Thursday, August 20, 2009

Marhaban Ya Ramadhan...


Ni LO ramadhan Layoutgoddes 3tahun lepas. Puas aku cari original copy so that bleh insert new pic. Malangnya semua file hilang waktu hantar lappy aku masuk workshop aritu :( Cari2 backup kat HD takde. Sedihnya!!!! Dah la banyak LO semua! *sob*sob*sob*
Btw, looking at it baru terperasan:
1. Anak-anak aku dah besar! huhuhu (rindunya time depa baby-baby)
2. Nampaknya selang berapa tahun je tema biru berulang kembali hahaha tahun ni pun warna yg sama! Konon nak kaler lain tapi dek en.suami yg pilih kain dulu so aku follow je dia. Sekali dah balik baru perasan dah ada kaler nih :P


Marhaban Ya Ramadhan!

Tahun ni tahun pertama aku puasa as working lady. Hmm not to say tak pernah but maklumla nak dekat 4 tahun lebih duduk rumah as SAHM. So terasa macam first time semula puasa time keja :P Tapi agak mencabar jugak kot. Sebab dulu aku kerja dekat dengan rumah. Kali ni mak aiii jauh ehh!! Huhuhu So memang terasa la nanti ujian dan cabarannya. Dengan bersesak2 dalam LRT. Harus tetapkan iman..takleh nak marah2 or bersungut2 or berkata-kata dalam hati (e.g BO org sebelah ni masyaallah pening kepala aku! :P).

Persiapan dari segi makanan belum buat apa lagi. Nak kena pergi la beli apa-apa yang patut untuk bersahur semua. Last week balik kampung dah siap bawak stok sambal ikan bilis kering dari kampung hehehe stok ni penting especially waktu sahur. Kot2 tak sempat nanti takat goreng telur, nasi panas ngan sambal tu je dah cukup! Paling tidak makan ngan roti or roti paratha tuh (ni selalunya di akhir2 Ramadhan bila dah tak lalu nak makan nasi waktu sahur).

Buah tamar pun dah siap order hehehe Aku beli online dari kawan aku.
http://yummyngoodish.blogspot.com/. Of course my favourite no.1 kurma mentah tu (Yang kaler kuning). Tapi tu nanti abah nak beli kat regular supplier kami. Pakcik ni every year memang kami beli berkilo2 terus dari dia. Rasanya tahun ni pun mesti dia ada kat PARAM stadium Shah Alam tu.
Tamar yang beli kat yummygoodish ni aku beli Kurma Safia bertangkai. Yumm yummm!! Erk..sebenarnya malam tadi aku dah selamat sebat beberapa bijik kurma ni kat umah mak aku hahaha takpe abah, nanti Ina ganti ek :P today kot dapat kurma tuh hihihi

Oh ya! Tahun ni pun kami dah nak suruh Damia cuba lagi puasa! Tahun lepas tak berjaya *sigh* kesnya dia tengok Danish makan dia pun nak sama. Hihihi.. so haritu dah cakap dengan dia, tahun ni Damia dah 6 tahun, kena puasa. Dia jawab "nanti Damia lapar". So kami pun cakap la Damia kena niat puasa, bangun sahur. Nanti takde la rasa lapar. Pastu dia cam buat muka tak puas hati. At least separuh hari la.. still jugak dia kata dia lapar. Adusss!! Nanti tak puasa Allah marah, aku kata. Melihat selera dia makan sekarang memang hebat.. kejap2 nak makan. Berselera sungguhlah! Sudahnya terpaksa en.suami sebut pasal 'duit raya'. Tapi dia plak la macam takde semangat dengar tu! (Apa kes ko Damia! Org lain sebut duit raya excited ko takde feeling? hahaha) Maybe sebab every year tiap kali dapat duit raya aku akan amik and simpankan kot. Pastu kami takde la nak compare adik or kakak dapat lebih banyak. Usually akan campur then equally divide 2 and masuk dalam account depa.

Errr..sudahnya en.suami sebut pasal birthday party hikhik..if tak puasa nanti tak boleh buat birthday party. Terus dia terdiam and since then she's been thinking about it! hohoho.. Makcik ni memang nak sangat birthday party. Tak tau la camne nak pujuk puasa lagi.. aku rasa aku dulu pun kecik2 kena upah duit raya kot :P Then if tak puasa takleh makan sama-sama. So far semua yang aku dengar ada unsur-unsur 'bribe' di situ. Adakah method lain yang korang boleh kongsi???

Macam aku sendiri, takdela ingat pasal bribe ni semua. Bila dah sekolah and faham konsep puasa dengan sendirinya akan berpuasa. Tapi of course kena tanamkan dari awal kanak-kanak. Sebab kalau tak dibiasakan dari awal nanti jenuh pulak. Hmmm...Aku harap tahun ni dapat la Damia belajar puasa sikit-sikit.

So, itu aje lah..kalau tak puasa aku 'jarang-jarang' update blog. Bulan puasa ni harus 'kadang-kadang' je kot hahahaha

Selamat menyambut Ramadhan kepada semua!!



9 comments:

Marisa on August 20, 2009 at 9:37 AM said...

Selamat berpuasa!!! Wah... meriah gitu gambar raya... Saya pun sama.... kami kat ofis pakat-pakat order Kurma Safia bertangkai. Silap la order 3 kotak je.... 1 kotak dah tinggal tak sampai separuh dok balun kat ofis ni ha....

Hana on August 20, 2009 at 9:55 AM said...

bulan posa boleh balik kol baper erna?

CY3.5 on August 20, 2009 at 10:23 AM said...

aku tak ajar lagi si Amir ni.. dah 5 tahun dah haaa..

tp zaman aku kecik2 dulu takde istilah duit raya pun.. tau2 hujung puasa dapat.. masa tu sapa tak posa, nyesal :P

layoutGoddess on August 20, 2009 at 11:40 AM said...

Salam Ramadhan, Erna!
That layout pun I carik tak tau mana.. kalau jumpa bleh send you one....
Ameer tahun ni excited nak berpuasa..i think because dia jenis tak suka makan kot hihihi..

mommyashvin on August 20, 2009 at 11:57 AM said...

Wisy you the best!

Aiza Azril on August 20, 2009 at 12:13 PM said...

haah la kan dulu ada layout ni kan..kc pun nak kena cari balik ni...tp ingat nak buat yg baru yg sesuai dgn tema derang tawun ni, kena tunggu zatul keluarkan kad raya tahun ni la...hehehe! anyway selamat menyambut ramadhan! :)

Erna on August 20, 2009 at 1:18 PM said...

Marisa- Selamat posa! tu la kan!! kita beli sedozen..nak sedekah sekali ;)

Hana- masuk 8.45 balik 4.15 rasanya

CY- tu la..aku tak ingat camne dulu tau2 aku dah RAJIN puasa wakakaka

Zatul- Salam ramadhan too! Habes hilang semua LO :( sedih betul la..
Bagus la Ameer! Takde pening kepala nak reason out hihi

Valli- Thanks dear!

KC- kan?! kita cari2 semua dah takdak.. KC harus buat baru..sebab tema baju raya AA tahun ni sungguh ayu dan klasik!!

n.i. on August 20, 2009 at 8:09 PM said...

Selamat berpuasa...

Kita tgk siapa puasa lebih.. Adam or Damia hehehe

::Umi Sufira:: on August 21, 2009 at 9:26 AM said...

Selamat berpuasa dan menyambut Ramadhan..semoga ibadat kita diterima dan diberkati..amin:)

 

Based on Cookie Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template
Customized blog header by Layout.Goddess