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa diberitahu
bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit
daya khayalan yg tinggi
permikiran yg tajam
pandai berdebat
fizikal yg baik
kelemahan sistem pernafasan (haha semput!)
suka sastera,seni & muzik serta melancong (hehe mujur part melancong kami sehati sejiwa!!)
tidak berapa suka duduk dirumah (err..tapi en.suami seorang family man. If tak suka duduk di rumah kami akan berjalan2 mengukur shopping complex sekeluarga)
tidak boleh duduk diam
tidak punya ramai anak (takat ni 2 je la baru..)
rajin dan bersemangat tinggi
agak boros


My lil girl...

SEPTEMBER
sangat bersopan santun & bertolak ansur
sangat cermat,teliti & teratur
suka menegur kesilapan org lain & mengkritik
pendiam tapi pandai bercakap
sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati
sangat prihatin & terperinci,amanah, setia & jujur
kerja yg dilakukan sangat sempurna
sangat sensitif yg tidak diketahui
org yg banyak berfikir
daya pentaakulan yg baik
otak bijak & mudah belajar (mudah-mudahan...amin)
suka mencari maklumat
kawal diri dari terlalu mengkritik
pandai mendorong diri sendiri
mudah memahami org lain (daya firasat yg tinggi)
krn banyak simpan rahsia
suka sukan,hiburan & melancong (melancong lagik :P)
kurang menunjukan perasaannya (macam yer..i can see that in her)
terluka hatinya sangat lama disimpan
terlalu memilih pasangan
sukakan benda yg luas
bersistematik


My lil boy...

DISEMBER
Sangat setia dan pemurah
Bersifat patriotik
Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan
Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa
Bercita-cita tinggi
Suka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasi
Seronok didampingi
Suka bercampur dgn org (satu sekolah suka dia! termasuk kawan2 dan cikgu kelas 5 dan 6 tahun lol)
Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai (yer la ni...manja sangat!!)
Sangat jujur amanah dan bertolak ansur
Tidak pandai berpura-pura
Cepat marah (haha mmg nih!!)
Perangai yg berubah-ubah
Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi
Benci pada kongkongan
Suka berlawak
Pandai buat lawak dan berfikiran dgn logik



Thursday, January 15, 2009

Gaya hidup sihat

Sejak dua minggu lepas, hari minggu kami diisi dengan satu sessi kempen cara hidup sihat :D
Samada pergi Taman Tasik Shah Alam atau sekadar pusing kawasan rumah kami ni (penat gak tuh, turun naik bukit especially kalau nak turun ke bawah kolam tuh)
Waktu samada petang atau pagi.. minggu pertama dulu petang pergi tasik s.a, last week pagi pusing kawasan ni je. (tapi ni aku tak ikut hihihi aku keluarkan peluh dengan settlekan baju yg tak berlipat dan menggosok baju!)

D&D berkobar-kobar la..and memang budak berdua ni lari okeh!! Sepanjang joging tu depa berlari dengan penuh semangat! Siap bleh singgah playground main lagik! Yang dah tua dewasa ni biasalah..pancit dah pusing seround tuh. Tapi depa bleh continue main basikal lagik bila sampai rumah!! waduh!waduh!! bagus!bagus! Alhamdulillah! Semoga aktiviti ini berterusan selamanya!
Cartoon channel pun kami dah sekat ikut jadual. Kami locked all cartoon channel tu. Yer lah, dah mula sekolah ni kena belajar berdisiplin kan. By 6.30 - 7pm i'll make sure both of them makan malam. Memang dah terbiasa macam tu, so lepas je mandi (6pm) sure Danish akan mintak 'nak matan' lol (matan = makan). Sometimes kalau plan nak dinner sekali dengan daddy kat luar terpaksa la budak2 ni lapik perut makan roti ke apa dulu hihihi sebabnya perut dah terbiasa dinner time tu kan. But usually sebolehnya aku kasik budak2 ni makan dulu.. then after maghrib keluar pergi amik en.suami. Balik tu baru aku makan dengan dia. Budak berdua ni akan main-main dengan daddy kejap. By 9-9.30 mata dah layu and both of them masuk tidur. Insyaallah esok pagi, by 6.30 kami kejut both of them akan bangun, mandi dan bersiap nak pergi sekolah dengan segarnya! (errr aku melalut ke sini sebab kesian dengar anak jiran menangis tiap pagi bila kena kejut bangun nak pergi sekolah)

Mari Bersenam
Anda..bila lagi?? <--terasa macam iklan plak lol!!!

regangkan badan...



NOTE: Sesiapa berminat untuk menambah pendapatan dengan menjadi Public Mutual Unit Trust Consultant boleh la menghubungi saya ;) Boleh la nak tambah sikit-sikit buat lepas duit minyak/dapur sebulan..tu kalau manage own & family account (epf/cash). Tapi kalau ada link yang lebih ramai mungkin boleh memberi pendapatan yang lebih besar! Kalau tak nak jadi consultant, nak invest your cash/epf pun boleh hubungi saya jugak! ;) sekian, terima kasih!

Monday, November 10, 2008

A Hectic Weekend: Madagascar & Graduation Damia

Sabtu.. seawal pagi kami dah menjengah OU hehehe (tak lama lagi nak termuntah la pi OU tuh lol!! ) Breakfast kat 'Teh Tarik' -woo! maklumlah mamak dalam OU, teh tarik RM2, roti canai rm1.80 sekeping!! pengsan! tapi mujur sedapss! rotinya lembut, nipis dan garing giteewwww! Damia & Danish habis makan sekeping sorang!

Habis breakfast, hubby pi opis sekejap tengok apa yang patut..then jumpa x-staff yang datang melawat hantar kad jemputan kahwin etc... Pukul 11 kami pun naik atas!! yippeeee!
"I like to move it, move it!". Its actually movie date with 3 families.. so, semua sekali 6 adults and 4 kids. Satu row kami saja...hihihi I enjoyed the movie very much!! and the kids too i guess ;) habis la popcorn satu bekas sorang (yang kecik sajor for them..mak ngan laki share yg medium :D )
we are ready to 'i like to move it, move it!'
After the movie, and 1 round of 'animal train' ride.. kami pun keluar dari OU untuk mengisi perut lol! Semua pun berkampung di restoran Puteri.. buffet RM30 memang berbaloi..makan tak hengat!! lauk2 kampung plak tuh! haish!! sambil makan sambil bersembang..segala macam issue diperbincangkan..politik, kewangan, poligami kihkihkih..
Since ni la weekend yang the kids dapat bersama daddy, so..petang tu lepas Asr daddy ajak plak pergi Tasik Shah Alam..yeah!! gaya hidup sihat! joging tuhhh! lol! Aku idak joging..tak pasal2 tetiba nak larik, karang cramp plak..but aku leisure walk gitu! menghirup angin ;)


Ahad, seawal pagi jugak kami udah keluar.. Damia ada graduation concert. Tapi dia takle amik scroll apa sebab hanya untuk 6yrs student ajee.. Tapi dia ambil bahagian untuk play 'My Grandfather's Orchard' ;) jadik Durian! hahahaha... punyalah lama..lambat betul habis! adusss! bayangkan 5 centre gabung sekali..macam2 perangai budak-budak cikgu nak control lol!! memang lawak! tapi yang tak tahan tu laaammmaaaa sangat!! ramai la family yang beranak kecit dah terkiak-kiak menangis bila dah masuk pukul 11 lebih gitu.. Tu pun certificate tak sempat bagi semua..terpaksa stop half way, then later cikgu bagi kemudian kat sekolah..
isk..anak 'Kak Engku' pun ada hihihi dia pun datang gak le tengok anak dia buat performance ;)

Habis concert dah pukul 2..hujan lebat! kami terus ke Kajang ada birthday party. Balik daripada party kami mandi solat semua..daddy kena pergi opis pulak semula! Mula malas nak ikut, Damia plak sibuk nak pergi..pergilah semula ke OU! (kan aku kata lama2 memang nak termuntah tengok OU tuh! lol!!)

DURIAN!

Tetiba ada pelakon tambahan naik atas stage!! sapa tu ek budak yang baju putih tu?? haishhh!!! sabor je lah!!!

Tuesday, October 28, 2008

3 days of makan-makan..

Apa korang buat cuti panjang (cewah, 3 hari tu panjang le kan? :P)??Aku penuh dengan aktiviti makan ja.. risau nak timbang berat nih..macam dah berkilo-kilo naik :P

Sabtu:
2pm - makan2 raya@ Alin's, RG

8pm - makan2 raya@ Razalli's, Kayangan Heights

Ahad:
9-12noon - suppose to have Parents-Teacher meeting kat sekolah Damia, sekali ngan report card day semua..sekali kami bleh terlupa :P sampai pukul 2 baru teringat kihkih terlepas le..(but, kami bleh buat appointment datang weekdays jugak after this ;) )

12.30 pm - makan2 raya@ CEO Amanah's house, S.Alam

3pm - Ayra Alisha's 1st Birthday Bash, Sri Hartamas
Sampai je mak terus kena baby sit besday girl itu hihihi mommy&daddy dia busy!

Isnin:
9am- dah terpacak kat OU! Breakfast kat Kluang Station.
Then terus pusing-pusing jalan-jalan.. bunyi macam ordinary weekend shopping mall outing,huh?? Takde makna..hahaha. Mr. Hubby ada kerja okeh! Nasib la new office dalam mall, so bleh la upah kami dengan mall outing lol!!! Since next week is the branch soft launch, so they work round the clock since its totally brand new branch. So happened yesterday, Mr. Hubby dah instruct all staff (yang tak raya Deepavali) to come and check the system etc etc etc...

So, after 'bribe' me with some stuff at the Estee Lauder counter (Dott! i dah beli makeup,yeay!!! ihiks! bila nak 'make-up potluck'? :P), Mr. Hubby pun excuse himself lah!. Tinggalkan moi with 2 kiddos in hand! And, RM for the kids! kihkih Since i got RM10 voucher, so pergilah naik atas at CS counter. Dan punya bagus CS tu kan dekat toys area..so berlegar-legar di ruang itu nak dekat 1jam! Ok lah..daripada i have to chase them kat luar mall yang ramai orang, or ride on whatever rides they have kat luar tu.. so i rather them 'rambang mata' with all the toys! :P

End up, Danish choose Matchbox truck (yes, he is so obsessed with trucks, cars, trains, digger, crane dan sewaktu dengannya!) Dalam satu jam tu, macam-macam toy dia pilih, pegang and letak balik.. including Thomas the Train set yang rm100+, tonka digger, cars mc queen, bob the builder.. ada yang terlebih budget yang daddy dia kasik, but i just let him hold on to that thing! kihkih..memang psycho ngan mommy nih :P sebab mommy tak kisah jer nak pusing 10x pun kat area tuh..lain lah daddy, pusing 2 kali and just grab whatever ditangan depa.. sudahnya dia dah penat, Mommy pi bawak kat matchbox area, and show him the truck. Terus dia lepaskan whatever 'current toy' kat tangan (rasanya masa tu thomas set yang nak dekat 200 hengget!) and terus bawak pi counter bayar :P kihkih..selamat!

As for Damia, dia pun asal dah pegang jump rope barbie, then dia letak balik..seems like all the things dia dah ada..and she's not into barbie thingy..so end up i told her tak payah la Damia. Let's go to MPH :D
Out from P@rkson, nak pergi ke MPH, sekali Damia nak masuk Art Attack.. next class another half hour which is at 1pm. So, terus je lah register her for that sebab dia nak sangat. And Danish dapat join sekali walaupun dia sudah dapat truck! hihihi.. so, mommy tinggalkan depa for 1hour. Thot of pampering myself kat Sothys sebelah tu, sekali mcm malas la plak sbb macam full je. Instead i leisurely cuci mata and akhirnya 'terbeli' jugak kat Pumpkin Patch itu (huh, again the kids stuff!!!! a dress for Damia, and short for Danish which is both 50% off).
Damia buat muka takut konon!

ready! nak start art work!

Dah siap! Danish pilih nak buat alligator :P Snap!

Damia with her princess Door Sign

tertido kepenatan dah.. so dia tak makan pun sbb kejut2 takmo bangun langsung!

Then, terus amik the 2 kiddos with their arts and craft and head off to Hub's office. After Mr. Hubby settlekan apa yang patut, kami pun pi melantak@Itallianies. Then, terus get out from OU since we have to attend 1 deepavali open house @ Klang (hubby's staff).

Sampai je, kami 'dipaksa' makan briyani!!! Ya Allah! rasa nak terburai perut! imagine that after having caesar salad, pizza etc at Itallianies, then kena plak makan briyani!! huahuahua...

Suppose to attend another open house@ Melawati, but hubby too tired to go there since nak kena tempuh KL semula. So, terus balik rumah. Memang a tiring and full of makan-makan holiday for all of us!
 

Based on Cookie Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template
Customized blog header by Layout.Goddess